Laman

Booster Tanaman Dari Yakult Buat Pokok Berbuah Lebat Dan Mabuk Bunga

Share

Pokok buah atau bunga yang di tanam, bila mengeluarkan hasil lumayan adalah manfaat yang paling dinanti. Baru sebiji pun dah seronok, cuba bayangkan hasil buahnya sampai boleh patah dahan. Nak pastikan pokok mabok bunga dan berbuah sampai patah dahan, bukan sahaja baja diperlukan. Booster yang mendorong tanaman untuk lebih kuat dan produktif pun perlu disediakan

Puan Suhaili Baharudin berkongsi resipi mudah booster tanaman. Tapi hasilnya memang puas hati. Dengar kata, booster ni dah digunakan pekebun-pekebun di Thailand.

Nak beli biji benih sayur berkualiti tanpa GMO, IMPIANA nak cadangkan beli jenama Soon Huat Seed. Beli online lagi murah di sini https://invol.co/clt9zi

Bahan-bahan:

2 biji telur (tak kisah saiz apa pun)
1 botol yakult

Cara-cara:

Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.

Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.

Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.

Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Baki peraman, boleh simpan dalam peti sejuk

Kita spray ni cuma seminggu sekali ya.
Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.

Ini contoh Kak Eli spray pada daun limau purut. Kemudian esok pagi bila Kak Eli tengok semula pokok yang sama, Terus tumbuh anak pucuk baru!

Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.

Published by
Impiana