Bisnes

Bina Villa Di Langkawi, BLACK HANIFAH Kumpul Hartanah Demi Masa Depan!

Share

Selain menjadi tempat kediaman, rumah juga merupakan pelaburan yang menguntungkan. Begitulah langkah bijak yang diambil oleh penyanyi Black Hanifah dalam menaik taraf kehidupannya.

Tidak dilahirkan dalam keluarga kaya dan mewah menyebabkan pelantun lagu Teman Pengganti ini berusaha keras meraih kesenangan hidup sehinggalah berjaya mengumpul beberapa aset demi masa depan. Tahniah!

Baru-baru ini, nama Black kembali menjadi bualan apabila dia membuka sebuah villa peranginan di Pulau Langkawi, Kedah yang dikenali sebagai Rindu D’Villa. Khabar gembira itu dikongsikan Black sendiri di Instagram miliknya sebelum ini dengan menunjukkan setiap perkembangan pembinaan villa berkenaan.

Villa sempena nama puteri kesayangan

Lebih manis, dia menamakan villa itu sempena nama puteri kesayangan iaitu RIndu Dayyana. Rindu D’Villa dibina berkonsepkan Bali yang terletak di Cow Hill, Kedawang, Langkawi mengambil masa kira-kira tiga bulan.

Jelas pemilik nama Hanifah Md Hanafiah ini, Rindu D’Villa dibina Black sendiri dan dibantu empat pekerja yang dibawa dari Kuala Lumpur.

Kredit Instagram @black.hanifah
Kredit Instagram @black.hanifah
Kredit Instagram @black.hanifah
Kredit Instagram @black.hanifah
Kredit Instagram @black.hanifah

Dia yang kini berusia 36 tahun berkata Rindu D’Villa sudah bersedia menerima kunjungan tetamu dan tempahan sudah mula dibuka pada bulan Mac.

Pelaburan Masa Depan

Difahamkan, Black juga tidak menolak kemungkinan bakal menambah villa di sekitar lokasi tersebut pada masa depan kerana menganggap ia satu pelaburan yang baik untuk masa depan keluarga.

Saban tahun, pasti ada aset baru yang dimiliki anak seni ini. Januari tahun lalu misalnya, Black berkongsi proses ubah suai kediaman dua tingkat miliknya yang serba moden dan eksklusif.

Kredit Instagram @black.hanifah
Kredit Instagram @black.hanifah
Kredit Instagram @black.hanifah

Pada tahun 2019, dia dilaporkan menghadiahkan ibu bapanya banglo dan tiga chalet iaitu D’Sawah Chalet di Kupang, Baling, Kedah yang harganya dianggarkan mencecah RM200,000!

Black menjelaskan kediaman itu dibina atas tanah milik bapanya selepas mereka berhasrat menetap di kampung.

Bagusnya Black, pandai kumpul aset hartanah!

Mesti Baca:DIY Cat Top Coating Guna Teknik ‘Stencil’, Berseri Lantai Driveway Rumah!
Baca Lagi Di Sini:Cara Yang Betul Cat Dinding Luar Rumah, Barulah Cat Tahan Lebih Lama
Artikel Menarik:Tak Perlu Pakai ‘Roller’ Cat Lagi, Guna Mesin Penyembur Cat Ini Lebih Mudah & Cepat

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana