Biru Pastel Memberi Rasa Santai Pada Ruang Kediaman Anda.

Share

 

Biru muda selalunya merupakan warna pilihan kedua selepas merah jambu atau putih asli. Biru muda selalunya juga sesuai untuk kamar kanak-kanak lelaki dan kamar untuk warga emas. Menariknya biru muda ini adalah ia bukan sahaja mampu memberikan suasana damai pada ruang . Ia juga boleh menjadikan ruang nampak lebih luas dan  santai. Auranya memberi rasa selesa dan padanan warna putih membantu ruang tampil lebih luas…

Biru muda sememangnya sesuai untuk tata hias english dan art deco. Tetapi ia juga boleh diterapkan pada tata hias moden dan minimalism. Selalunya biru sesuai dipadankan dengan dengan putih sebagai keseimbangan. Elakkan memilih warna yang gelap seperti hitam atau pun coklat kerana ia sudah lari daripada padanan yang hendak diserlahkan. Ia bukan sahaja tidak harmoni malah suasana juga nampak janggal. Kenapa? Ringkas, lihat pada langit dan ombak… awan dan langit, air laut dan buih ombak….itulah inspirasinya…..

Jadi bagi anda yang mahukan suasana kediaman yang santai, luas dan nampak ‘ringan’ , boleh mencuba pilihan biru muda. Jika tidak di ruang utama pun, ruang kamar beradu pun sudah memadai. Ia memberikan rasa senang dan mendamaikan. Malah mudah bagi anda menghias ruang dengan pilihan warna yang tidak terlalu banyak. Simple-simple je di IMPIANA.

 

Published by
Faizal Yunus