Seperti kata pepatah, “Api lawannya air”. Namun, tidak semua api atau kebakaran itu boleh dipadamkan dengan menggunakan air. Seperti perkongsian di facebook Friends of Bomba Malaysia, apabila berlaku kebakaran di dapur air bukanlah medium pemadam yang terbaik. Ia hanya akan menyemarkkan lagi api yang tengah marah. Jadi untuk penyelesaian terbaik dan lebih mudah, apa kata kita tengok video perkongsian tersebut:
https://www.facebook.com/RakanBombaMalaysia/videos/877809932591804/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rona Putih Hiasi Rumah ZASKIA SUNGKAR, Mewah Dengan Dekorasi Marmar
Memang terinspirasi melihat kediaman mewah selebriti negara jiran ini. Selain kejayaannya sebagai usahawan, gaya hidup dan kediaman mewah Zaskia Sungkar sentiasa menjadi perhatian.
Apa tidaknya, mahligai indah isteri Irwan Syah ini tersusun kemas dan menjadi idaman setiap keluarga! Tak ubah seperti hotel bertaraf lima bintang.
Reka bentuk dalaman didominasi oleh warna putih dengan sentuhan marmar yang elegan. Apa yang pasti, wanita cantik ini punya cita rasa yang mengagumkan.
Jarang tayang rumah kepada umum, baru-baru ini Zaskia telah berkongsi tour kediamannya melalui akaun media sosial peribadinya. Reka bentuk rumah itu memaparkan keanggunan yang mantap dengan dominasi warna putih yang elegan. Bukan itu sahaja, sentuhan batu marmar juga boleh dilihat di beberapa sudut ruangan, menambahkan lagi kesan mewah.
1. Elegan dengan dekorasi putih dan hitam
Reka bentuk dalaman rumah Zaskia menyerlah dengan gabungan hitam dan putih yang mantap. Dalam foto yang dikongsinya, dinding rumahnya dicat putih, manakala aksen hitam diterapkan pada perincian seperti pintu dan tingkap.
2. Hiasan Marmar Mendominasi Ruang Dapur
Dapur yang mewah juga disediakan di kediaman Zaskia Sungkar. Set dapur direka dalam warna putih digabungkan dengan percikan belakang beraksen marmar putih. Sementara itu, meja dapur mempunyai sentuhan kayu yang tersendiri. Gabungan warna kayu putih dan coklat menambah kesan elegan pada dapur Zaskia.
3. Dapur Zaskia juga dilengkapi dengan pelbagai perabot yang canggih
Selain mempunyai reka bentuk yang elegan, dapur juga dilengkapi dengan perabot moden. Terdapat pantri yang direka khusus untuk meletakkan ketuhar gelombang mikro dan ketuhar. Bukan itu sahaja, terdapat juga alat pembuat kopi yang merupakan antara peranti kegemaran keluarga Zaskia.
4. Terdapat bilik air di tingkat 1
Di tingkat satu rumah, terdapat bilik air yang ringkas. Di dalamnya terdapat beberapa produk penjagaan kulit Zaskia yang sering digunakannya selepas beraktiviti. Sesuai dengan suasana bilik yang lain, bilik air ini juga didominasi oleh warna putih.
5. Terdapat kemudahan lif yang canggih
Kemudahan di rumah Zaskia sangat mewah termasuk adanya lif. Dengan lif ini, Zaskia dan tetamu yang ingin berkunjung ke rumahnya boleh sampai ke tingkat 2 dengan mudah tanpa perlu menaiki tangga.
6. Tingkat dua ialah butik Zaskia
Zaskia yang terkenal sebagai usahawan berjaya dalam industri fesyen menukar tingkat dua rumahnya sebagai pejabat untuk butiknya sendiri. Ruang butik itu memaparkan keanggunan dengan sentuhan hiasan yang tebal dengan kayu.
Tip Penjagaan Marmar
1. Lantai jubin tidak boleh dibiarkan dalam keadaan basah kerana ia mudah licin dan berbahaya kepada kita. Ianya perlu sentiasa dibersihkan dan kemudiannya dibilas dengan air serta dilap kering.
2. Bagi kotoran biasa seperti tumpahan minuman, minyak dan lain-lain pemilik kediaman boleh menggunakan pencuci beralkali. Manakala, minyak tanah pula sesuai untuk membersihkan kotoran cat, gris atau getah.
3. Pemilik kediaman juga boleh mengadaptasi petua orang lama bagi mengelakkan lantai cepat pudar dengan mengambil setengah baldi air, campurkan dengan semangkuk kecil kapur sireh dan juga lima sudu besar garam halus.
4. Bagi mengelakkan lantai berkulat dan cepat rosak dan kotor, pemilik kediaman boleh menggunakan bahan pencuci yang agak kasar seperti klorin, cuka dan jus limau. Caranya ialah dengan memberus jubin tersebut dengan berus yang keras serta air bercampur serbuk penaik.
5. Elakkan benda-benda berat dan tajam jatuh ke lantai jubin bagi mengelakkan lantai pecah dan rosak akibat hentakan tersebut. Pemilik kediaman boleh juga meletakkan hamparan ambal di sesetengah bahagian lantai jubin bagi keselesaan dan keselamatan di dapur sekiranya lantai agak lembap dan licin.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Upah Kontraktor, Air Cucian Beras Pun Boleh Hapuskan Anai-Anai
Tiba-tiba almari kayu roboh. Bila diperiksa rupanya dah lama almari anda menjadi habitat si anai-anai. Nasib baik tiada melibatkan nyawa. Sekadar membuang perabut atau kayu yang dimusnahkan tidak memadai. Nanti, koloni anai-anai tersebut akan berpindah ke bahagian kayu yang lain.
Tak kiralah pada dinding mahupun bingkai selagi adanya bahan yang boleh di mamah anai-anai terutamanya kayu. Jika terkesan kehadiran si anai-anai, sebaik rawatan segera perlu dilakukan sebelum seberang bencana lebih besar menimpa. Terdapat banyak kontraktor kawalan serangga yang sedia berkhidmat, namun harga mereka bukan kepalanga. mahu cecah ribuan untuk merawat dan mencegah anai-anai di seluruh rumah.
Jadi, selain mendapatkan khidmat kontraktor kawalan serangga, apa kata anda guna petua-petua mencegah dan merawat seranggan anai-anai dengan langkah-langkah mudah berikut:
Air cucian beras
Selalu kita cuci beras, air basuhan pertama dan kedua pasti kita biarkan ianya mengalir ke dalam lubang singki. Tahukah anda ianya amat mujarab dalam usaha untuk mengusir anai-anai dari terus bersarang di rumah. Hanya siramkan sahaja air tersebut keliling sarang serta tuangkan ke dalam lubang untuk pembasmian mutlak.
Minyak tanah
Ia amat sinonim dalam mencatikkan laman terutamanya menjelang hari raya untuk menyalakan pelita. Selain daripada menerangi malam anda, ia amat bermanfaat jika anda semburkan minyak tanah terus ke kayu yang menjadi bahaman koloni anai-anai. Nak lagi kesan yang efektif, campurkan dengan minyak serai, lagi mujarab.
Air Tembakau
Dari anda rosakkan jantung sebab merokok, lebih baik invest sedikit wang pembelian rokok dengan mengambil daun tembakau daripada puntung dan campurkan dengan air serta perap selama satu malam. Semburkan Air perapan di sekeliling rumah dan koloni anai-anai. Sasarkan kepada kayu yang diserang serta ‘rumahnya’.
Air Garam
Air garam memang banyak manfaatnya, nak sedapkan lauk, rawat luka dan juga basmi anai-anai. Cara nak buat air semburannya sama seperti guna daun tembakau, campurkan dengan air tawar dan biar selama satu malam dan sembur di setiap laluan anai-anai, di kayu dan juga dalam sarangnya.
Air Kapur Sireh
Anatomi badan anai-anai bersifat lembut serta berkulit nipis. Air panas yang dihasilkan daripada campuran kapur sireh dan menyebabkan jisimnya mengecut dan mati dengan cepat. Untuk penggunaannya, sama sahaja iaitu melalui kaedah semburan.
Racun
Akhir sekali, kalau tak jalan juga, guna air racun pembasmi serangga dan semburkan ke arah-anai, tapi pastikan sewaktu membancuhnya anda ikuti aturan yang telah ditetapkan oleh pengeluar racun. Takut nanti, niat nak bersihkan rumah dari anai-anai, anda pula yang terjejas sebab racun makan tuan.
Selamat Mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Petua Menghalau Lipas Di Rumah. Wajib Baca!
Kajian menunjukkan bahawa di dalam perut lipas terdapat cacing halus dan lembut. Jadi jika anda memukul atau menghalau lipas menggunakan surat khabar ataupun penyapu, kemungkinan cacing dalam terdapat di dalam perut lipas itu akan terkeluar dan merayap mencari tempat yang baru. Cacing halus ini sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil tetapi ia boleh memasuki tubuh kita melalui pori-pori kaki ataupun jika kaki kita luka. Sangat bahaya!
Oleh itu, apa kata selepas ini jika mahu menghalau atau membunuh lipas anda cuba aplikasikan tip yang IMPIANA sediakan ini;
1) Ambil sebuku sabun mandi dan potong dadu. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.
2) Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari selepas terkena lemon itu. Selepas beberapa hari, apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
3) Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lipas. Kemudian secara perlahan-lahan lipas akan mati.
4) Seterusnya, Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
5) Jika terlalu banyak lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek, kemudian campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti bergedel dan letak di tempat banyak lipas.
6) Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang dan jangan lupa untuk tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
Perlu Tahu!
Banyak kes keracunan makanan disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh lipas. Hasilnya, ramai yang mendapat cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah pembengkakan pada mata.
Apakah yang dilakukan oleh lipas pada makanan kita sehingga tercemar dengan banyak bakteria yang boleh membawa penyakit?
Sebenarnya lipas mempunyai satu tabiat yang buruk semasa makan. Lipas yang sedang makan akan melakukan ‘regurgitasi’ iaitu memuntahkan balik apa yang dimakan di tempat ia sedang menikmati makanan. Maka, semasa mereka makan, lipas meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya berserta dengan najis-najisnya sekali yang dilumuri pelbagai jenis kuman lagi.
Di Malaysia sahaja terdapat sehingga 4000 spesies lipas yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza tapi tidak ketara.Lipas membiak dengan banyak di dalam telurnya antara 6-16 ekor dalam setiap sebiji telur. Apabila matang, telur akan menetas dan mengeluarkan banyak anak-anak lipas. Biasanya, lipas akan menyimpan telurnya dan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari dan tempat-tempat yang kurang terusik sehinggalah telur tersebut menetas.
Sumber: Internet / Quaisz
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI