Bina tembok dinding rumah, jangan sampai ‘aniaya’ jiran, kontraktor usah fikir untung je. Ramai pemilik kediaman memilih untuk menaikkan tembok dinding untuk tujuan privasi.
Bagaimanapun ramai yang lupa tentang tata cara dan juga ‘adab’ ketika ingin membina tembok dinding di kediaman masing-masing. Ye memang kita inginkan privasi namun ada perkara yang perlu kita ambil kira dan buat sebelum, ketika dan selepas membina tembok dinding.
Melalui perkongsian Mahanom Mohammad seorang kontraktor yang bertauliah dan berpengalaman luas dalam bidang pembinaan, beliau berkongsi fakta tentang topik ini.
ETIKA KONTRAKTOR APABILA TAPAK MELIBATKAN JIRAN:
Apabila pelanggan kita minta bina dinding pembahagi sempadan mereka dan jiran, satu perkara yang tidak dapat elak adalah, memasuki kawasan jiran. Oleh itu amat penting untuk kita memastikan sisa binaan kerja tidak mengotorkan rumah jiran hingga mengancam keselesaan hidup mereka pula.
Menaikkan dinding melibatkan kerja menyusun bata dan mengikat bata-bata yang disusun dengan bancuhan mortar, yang diantara bahan utamanya adalah pasir dan simen. Oleh kerana itulah, dalam teknologi binaan, batu bata yang disusun dan diikat dengan mortar tadi, permukaan dinding itu perlu dilepa iaitu di tutup dengan satu lapisan simen, sebelum ia dilicinkan dan di cat cantik.
Ini bukan sahaja untuk melindungi ikatan dan susunan bata itu dari terdedah kepada panas, hujan dan cuaca yang melampau. Bahkan dengan melepa permukaan batu-bata tadi, ia juga menghalang serpihan partikel yang rosak (akibat dedahan iklim) dan terbang terlepas ke udara. Dan sudah pastilah akan memasuki rongga-rongga penafasan mereka yang dekat padanya, iaitu jiran atau haiwan peliharaan mereka.
Saya selalu jumpa, apabila seorang pemilik rumah hendak menaikkan tembok dinding, mereka hanya melepa dan mengecat cantik permukaan dinding dalam kawasan rumah mereka sahaja. Sementara permukaan dinding di bahagian rumah jiran, dibiarkan sahaja tidak dilepa.
Maka terdedahlah si jiran dengan partikel-partikel mortar dan bata yang tidak ditutup ini.
Jangan begitu kawan. Nasihatkan pelanggan kita untuk melepa juga permukaan dinding rumah jiran. Lebih manis jika mengecatnya juga dengan warna yang jiran suka.
Inilah etika dalam kerja. Tidak meletakkan untung semata-mata, tetapi memikirkan juga keharmonian pelanggan kita dengan jiran sebelah mereka. Bila hendak bina rumah orang, binalah seperti kita bina rumah untuk ibu bapa kita.
Bila kerja tersebut melibatkan kawasan jiran, buatlah kerja seolah jiran itu, adalah kita sendiri. Yang diubahsuai rumah sebelah, tapi yang di lawat tapak hari ini adalah kerja-kerja yang melibatkan rumah jiran pelanggan kita.
APA ITU SHABBY CHIC? Gaya eklektik yang menggabungkan perabot antik dengan warna-warna pastel, renda dan bunga-bungaan feminin, digayakan lusuh atau vintaj. Jika anda sukakan gaya lembut dan timeless sebegini, ini adalah beberapa karakter utama yang perlu ada di kediaman anda untuk mencapai ruang SHABBY CHIC yang begitu cantik lagi menarik.
4 Ciri Shabby Chic
#1 Mix and Match
Buka minda dan jangan takut untuk mencuba sesuatu yang luar dari kebiasaan. Mix and match kan perabot, material, warna-warna pastel dengan elemen klasik untuk look shabby chic yang lebih sempurna.
#2 Elemen Vintaj atau Klasik
Segala perhiasan dan perabot untuk tema ini perlu kelihatan klasik tetapi dalam masa yang sama timeless.
#3 Feminin dan Ceria
Konsep ini memang terkenal dengan gaya feminin nya yang diterjemahkan melalui pemilihan warna dan juga motif floral yang sudah sinonim dengan lambang kewanitaan.
#4 Warna-warna Neutral
Penggunaan warnaneutral dapat tone down kan elemen klasik yang mungkin akan kelihatan sarat jika dipadankan dengan warna yang terang. Jadi, rona seperti putih, beige dan kelabu adalah pilihan yang bijak.
Kredit Gambar : Google
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masalah dapur sempit, banyak barang tak boleh simpan! Ini adalah salah sati petanda yang anda tidak mencukupi tempat simpanan atau storage. Kalau kita lihat sesebuah dapur yang lengkap dan sempurna, tiada barang yang diletakkan di atas lantai bukan. Pasti ada rak dan kabinet yang lengkap untuk menyimpan perkakas dapur.
Rak besi empat tingkat tahan kearat ini menjadi buruan ramai peminatnya untuk dijadikan kelengkapan pada ruang dapur. Ia amat sesuai utuk sudut dapur yang agak terhad. Mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.
Saiz produk: Lebar 60cm, Kedalaman 35cm Tinggi 148cm
Mampu menampung berat sehingga 10kg untuk setiap tingkat,
Dapur adalah antara ruang yang paling mudah dan banyak menjadi tempat pembiakkan bakteria. Bakteria ini pula boleh menyebabkan masalah atau mengundang penyakit kepada kesihatan seperti cirit-birit. Jadi, salah satu cara untuk memastikan dapur sentiasa bersih dan terhindar dari bakteria, ia perlu dalam keadaan kemas dan tersusun.
Untuk memastikan dapur anda sentiasa kemas dan tersusun, sudah pasti ruang penyimpanan atau rak untuk menyusun barang perlu disediakan. Tak semestinya untuk dapur yang tersusun dan kemas perlukan belanja yang besar seperti menyediakan kabinet, rak ringkas sudah memadai. Seperti yang dilakukan oleh corleone Chong. Hanya dengan bermodalkan kurang dari RM 100, sebuah rak beserta conter top berjaya dibina. Berikut, antara barang-barang yang diperlukan:
Bahan-bahan:
3 batang besi angle slotted (10 kaki panjang) (RM 15/batang)
30 biji Nut (RM 0.30/sebiji)
4 biji bracket (RM 0.50/sebiji)
4 keping tapak getah (RM 1/unit)
6 biji bakul (2.12/biji)
Counter top guna dari meja terpakai
Cara-cara:
1. Potong besi angle sloted mengikut saiz yang telah ditetapkan. Untuk lebih mudah, bawa ukuran ke ekdai dan upah mereka untuk buat pemotongan
2. Pasangkan kerangka besi angle slotted yang telah siap dipotong menggunakan nut
3. Untuk cantumkan bahagian counter top pada kerangka angle slotted, gunakan bracket
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.