Ramai yang tak punya kabinet dapur pening macam mana nak pastikan ruang bawah sinki boleh digunakan secara efektif. BETUL TAK? Ada yang buat penyelesaian untuk beli rak atau kotak-kotak kecil untuk jadikan ruang tersebut berguna bagi tujuan penstoran. Tapi kadang-kadang, masih rasa tak puas hati sebab nampak kurang cantik dan menarik.
Mungkin cara yang Puan Yanz tunjukkan ini antara penyelesaian mudah, murah dan paling penting cantik bagi anda yang mengahdapi masalah sebegini
1. Untuk bina ruang bertingkat di bawah sinki, gunakan rack dari ikea ALBERT Shelving Unit yang berharga RM 59. Tapi anda perlu berkorban sikit, potong tiang mengikut ketinggian sinki seperti dalam gambar.
Ads
2. Bila dah ada rak, baru lah fikir apa yang nak diletakkan. Untuk ruang sisi yang tersisa, boleh guna 4 biji VARIERA yang berharga RM 9.90 dicantumkan. Cuma bahagian bawah terbalik sebab untukbagi lebih ruang untuk letak botol yang bersaiz besar seperti botol minyak. Dan padankan dengan kotak kayu KANAGGLIG RM 42.90 untuk barang loose
Ads
3. Dah siap tapi masih nampak tidak kemas. Jadi untuk memastikan setiap ruang tersusun rapi dan sesuai untuk menyimpan barang-barang yang memerlukan bekas bertutup, gunakan 2 saiz SOPPROT yang berhaga RM 49.90 dan RM 39.90
Ads
Inilah jumlah semua barang yang diperlukan untuk membina sebuah rak di bawah sinki
ALBERT Shelving Unit
RM 59.00
VARIERA (RM 9.90 x 4)
RM 39.60
KANAGGLIG
RM 42.90
SOPPROT
RM 49.90
SOPPROT
RM 39.90
JUMLAH
RM 231.30
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bukan mudah nak dapatkan lantai bersih berkilat pada setiap masa,sepanjang hari. Pembersihannya merupakan salah satu kerja rumah yang harus dilakukan hampir setiap hari, lebih-lebih lagi pada kawasan “high traffic” atau kawasan yang mempunyai kadar aktiviti paling banyak seperti kawasan ruang tamu dan dapur.
Adalah agak mustahil nak kekalkan kebersihan lantai kerana jika tidak disapu dan mop, pasti ada sahaja objek asing. Jadi untuk membantu meringankan beban mak-mak dirumah yang penat menyapu dan mengemop, IMPIANA ingin kongsikan satu petua untuk lantai kekal berkilat dan wangi lebih lama dari kebiasaannya. Hanya campurkan dua bahan ini! :
PELEMBUT PAKAIAN & CUKA MASAKAN
Langkah-langkahnya:
Sediakan setengah baldi air (gunakan air panas jika lantai berminyak)
Tuangkan setengah penutup pelembut pakaian
Kemudian letakkan 4-5 titis cuka
Kacau campuran tadi hingga sebati
Boleh mula mengemop
p/s : Anda juga boleh cuba sukatan campuran tadi dengan pakaian agar bau wangi kekal lebih lama. Selamat mencuba!
Dinding jika dibiar kosong, mungkin akan nampak hambar dan bosan. Lebih-lebih lagi pada dinding dalam ruang yang menjadi tumpuan tetamu, jika setiap dinding dibiar polos tanpa sebarang hiasan, tentunya ruang akan kelihatan kurang menarik. Oleh sebab itulah, pemilik digalakkan untuk memilih satu dinding untuk dijadikan feature wall sebagai titik tumpu dalam sesebuah ruang. Ini akan sekaligus mengubah “mood” ruang dengan menjadi lebih berkarakter.
Selain menggunakan rona cat yang menonjol, kita juga boleh gunakan kertas dinding mahupun wainscoting sebagai daya penarik untuk dinding yang kosong. Terdapat satu lagi pilihan bagi mendapatkan dinding yang menarik, iaitu Shiplap.
APA ITU SHIPLAP?
Mendapat nama dari teknik membina kapal atau bot, Shiplap biasanya dipasang pada bahagian luar bangunan atau kediaman sebagai lapisan perlindingan.
Tetapi berbeza kegunaannya pada bahagian dalam rumah, Shiplap merupakan salah satu alternatif hiasan dinding untuk ruang yang mahukan kelainan dengan citarasa rustik dan vintaj.
Lapisan papan yang disusun bertingkat dengan sedikit jarak diantara setiap satunya akan menjadi sebuah elemen dekorasi yang cukup menarik. Papan boleh disusun dalam keadaan melintang ataupun menegak agar ia dapat memberikan ilusi sebuah ruang yang lebih lapang, luas dan tinggi.
Memalui perkongsian saudara Mohd Asmawi Bin Che Ghani di facebook, beliau telah berjaya membina sendiri dinding Shiplap dikediaman dengan kos lebih kurang RM100 sahaja. Memang jimat, dan berbaloi kalau nak dibandingkan dengan efek dari rekabentuk menarik ini.
Rumah cantik, dinding jadi lebih menarik, dan duit pun jimat. Jom kita cuba!
Sharing :
Belajar2 buat shiplap wall..
Alhamdulillah siap. Tinggal nak letak frame je..
Modal lebih kurang RM100 dah boleh buat isteri tersenyum.
Barang Yang Diperlukan :
MDF board 2 keping saiz 6mm 4×8 kaki boleh beli di Hardware
Cat (scooter by jotun)
Gam/ bond
Lain2 brg guna yg sedia ade n bleh tgok pic di bwah
Langkah-langkahnya :
Potong papan mengikut ukuran. Jika tiada alat memotong di rumah, boleh minta pihak hardware potongkan siap-siap.
Tandakan dinding sebagai panduan sebelum menampal agar kerja lebih mudah
3. Tampal papan satupersatu menggunakan gam (kayu)4. Bagi memastikan jarak antara setiap papan adalah sama, gunakan 2 keping 50 sen sebagai guide
5. Sapukan lapisan perlindingan sebelum mengecat dengan warna pilihan anda6.Biarkan lapisan kering sepenuhnya terlebih dahulu7. Kemudian baru cat permukaan papan dengan warna yang telah anda pilih8. Kemaskan dan biarkan kering 9. DAH SIAP!
Ha… Sekolah dah mula. Pening kepala pula nak simpan barang dan baju sekolah dalam tempat khas. Dah beli semua keperluan anak untuk ke sekolah? Ada yang dah beli lepas tu jadi pening nak letak kat mana kan. Nak beli Almari Untuk Simpan Baju duit dah surut sangat sebab dah beli kelengkapan sekolah, nak simpan untuk beli buku pulak naik nanti.
Apa kata kita buat sendiri je ikut kaedah yang telah dikongsikan oleh puan Naqibah Nukman Abdullah ni. Hanya guna rak beli kat tesco, giant atau mydin dan yang paling penting tak perlu perkakas dan kemahiran tinggi.
Beli waktu ada offer ya.Kadang-kadang boleh dapat 9.99 untuk 1 rak .Masa kami beli ada pelbagai warna. Oleh sebab nak perabot semua putih.Maka suami mengecat semula bagi warna putih. Kami tak paku pun rak ke dinding.Jadi rak boleh diubah tempat jika perlu. Setakat ni dah 2 tahun rak itu dibina. Masih kukuh seperti asal sebab ia agak berat.Cuma untuk anak-anak yang lasak. Mungkin boleh lekatkan rak pada dinding rumah.
1. Rak dicat semula berwarna putih supaya Almari Untuk Simpan Baju nampak lebih cantik
2. Pemasangan rak
3. Rak melintang lebih besar daripada rak di tepi-tepi sebab kami hendak letak beg anak-anak.
4. Besi penghubung beli di hardware. Untuk menggantung baju sekolah anak-anak.
5. Besi penghubung antara 2 rak yang di tepi-tepi.(rak kiri n kanan).Beli di hardware.
6. Besi untuk menampung rak melintang. Letak di bawah rak melintang. Beli di hardware.
7. Tadddaaaa…hasilnya..
Rimas juga jika setiap hari perlu melihat almari pakaian yang berselerak dan menyusahkan anda untuk memilih pakaian yang dimahukan. Atas sebab itu, anda harus ikuti cara menguruskan almari pakaian agar sentiasa kemas dan tersusun seperti berikut:
1. Gunakan penyangkut pakaian yang sama
Jadikan sebagai tanggungjawab anda untuk memastikan penyangkut yang digunakan adalah sama daripada segi warna, jenis, bentuk dan susunan kepalanya agar ia kelihatan seragam dan sedap mata memandang.
2. Pastikan semua pakaian digantung menghadap arah yang sama
Demi memastikan almari kelihatan lebih tersusun, pastikan tag, saiz, butang mahupun leher kolar pakaian anda menghadap arah yang sama. Ia juga akan memudahkan anda untuk memilih dan mencapai pakaian yang ingin dipakai setiap hari.
3. Asingkan pakaian mengikut kod warna
Cipta satu kaedah yang boleh memudahkan anda untuk melihat pilihan warna pakaian yang anda miliki. Cara ini juga dapat mempercepatkan proses suai dan padan dalam memilih konsep pakaian harian.
4. Sediakan ruang untuk aksessori
Aksessori seperti tali pinggang, tas tangan, tali leher dan sebagainya hendaklah diasingkan di satu ruang mengikut kategori dan mudah untuk dijumpai. Gantung tali pinggang pada cangkuk dan susun tas tangan pada rak asing.
6. Susun baju anda
Pelbagai tip melipat baju dengan kemas boleh didapati di internet. Oleh itu, lipat dan susun baju menghadap bahagian yang terlipat untuk memudahkan anda mengeluarkannya daripada laci pakaian kelak. Pastikan juga semuanya tersusun mengikut kod warna. Ini dapat menjimatkan ruang dan juga masa anda dalam proses memilih pakaian.
7. Cipta satu sudut untuk capai dan gerak
Sudut capai dan gerak adalah untuk barang keperluan asas yang anda akan gunakan setiap hari. Contoh termudah untuk wanita ialah peralatan solekan.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.