Modal RM 59 Sahaja Untuk Hasilkan Rak Bawah Sinki Macam Ni

Share

Ramai yang tak punya kabinet dapur pening macam mana nak pastikan ruang bawah sinki boleh digunakan secara efektif. BETUL TAK? Ada yang buat penyelesaian untuk beli rak atau kotak-kotak kecil untuk jadikan ruang tersebut berguna bagi tujuan penstoran. Tapi kadang-kadang, masih rasa tak puas hati sebab nampak kurang cantik dan menarik.

Mungkin cara yang Puan Yanz tunjukkan ini antara penyelesaian mudah, murah dan paling penting cantik bagi anda yang mengahdapi masalah sebegini

1. Untuk bina ruang bertingkat di bawah sinki, gunakan rack dari ikea ALBERT Shelving Unit yang berharga RM 59. Tapi anda perlu berkorban sikit, potong tiang mengikut ketinggian sinki seperti dalam gambar.

2. Bila dah ada rak, baru lah fikir apa yang nak diletakkan. Untuk ruang sisi yang tersisa, boleh guna 4 biji VARIERA yang berharga RM 9.90 dicantumkan. Cuma bahagian bawah terbalik sebab untukbagi lebih ruang untuk letak botol yang bersaiz besar seperti botol minyak.  Dan padankan dengan kotak kayu KANAGGLIG RM 42.90 untuk barang loose

3. Dah siap tapi masih nampak tidak kemas. Jadi untuk memastikan setiap ruang tersusun rapi dan sesuai untuk menyimpan barang-barang yang memerlukan bekas bertutup, gunakan 2 saiz SOPPROT yang berhaga RM 49.90 dan RM 39.90

 

Inilah jumlah semua barang yang diperlukan untuk membina sebuah rak di bawah sinki

ALBERT Shelving Unit RM 59.00
VARIERA (RM 9.90 x 4) RM 39.60
KANAGGLIG RM 42.90
SOPPROT RM 49.90
SOPPROT RM 39.90
JUMLAH RM 231.30
Published by
Impiana