
Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan hiasan dinding menjadikan ruang tamu nampak lebih cantik dan kemas.
Nampak senang tapi nak gantung gambar pada dinding rumah tak semudah yang disangka. Susunannya perlu dirancang dengan teliti supaya nampak kemas.
Jika anda berhasrat menghias dinding sempena raya ini namun belum ada idea, jadikan 6 stail ini sebagai panduan. Tak perlu ragu kerana hasilnya memang cantik.
1. Spiral
Mulakan dengan meletak satu bingkai di tengah dan atur bingkai selebihnya dalam bentuk melingkar atau mengelilinginya. Pastikan jarak antara bingkai adalah sama.
2. Centered
Pilih satu atau dua bingkai untuk dijadikan titik tengah. Atur bingkai lain di kiri dan kanannya.
3. Outer Align
Pilih satu bingkai gambar yang besar, seterusnya atur bingkai gambar yang lebih kecil di setiap penjuru.
4. Reflection
Letakkan bingkai gambar pelbagai saiz sederet, kemudian ulang teknik yang sama pada bahagian bawah.
5. Staircase
Ini susun atur gambar untuk diletakkan di bahagian tangga. Setiap bingkai diatur dalam keadaan menaik walau apa jua saiznya.
6. Nine square
Ini merupakan aturan paling mudah. Hanya susun sembilan bingkai gambar dengan saiz yang sama dalam bentuk segi empat.
Selamat berdekorasi!
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Pottery Barn
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
‘Spoil’ Bila Terkena Telur Busuk Ketika Masak, Ketahui Cara Simpan Telur Yang Betul.

Bila anda beli telur di kedai atau pasar raya, jangan sesekali membasuhnya dan memasukkan dalam peti sejuk. Itu cara yang salah. Sebabnya pada cangkang telur ada protective bloom yang melindunginya daripada bakteria salmonella. Kalau dah terbasuh bermakna pori-porinya dah terdedah dengan bakteria tersebut. Bayangkan kalau ia dah termasuk dalamnya, anda pun akan sama berisiko terdedah dengan bakteria jahat itu. Itu yang boleh sebabkan sakit perut dan serangan cirit-birit.
Telur Dalam Peti Ais
- Bila dah simpan telur dalam peti ais, jangka hayatnya cuma antara 2 ke 5 minggu saja. Kalau lebih dari itu ‘harap maklum’.
- Pada pek telur akan ada tarikh luput. Lihat tarikh ‘baik sebelum’. Jika sudah melepasi tarikh itu, sehari dua ia sebenarnya masih boleh digunakan. Tapi gunakan untuk membuat kek atau rebus saja. Jangan sesekali menggoreng, jadikan telur dadar atau rebus setengah masak.
6 Tips Simpan Telur
- Simpan telur di tempat redup. Jangan letakkan di tempat yang kena cahaya matahari ataupun bahang dapur. Perubahan suhu semasa telur disimpan menyebabkan putih telur mencair.
- Telur yang bermutu baik mengandungi kuning telur yang pekat dengan di kelilingi putih telur yang pekat dan satu lagi lapisan putih telur yang cair.
- Letakkan bahagian telur yang besar di atas untuk memelihara mutunya.
- Jauhkan makanan yang berbau kuat dalam peti sejuk kerana telur boleh menyerap bau makanan lain
- Keluarkan telur dari peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam sebelum digunakan.
- Jika hendak merebus telur, gunakan suhu panas yang sederhana rendahnya.
Cara yang boleh kita lakukan adalah pecahkan telur dan jika kuningnya masih bulat bermakna telur masih segar. Kalau kuningnya dah cair, bermakna telur dah tak segar. Sebenarnya ada satu lagi kaedah yang boleh dicuba untuk menentukan kesegaran telur yang tiada tertulis tarikh luput.
- Ambil semangkuk air, rendam telur dalam air dan perhatikan.
- Jika telur tenggelam mendatar dalam mangkuk bermakna telur itu sangat segar.
- Jika telur dalam kedudukan tegak dan masih menyentuh dasar mangkuk bermakna telur itu tak begitu segar tapi masih boleh dimakan.
- Jika telur terapung bermakna ia tak lagi segar, busuk dan tak boleh dimakan. Telur yang terapung ini disebabkan ia sudah membentuk gas di dalamnya.
Cara Lain Yang Boleh Dicuba
- Letakkan telur dekat telinga dan goncang. Jika ada bunyi kocakan bermakna ia sudah lama. Tapi anda masih boleh memakannya.
- Telur yang segar takkan mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah yang terbaik tidak berbunyi langsung.
- Pecahkan telur dan letakkan atas pinggan atau mangkuk besar. Periksa keadaan putih dan kuning telur. Jika bentuk telur masih kental bermakna ia masih segar. Jika ia mencair, ia tak lagi segar.
- Perhatikan putih telur, jika warnanya keruh ia sangat segar. Jika warnanya jernih, bermakna ia dah lama. namun, masih boleh dimakan.
- Sebolehnya beli telur yang ada tarikh luput. Memudahkan anda untuk mengenalpasti telur masih dalam keadaan baik atau sebaiknya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ramai Masih Tak Tahu Nak Pilihan Material Lantai Yang Terbaik, Ini Caranya

Memilih kemasan lantai bilik mandi adalah jauh berbeza dan lebih rumit berbanding pemilihan lantai pada ruangan yang lain dalam rumah. Salah satu faktor yang hanya terdapat di tandas ialah kuantiti air yang banyak. Jadi pemilihan material yang betul adalah amat penting kerana jika tersilap langkah, lantai anda akan mudah rosak dan tidak tahan lama. Selain itu, dari segi kos, ketahanan, rupa dan lain-lain isu keselamatan juga harus dipertimbangkan apabila memilih kemasan lantai bilik air anda. Jadi mari kita bandingkan bahan-bahan yang sesuai dijadikan kemasan dan lihat material yang mana satu paling sesuai digunakan pada bilik air agar lantai sentiasa selamat dan tahan lama.
JUBIN PORSELIN
Kalis-air, menarik dan kos efektif. Jubin porselin dilihat sebagai pilihan terbaik kerana keupayaan menyerap air dan juga sifat versatile bahan ini yang datang dengan pelbagai design dan saiz. Tetapi perlu berhati hati dengan jubin yang licin apabila basah. Lebih baik pilih jubin yang emempunyai permukaan matte ataupun bertekstur kasar untuk keselamatan.
VINYL
Dengan rupa yang agak menarik dan sifat praktikal, vinyl telah menjadi pilihan popular untuk lantai bilik mandi sejak kebelakangan ini. Sesetengah vinyl juga amat mudah untuk dipasang hinggakan anda boleh DIY. Pelbagai saiz dan tekstur yang terdapat dipasaran juga memudahkan pengguna untuk membuat pilihat bersesuaian dengand tandas masing-masing.
BATUAN SEMULAJADI
Batuan semula jadi sebagai kemasan lantai di bilik air adalah pilihan yang menarik, tetapi hanya jika anda mampu. Terdapat beberapa masalah kelembapan dengan marmar, granit, batu kapur, dan pilihan lantai batu yang lain. Sifat batuan semula jadi yang keras, tahan lama serta memberi impak visual yang menarik dari segi estetika menjadikannya antara bahan yang mempunyai nilai jualan semula yang tinggi.
ENGINEERED WOOD (Kayu Komposit)
Kayu konvensional tidak akan dapat menahan kelembapan sehebat kayu yang berteknologi ini. Dengan asas dan lapisan papan lapis, ia dapat menyelesaikan isu yang sama disamping mempunyai rupa fizikal yang meyerupai kayu sebenar.
LAMINATE
Satu lagi pilihan yang hebat selain engineerd wood adalah lantai laminate yang mempunyai asas cip kayu yang dilapisi dengan kertas resin dengan pelbagai corak kayu. Selain tahan lama dan mampu tahan kelembapan, laminate juga amat mudah dibersihkan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Lantai Laminate Tahan Lebih Lama Kalau Ikut Tip Mudah Ini

Ada sebabnya mengapa lantai laminate sering menjadi pilihan pemilik kediaman berbanding lantai kayu sebenar. Selain sifatnya yang nipis serta tahan lama, laminate juga datang dalam pelbagai tekstur dan warna. Pengguna tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk memasang lantai laminate kerana ia sememangnya lebih murah berbanding material lantai lain yang terdapat di pasaran. Amat sesuai untk cuaca tropika seperti di Malaysia, lantai jenis ini tidak mudah rosak apabila terdedah pada kelembapan dan cahaya matahari. Satu lagi kelebihan utama laminate adalah keupayaan meniru rupa kayu semulajadi dengan sempurna tetapi harganya jauh lebih berbaloi untuk dimiliki. Proses pemasangan lantai laminate juga amat mudah dan singkat, hinggakan ada yang memilih untuk DIY sendiri.
Memilih Bahan Dengan Kualiti Terbaik
Sama seperti mana-mana produk lain yang sering digunakan dalam kehidupan seharian kita, pemilihan lantai dengan kualiti yang tepat juga akan menjimatkan masa dan wang penyelenggaraan, sekaligus mengurangkan kemungkinan untuk mengganti lantai dalam masa beberapa tahun. Lantai yang berkualiti secara automatik akan lebih mudah untuk dikekalkan walaupun dengan penggunaan yang kerap untuk jangka masa yang lama.
Langkah Penjagaan dan Penyelenggaraan
Lantai laminate amat mudah untuk dijaga dan itu merupakan salah satu faedah utama penggunaan lantai laminate. Cara paling praktikat dan mudah untuk mengekalkan rupa bentuk asal laminate adalah dengan melakukan kerja-kerja pembersihan asas dengan kerap dan konsisten. Beberapa tabiat pembersihan lantai laminate termasuklah ;
- Lekatkan pad pelindung pada kaki perabot. Untuk perabot beroda pula, pastikan roda tersebut adalah jenis lembut dan sesuai untuk digunakan pada lantai laminate unrtuk mngurangkan risiko calar.
- Bagi mereka yang gemar menanam tumbuhan indoor, letakkan dulang titisan dibawah pasu bagi mengelakkan air atau lembapan jatuh ke lantai laminate.
- Habuk dan kotoran perlu dibersihkan selalu sama ada menggunakan vacum atau penyapu berbulu lembut. Kemudian, mop lantai dengan mop yang sudah diperah.
- Gunakan pembersih lantai khas untuk material laminate. Walaupun lantai dipasang dengan betul dan kurang risiko melengkung, lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menyesal.
- Biarkan lantai kering sepenuhnya selepas dicuci dengan pembersih lantai dan cecair rawatan lantai laminate.
Elak Lakukan Perkara-Perkara Ini ;
Lantai laminate memang akan tahan lebih lama dan bersinar seperti ia baru sahaja dipasang semalam dengan melakukan pembersihan berkala yang kerap tetapi terdapat juga perkara-perkara yang patut anda jauhi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, seperti ;
- Jangan biarkan tumpahan air bertakung dengan lama diatas permukaan laminate kerana ia boleh menyebabkan kerosakan air. Proses pengeringan menggunakan pengering wap juga tidak digalakkan.
- Elak membersihkan lantai menggunakan wax, stim pembersih ataupun pengilat lantai.
- Jangan memakai kasut dengan tumit yang tajam atau berpaku.
- Elakkan memaku atau skru apa-apa lekapan ke lantai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI