Jubin BMS Sdn. Bhd sebuah syarikat pembekal dan penjual jubin dan kelengkapan kebersiahan “sanitary ware”, baru-baru ini telah menerima anugerah bilik pameran jubin & barang kebersihan terbesar Malaysia Dari Malaysia Book of Record. Syarikat yang ditubuhkan pada 1990 ini baru sahaja menyambut ulang tahun ke-30 tahun lepas.
Acara penerimaan anugerah secara rasmi telah diadakan pada 8 April 2021 yang turt disaksikan oleh oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor bagi Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr. Chong Fat Full.
Ads
Kompleks pameran yang berpusat di Tebrau 3 ini mempunyai keluasan lantai kira-kira 70, 000 kaki persegi denagn menggabungkan bilik pameran lama dan baru. Kompleks pameran yang baru mempunyai 3 aras dan menghimpunkan kesemua produk dari harga mampu milik hinggalah premium. Menjadikan komleks terbesar ini lebih terancang, setiap aras mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Ads
Untuk Aras satu, ia menempakan ruang pameran kemasan jubin dan marmar asli yang diberi nama (Galeri Stone & Surface). Manakala bagi aras 2 pula menghimpunkan Galeri Bath & Wellness yang mengandungi koleksi barang kebersihan. Untuk tingkat yang paling atas, ia merupakan Dewan Serbaguna BMS.
Ads
Untuk kemudahan pelanggan, Jubin BMS Sdn. Bhd. turut menyediakan perkhidamatan tempahan potongan khas mengikut saiz keperluan pelanggan, perkhidmatan rekaan dalaman secara maya dan ruang perbincangan untuk pelanggan yang inginkan perincian perkhidmatan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Samsung Electronics Malaysia telah melancarkan unit penyaman udara baharu yang menampilkan teknologi penyejukan Wind-Free ™. Model AR9500T yang inovatif dan unik ini telah diperkenalkan ke pasaran di seluruh dunia.
Penyaman udara AR9500T tercipta untuk merevolusikan pasaran sebagai unit bebas angin yang pertama dengan penyejukan adaptif dan kemampuan AI. AR9500T menambahkan kepintaran dan kemudahan dengan mengoptimumkan proses penyejukan dengan ciri AI Auto Cooling, yang membolehkan pengguna menggunakan penyaman udara mereka dengan lebih mudah dan cekap. Ia berfungsi dengan menganalisis keadaan bilik, suhu pilihan pengguna dan mod penyejukan, dan bahkan iklim luar untuk beralih ke tetapan yang paling sesuai secara automatik.
Fungsi “fast-cooling” atau penyejukan pantas berfungsi dengan menyejukkan bilik dengan cepat dari satu sudut ke sudut yang lain. Ia menyebarkan udara sejuk lebih jauh dan lebih luas untuk memastikan selimut udara sejuk yang konsisten tidak kira di mana anda berada di dalam bilik. Digital Inverter Boost dalam unit Bebas Angin ini dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk pemampat mencapai kuasa maksimum sebaik sahaja ia mula beroperasi. Ini membantunya menyejukkan udara 43 peratus lebih cepat berbanding model konvensional. Dalam mod Penyejukan Bebas Angin, udara segar disebarkan dengan lembut dan sekata melalui 23,000 lubang mikro. Ini mewujudkan atmosfera yang sejuk tanpa penghasilan angin kuat yang tidak menyenangkan.
Terima kasih kepada pemampat Digital Inverter Boost yang cekap tenaga, AR9500T mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 73 peratus dan dilengkapi dengan label tenaga 5-Bintang untuk CSPF – penarafan tenaga tertinggi yang terdapat di Malaysia.
Harga adalah seperti di bawah:
1.0hp – MYR2.399
1.5hp – MYR2.699
2.0hp – MYR3.699
2.5hp – MYR4.399
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penyaman udara Samsung AR9500T Wind-Wind, layari Samsung Malaysia.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Berbudi pada tanah banyak manfaatnya. Berhadapan risiko kelaparan yang semakin meningkat di Gaza telah mendorong petani muda berpengalaman, Yousuf Abu Rabea, melakukan inisiatif untuk memulakan ladang di atas bumbung sambil mempersiapkan tanah pertanian yang rosak akibat perang.
“Sayur-sayuran, buah-buahan, daging, malah makanan dalam tin yang biasa kami terima sebagai bantuan kemanusiaan sudah habis,” kata lelaki berusia 24 tahun dari Beit Lahia di utara Gaza kepada Xinhua.
Usahanya dianggap berisiko tinggi kerana serangan udara yang tidak dijangka, kemarau, dan kekurangan baja akibat sekatan ketat Israel mengancam untuk memusnahkan segala usaha untuk menghasilkan sayur-sayuran bagi memberi makan kepada jiran-jiran yang kelaparan.
Rakyat Palestin yang terpaksa berpindah akibat konflik yang berterusan telah terbiasa hidup di bawah garis kemiskinan.
Elak Kelaparan
Titik tolak bagi Yousuf untuk meneruskan pertanian adalah apabila mengetahui bahawa tiga jirannya meninggal dunia akibat kelaparan.
Bimbang bahawa keluarganya juga akan menghadapi nasib yang sama, Yousuf mula membersihkan bumbung untuk mencipta petak pertama tanaman sebaik sahaja tentera Israel membenarkan dia dan penduduk lain yang berpindah kembali ke bandar mereka.
Tanah suai tani sama ada musnah dalam serangan atau diduduki oleh khemah yang menempatkan orang yang terpaksa berpindah. Sebanyak 63 peratus ladang tanaman tetap di Gaza telah rosak, menurut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai.
Lebih buruk lagi, wilayah pantai yang terkepung itu mengalami kekurangan air. Kira-kira 67 peratus kemudahan air dan sanitasi telah dimusnahkan atau rosak akibat aktiviti berkaitan konflik, menurut statistik PBB pada bulan Jun.
Benih Tanaman Mudah Tumbuh
Malah, benih yang boleh digunakan juga sukar didapati. Yousuf berkata dia menjelajah tanah yang ditinggalkan dan berjaya “mengumpul benih lada hijau, terung, selada air, dan tanaman lain yang cepat dan mudah tumbuh.”
Yousuf dan abangnya kemudian mengeringkan benih selama dua hari sebelum menanam semula. Kumpulan pertama anak benih sayuran mereka berjaya dan menggalakkan orang lain untuk menyertai dan memperluaskan skala kebun mereka.
“Kami kini sedang bersiap sedia untuk menanam beberapa sayuran musim panas untuk memastikan bekalan minimum produk pertanian untuk orang kami,” katanya.
Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Gaza meningkat kepada 38,983, kata pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Ahad.
Malnutrisi Penduduk Gaza Meningkat
Dua juta orang, hampir keseluruhan penduduk Gaza, mengalami tahap ketakjaminan makanan yang kritikal dan malnutrisi semakin meningkat, kata Program Makanan Sedunia (WFP) di platform media sosial X pada akhir Jun.
“Penduduk Gaza tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk terus hidup. Ramai daripada mereka tidur dalam keadaan lapar, hanya mendapat satu hidangan sehari jika mereka bernasib baik.
Kebuluran bukan sekadar mengenai makanan. Orang ramai memerlukan nutrisi. Mereka memerlukan akses kepada penjagaan kesihatan. Mereka memerlukan air bersih, dan mereka memerlukan tempat perlindungan,” kata WFP.
Walaupun jika perang berakhir dengan segera, Yousuf berkata: “Kami tidak akan dapat kembali kepada kehidupan normal kami dengan cepat.”
Daripada duduk diam dan menunggu sumbangan tiba, bertani adalah seperti satu lagi usaha, menurut petani muda ini.
Kini dia menggalakkan petani lain untuk mengusahakan tanah mereka walaupun perang berterusan. “Ia akan berakhir lambat laun, jadi kami perlu bersiap sedia untuk hari itu,” katanya.
IMPIANA: Tahniah atas inisisatif petani muda ini memulakan tanaman sayur-sayuran ini, meskipun bukan mudah dalam situasi perang namun tetap berusaha untuk meneruskan kehidupan. Terbaik.
Pusat membeli-belah IOI City Mall dikhabarkan bakal menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan pembukaan Fasa Keduanya pada 25 Ogos ini yang mempunyai lebih 700 ruang runcit secara keseluruhan.
Dengan kedudukan lokasi strategiknya yang terletak di pusat peranginan IOI Resort City, ia bakal menjadi tumpuan lebih 3.1 juta pengguna dari perbandaran berhampiran di selatan Lembah Klang, iaitu Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Sepang, Puchong dan Seri Kembangan.
Pembukaan Fasa Kedua IOI City Mall akan mempunyai secara keseluruhan 14 penyewa utama dan lebih daripada 200 kafe dan restoran yang bakal dinikmati orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutif (IOIPG) Datuk Voon Tin Yow dalam satu kenyataan berkata IOI City Mall sedia menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan tambahan satu juta kaki persegi kawasan boleh disewa bersih bagi keseluruhan kawasan, menjadikan jumlah keseluruhan kawasan IOI City Mall kepada 2.5 juta kaki persegi.
“Selain peruncitan, pusat beli-belah ini menyediakan IOI City Farm, ruang seluas 18,000 kaki persegi yang menyediakan aktiviti mesra keluarga untuk mempelajari tumbuhan dan haiwan,” katanya.
Pameran didik hibur yang baharu itu terdiri tiga zon iaitu Zon Tumbuhan, Zon Haiwan dan Zon Akuatik untuk pengunjung memerhati dan berinteraksi dengan lebih daripada 70 spesies tumbuhan, haiwan kecil dan comel serta ikan.
Pusat beli-belah itu akan mengetengahkan “IOI Grand Exhibition and Convention Centre”, sebuah dewan berkeluasan 40,000 kaki persegi dengan kemudahan terkini yang boleh menampung 2,000 jemputan jamuan perkahwinan dan kira-kira 3,000 perwakilan untuk persidangan selain daripada pusat sukan di atas bumbung dengan 15 gelanggang badminton dan dua arena futsal.
Sumber: tvstv.my
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.