Pernah atau tidak anda melihat sebuah binaan rumah yang telah dihasilkan serta dibina sepenuhnya daripada kayu buluh? Tidak dinafikan, memang jarang-jarang untuk dapat kita lihat binaan rumah yang sedemikian.
Tambahan pula, dengan perubahan era zaman yang semakin moden dan maju kehadapan, memang sudah pasti binaan rumah seperti ini kelihatan asing dan sesuatu yang sangat luar biasa pada masa kini.
Namun meski begitu, tiada apa yang mustahil atau penghalang bagi membangunkan binaan rumah sedemikian pada masa kini. Baru-baru ini, terdapat satu akaun di laman media sosial Facebook yang dikenali sebagai Rumah Impian telah memuat naik beberapa keping foto di laman maya berkenaan.
Menerusi hantaran tersebut telah memaparkan sebuah binaan rumah yang telah siap dibina sepenuhnya daripada kayu buluh lantas sekaligus membuatkan binaan rumah ini mendapat perhatian ramai.
Ads
Lihat sahaja lah hasilnya, binaan rumah berkenaan sememangnya tampak sangat unik dan luar biasa berbanding dengan binaan rumah yang lain. Jadi tidak hairan lah mengapa rumah ini telah meraih perhatian wargamaya.
Semoga binaan rumah ini dapat dijadikan sebagai satu sumber idea dan inspirasi kepada orang khususnya buat mereka yang sememangnya gemar dengan alam semula jadi.
Ads
Sumber: Facebook Rumah Impian
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Musim cuti sekolah kembali lagi. Kini anak-anak mempunyai lebih banyak masa di rumah, jadi kemungkinan rumah akan semakin sukar untuk dikemaskan. Sebagai mak ayah adakalanya buntu idea dengan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak ketika cuti sekolah ini. Lagipun, cuti sekolah inilah masa yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan setelah masing-masing sibuk dengan aktiviti rutin harian. Jadi anda harus mengisi masa cuti ini dengan mengajar anak anda tentang dekorasi kediaman supaya kekal bersih dan cantik untuk sekeluarga.
Berikut antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama mereka di rumah. Anak-anak pasti lebih seronok dan teruja malah rumah anda akan menjadi lebih cantik.
CAT BILIK TIDUR
Anda boleh melakukan aktiviti mengecat bilik tidur. Musim cuti sekolah pada hujung tahun memberi erti bahawa anak-anak semakin membesar dan meningkat usia. Oleh itu, mungkin kita sebagai ibu bapa boleh mencorak dan mengubah cita rasa mereka dengan cara mengubah keadaan bilik mereka. Mulakan dengan mengecat dinding bilik. Terdapat pelbagai konsep yang sesuai buat bilik tidur anak-anak lelaki ataupun perempuan.
KUMPUL BARANG LAMA
Lakukan aktiviti mengemas dan mengumpulkan barangan lama yang tidak lagi digunakan. Jual barangan lama tersebut di laman sosial anda, mungkin ada yang berminat untuk membeli. Selain dan mengurangkan jumlah barangan yang tidak diperlukan dirumah anda, ia juga boleh dijadikan duit poket untuk anak anda di musim cuti sekolah.
BERKEBUN
Ketika di rumah,boleh juga lakukanlah aktiviti berkebun atau bercucuk tanam bersama anak-anak.Inilah masa untuk mencantikkan halaman dengan pokok bunga-bungaan dan sayur-sayuran.Tanamkanlah rasa cinta anak-anak kepada alam sekitar. Besar manfaatnya andai berbudi kepada tanah!
BANTU KERJA RUMAH
Pada waktu cuti inilah, waktu yang sesuai untuk ajak dan ajar anak-anak melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama, seperti menyapu lantai, mengemas rumas, membasuh baju dan sebagainya. Ia juga merupakan latihan kendiri dan latihan kemahiran hidup buat mereka.Tidak lah kekok apabila sudah besar nanti.
DIY
Lakukan aktiviti yang menguji kreativiti anda dan anak-anak dengan menghasilkan kraf atau perabot dengan cara ‘DIY’. Sekarang terdapat banyak video tutorial yang boleh anda rujuk dan ketahui langkah yang betul bagi menghasilkan sesuatu produk. Aktiviti ini pasti menyeronokkan dan memberi kepuasan buat anak anda apabila dapat menghasilkan sesuatu yang cantik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bila pergi bercuti kita semua mesti ada satu perasaan tenang dan relax betul tak bila masuk dalam bilik hotel. Adakah itu satu pukauan. Ya! ia adalah pukauan nyata dan jelas untuk semua yang berada di dalam hotel. Perasaan ini kita mampu lakukan dan hasilkan pukauan itu di dalam kediaman sendiri. Tak perlu tunggu pergi hotel baru nak terpukau. Pukau la ahli keluarga anda untuk lebih massa dirumah berbanding di luar.
IMPIANA nak kongsikan dengan anda pukauan apakah yang digunakan. Nak tahu tak? Tolong like n share artikel ni kalau anda rasa ia patut dikongsikan bersama rakan-rakan dan sahabat handai anda.
Ramai yang tak tahu sebenarnya kuasa lampu cukup besar dalam memberi impak naikkan seri ruang dalam rumah. Kalau kita jalan malam-malam lihat kediaman orang kita akan kata ‘eh cantiknya rumah orang ni’ betul tak? Sebab apa dia nampak cantik dan mewah sebab pemilik rumah tu bijak memilih warna lampu yang sesuai untuk rumahnya agar nampak lebih elegan.
Lampu terbahagi kepada tiga jenis warna cahaya iaitu warm white, natural white dan cool white.
Warm White
Memberikan suasana nyaman mewah dan tenang
Sesuai digunakan pada lampu gantung, lampu dinding dan lampu meja
Sering digunakan pada restoran,cafe dan rumah.
Natural White
memberikan suasana yang lebih terang dan bersemangat
sesuai digunakan untuk ruang kerja dan dapur
Tempat yang sesuai digunakan warna cahaya lampu ini seperti dibawah tanah, stor dan dapur.
Cool White
Memberi impak yang lebih menyerlah dan lebih jelas
Sesuai digunakan untuk lampu kerja, lampu pameran dan garaj
Warna cahaya ini sesuai untuk ruang pejabat dan sekitar pameran.
Pasti ramai yang sinonim dengan jenama Philips apabila menyebut mentol lampu bukan. Kini, jenama Signify (sebelum ini dikenali sebagai Philips Lighting), peneraju industri lampu, melancarkan ECOLINK, yang merupakan jenama terkini dalam penyelesaian pencahayaan, berkolaborasi dengan VoltSafe Technology bagi menahan sebarang perubahan voltan yang mendadak. ECOLINK turut membekalkan keperluan rumah dengan produk tahan lama, selamat, mampu milik serta memiliki tenaga yang cekap.
Dari kiri: Rachel Foo (General Manager for National Distribution & Digital Commerce, KVC), Eddie Wong (Country Managing Director, KVC), Sukanto Aich (Chief Executive Officer, Signify Malaysia), Esmond Tsang (Commercial Leader, Signify)
“Portfolio ECOLINK diilhamkan dengan visi untuk menerangi ruang melalui penjimatan tenaga berteknologi maju bagi keperluan pelanggan Malaysia yang mementingkan tahap kualiti yang optimum. Pencahayaan adalah keperluan asas dalam kehidupan harian, ECOLINK turut mensasarkan untuk memberi faedah kepada jutaan rakyat Malaysia melalui produk cekap tenaga yang berpatutan dan mampan untuk alam sekitar,” ujar Sukanto Aich, Ketua Pegawai Eksekutif, Signify Malaysia.
Diperbuat oleh syarikat Signify, sebuah syarikat pencahayaan global yang dipercayai, ECOLINK menawarkan pelbagai produk pencahayaan berkualiti dan cekap tenaga yang diperakui oleh SIRIM dengan akreditasi yang setara.
“Untuk menjadikan rangkaian produk baharu ini diakses dengan mudah oleh lebih ramai pelanggan di Malaysia, syarikat Signify telah bekerjasama dengan KVC Industrial Supplies Sdn Bhd sebagai pengedar Malaysia kami untuk ECOLINK. Akses rangkaian pengedaran saluran di seluruh negara oleh syarikat KVC, termasuk dalam dan luar talian, sekaligus membolehkan ECOLINK disediakan kepada semua pelanggan di seluruh negara,” tambah Sukanto.
Portfolio ECOLINK menampilkan pelbagai pilihan produk, daripada mentol LED dan lampu bawah ke lampu ruang tinggi dan batten kalis air yang memenuhi semua jenis aplikasi dalaman dan luaran.
Segala produk ECOLINK mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
● Teknologi VoltSafe yang memastikan perlindungan lonjakan 2.5kv dengan perlindungan tegangan dengan lebar 160-360v.
● Direka supaya mengurangkan ketegangan mata tanpa kerlipan dan UV dan IR yang boleh diabaikan.
● Ketenangan fikiran dengan waranti selama 2 Tahun.
● Diperakui oleh SIRIM bagi memastikan prestasi dan pematuhan keselamatan
“Sebagai sebuah syarikat neutral karbon 100%, kami ingin menggandakan kesan positif kami terhadap alam sekitar dan masyarakat. Produk ECOLINK dilengkapi dengan ciri penjimatan tenaga di rumah mahupun kegunaan komersial,” kata Sukanto. “Dalam jangka masa yang panjang produk ini sekaligus dapat mengurangkan sisa pepejal.”
Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon terkenal Daiyan Trisha ada berkongsi khabar berita gembira apabila dirinya kini telah berjaya memiliki sebuah rumah idamannya.
Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin telah berkongsi khabar tersebut dengan memuat naik beberapa keping foto kediamannya menerusi hantaran di laman media sosial Instagram miliknya.
“level up, alhamdulillah your girl’s got a new house!!,” tulisnya.
Difahamkan, penyanyi berusia 28 tahun itu telah berjaya memiliki sebuah rumah bungalow setinggi dua tingkat yang dilengkapi dengan kolam renang di kawasan laman kediamannya.
Manakala, struktur rekaan luar bangunan tampak moden dan sangat bergaya yang nyata amat sesuai buat penyanyi asal Selangor itu.
Melihat perkongsian foto berikutnya, ruang dalaman tersergam indah dengan tangga rumah yang berkonsepkan ‘modern industrial’ mewujudkan rekaan hiasan dalaman lebih unik dan kreatif.
Meski belum mencecah usia 30 tahun, penyanyi jelita ini telah berjaya untuk memiliki rumah idamannya yang boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat buat anak muda khususnya yang masih belum memiliki rumah.
Tidak ada salahnya untuk pasang impian dan angan-angan setinggi langit, kerana dengan berbekal semangat dan usaha kejayaan pasti akan muncul dalam hidup anda. Betul tak?
Jadi tahniah diucapkan kepada Daiyan dan semoga terus sukses dalam karier seni yang diceburinya. Tak sabar pula rasanya ingin lihat rekaan hiasan dalaman rumah Daiyan apabila sudah siap nanti.
Sumber: Instagram Daiyan Trisha
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.