Bina Sendiri “Breakfast Nook” Dengan Kos RM1.6K, Pasangan Ini Berjaya Siapkan Dalam Masa 5 Hari Saja!

Share

Sesuai dengan namanya, breakfast nook (atau juga dipanggil kitchen banquette) terletak di ruang makan dan sesuai untuk ahli keluarga menikmati sarapan pagi yang nyaman di hujung minggu.

Nook dapat memberi kelebihan penjimatan ruang selain menjadikan kediaman kelihatan lebih menarik dengan nilai estetika yang tinggi bergantung pada rekabentuk yang pemilik inginkan.

Aksesori bantal atau kusyen sudah menjadi satu kewajiban yang perlu ada untuk menjadikan nook lebih selesa dan nyaman.

Lihat bagaimana pasangan ini merealisasikan impian dengan membina sendiri breakfast nook untuk keluarga mereka. Sudah tentu lebih jimat dan puas hati!

Akhirnya, projek suami isteri telah berjaya siap…puas hati dan berbaloi setelah 5 hari bekerja.

KOS YANG TERLIBAT
Kayu – RM700
Deco – RM900 (SSF)

PROSES PEMBINAAN

Hari Pertama – Binaan asas

Hari Kedua & Ketiga – kerja kemasan dan design

Hari Keempat & Kelima – mengecat dan deco..kami mencabar kemampuan diri dan menggunakan YouTube sebagai rujukan...zero knowledge dan kemahiran tapi mungkin sebab minat.

Sumber & Kredit

Published by
amalina