Brother Ni Diy Kolam Renang Mini, 7 Hari Je Dah Siap. Kolam renang antra elemen yang menarik dan meyeronokkan kalau ada di laman. Kalau ada sebuah kolam, “confirm” anak-anak tak nak benda lain dah. Tapi, mesti ramai yang fikir panjang kalau nak bina kolam renang ni. Perkara utamanya adalah kos yang tinggi untuk membina dan penyelenggaraanya rumit.
Tapi, Eddy Azuan berjaya bina sendiri kolam renang untuk menambah aktiviti anak-anak ketika musim PKP yang lalu. Yang menariknya, kolam renang tersebut 7 hari je tempoh diperuntukakn untuk siap sempurna. Jom kita belaajr macam mana En Eddy boleh siapkan kolam mini ni dalam tempoh 7 hari seorang diri
Alhamdulillah..
Akhirnya jadi reality juga projek ni…
Memang nak mula bertangguh tanguh.Tapi dah mula 7 hari siang malam kita usahakan juga secara SOLO. Betul, buat sorang-sorang je. Nak jaga SOP kan. Adalah cuba dibantu oleh anak-anak. Tapi 3 minit sahaja mereka bertahan
Buat projek ni hasil kajian dari GOOGLE , YOUTUBE dan FB
Ni saya kongsikan langkah-langkah yanag perlu dilakukan. Mana tau ada yang nak cuba DIY juga. Awas! nak DIY projek ni mmg MAKAN MASA, TENAGA, dan KULIT PUN LEGAM dibuatnya. Terima kasih sokongan isteriku Syuhada Kamil !!!! Tanpamu mmg tiada ketenangan utk fokus pada kerja-kerja ni.
Ni la rupa asal ruang yang ada. Rumput tiruan tu memang dah ada cuma tanah tak sama level dengan lantai batu
Baca juga: Bina Penapis Kolam Sendiri Dengan Menggunakan Pasu Lebih Menarik
Inilah lakaran pelan orang kata lukis dulu baru nampak oh ya.. ada yang tanya kenapa perlu buat deck keliling?
a. Taknak kucing datang cakar
b. Taknak ada haiwan bermastautin celah-celah
c. Melindungi sistem pipe yang ada
d. Nampak kemas dan siap
Barang-barang, beli online he. 3 hari terus sampai depan rumah. Cuma canvas kolam je beli set yang dah siap jenama bestway 2mx4m dengan kedalaman 1m. Boleh try cari kat shopee, harganya lebih kurang RM 700-800 atau klik je link ni https://invol.co/cl904xj
Kerja-kerja dimulakan. dengan memunggah semula rumput tiruan untuk proses meratakan tanah
Lebih kurang 15 beg pasir digunakan untuk ratakan permukaan tanah. Kenapa tak pakai simen? sebab tak larat nak bancuh. Kenapa tak pakai tanah merah? Online ada jual tu je. senang sekali order kedai yang sama. Tapi, sebaiknya simen dulu akalu ada modal dan tenaga.
Macam ni hasilnya lepas di rataakn dengan pasir. Jangan lupa paip longkang untuk air keluar. Bahagian air keluar, tutup dengan jaring untuk elak haiwan masuk.
Lepastu, cover balik dengan weed mat. Untuk elak pertumbuhan di celah-celah. Saya masih kekalkan rumput tiruan dan sebagai alas sebab nak jadikan dasar kolam lembut apabila dipijak.
Mula buat framing. Ukur dan potong guna gunting je. Tak brani pakai grinder
Frame untuk deck lebih kurang dah siap.
Lepas siap FRAME.. kita usahakan sistem PAM dan FILTERnya… asalnya pam 0.5hp.. kemudiannya akan ditapis ke sand filter…
Namun selepas dicuba pam 0.5hp tak cukup power utk bantu bila nak vacuum sedut habuk dilantai… maka… UPGRADE ke 3.0hp!!!
Lepas siap sistem pipe dan pump.. mula pasang kolam KANVAS.. dan try isi air..
Deck dah pasang. Saya guna prima plank je sebab ada urat kayu