
Isi Kandungan
ToggleSelain pohon mangga, durian belanda atara tanaman yang banyak dan mesti ada di laman. Hal ini disebabkan bukan sahaja buah nya mempunyai khasiat tinggi malah daunnya. Namun, mesti ramai alami masalah buah yang tak menjadi, busuk dan ada sebahagian kulitnya akan bertampok hitam seperti yang dialami oleh Rusmini. Walapun hasil pokok durian belandanya banyak, ada sebahagianya rosak teruk. Terdapat juga yang kulitnya cantik tapi rosak di bahagian dalam. Kenapa ini berlaku?
Kebiasaanya disebabkan oleh Serangan semut hitam
Antara perosak utama durian belanda ialah semut hitam. Kebiasaanya, kalau ada semut, koloni kutu bena pun ada sebab itu antara sumber makanan semut.
Cara atasi: Gunakan pembasmi serangga perosak organik atau air sabun. Sembur setiap kali kelihatan koloni serangga perosak ini hadir
Bunga banyak tapi buah tak menjadi
Rupanya, bunga durian belanda pun memerlukan proses pendebungaan. Jika tiada ejen yang melakukan proses ini, potensi buah menjadi memang sukar
Cara atasi: Bela ejen pendebungaan seperti kerengga atau lakukan pendebungaan sendiri menggunakan berus
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90

Nak ada kabinet dapur ramai yang mengeluh sebab harganya yang agak mencekik terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. Jadi, ada yang mengambil keputusan untuk DIY sendiri. Seperti yang ditunjukkan oleh wanita ini di dalam blog nya sisikami.blogspot.my Pemilik banyak menggunakan produk dari Ikea untuk melengkapkan sebuah set kabinet dapur yang nampak ringkas, kemas dan menarik. Jom tengok apa keperluan barang, peralatan dan cara membuat yang telah di sediakan.
- Pertama sekali kena draf design kedudukan kabinet tu mahu bentuk macam mana. Bentuk L, memanjang, U atau island
- Pastikan tahu ukuran rumah. Even lukis pakai tangan pun kena guna scale yang betul untuk pastikan design tersebut muat/sesuai dengan saiz dapur.
- Ukuran kabinet, model, brand, pattern, jenis, warna, tombol, kaki, sinki, paip, etc boleh rujuk website IKEA bahagian KITCHEN. So dah boleh bajet saiz besar mana nanti bila dah pasang.
- Kemudian pergi je IKEA bahagian kitchen cabinet dan minta bantuan pekerja IKEA di situ. Nanti mereka akan tolong dapatkan barang-barang yang kita perlukan. Masa ini boleh lah minta khidmat nasihat free dari mereka. Macam kami, kami dah study dulu so sampai IKEA terus je minta quatation dan barang. Pilih barang yang nak guna saja. Jadi dah boleh bajet duit.
- Sudah selesai collect barang, bayar dan boleh bawa balik rumah untuk pasang. Macam kes kami, table top paling panjang 249cm so ngam-ngam muat dalam kereta Preve. Tapi kena turunkan seat penumpang baru muat. Top saja yang panjang, yang lain kotak-kotak biasa saja.
- Proses pasang macam biasa, ikut je manual dalam packaging setiap barang yang kita beli tu. Tak susah pun. Kalau kami yang perempuan ni boleh pasang of coz la abang-abang sado kat luar sana lagi terror pasang kan. Hehehe….
- Proses pasang untuk 3 kabinet 6 pintu ini tak sampai 1 jam pun. Cuma yang leceh nak tebuk dan pasang sinki dan hob (dapur). Yang ini terpaksa minta bantuan orang sebab bab tebuk tak pandai. Macam kami, hob (dapur) tu adik lelaki kami yang tebukkan, sinki dan paip pula terpaksa upah tukang paip sebab kena ubah kedudukan sinki dan paip asal ke lokasi baru. Kalau perasan di tepi kabinet ada nampak lubang-lubang paip sinki lama. Cacat sikit di situ, Insyaallah nanti baru nak tampal.
- Then siap sempurna semuanya. Rak di dalam kabinet pun boleh diy. Kalau ada duit lagi pergi saja IKEA cari shelf dan aksesori tambahan. Buat masa sekarang kami tak rajin lagi jadi guna dulu apa yang ada. Janji seketul kabinet dapur dah ada cukup lah. Puas hati sebab pasang sendiri boleh adjust ikut yang kita mahu.
- Ini kabinet jenis METOD bukan FYNDIG. METOD ada waranti 25 tahun, kalau FYNDIG tidak ada waranti.

(Sebab tak nak plinth so tolak plinth RM75)
Plint tu kayu putih yang cover kat bawah kaki kabinet tu. Kami tak pasang plinth sebab senang nanti nak sapu sampah/habuk bawah kabinet.





- Dapur hob + hood brand Elba + serombong asap = RM 1400
- Upah ubah kedudukan paip + tebuk sinki + pasang sinki + pasang paip = RM 250
- Upah pasang hood + serombong asap = RM 200
- Silikon + pistol = RM 15.00
- Upah tebuk lubang hob (dapur) free sebab adik yang tebukkan
- Upah pasang kabinet 6 pintu free sebab buat sendiri











Proses pasang pintu kabinet





Selesai. Make sure sekeliling sinki tu letak silikon untuk halang air meresap ke bawah sinki.
Sumber: https://sisikami.blogspot.my
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Lakukan 5 Perkara Ini Sebelum Beli Peti Sejuk Baru

Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli peti sejuk baharu ataupun baru pertama kali ingin membeli untuk rumah anda, mungkin terdapat sedikit kebingungan di mana nak mula mencari. Maklumlah peti sejuk bukan macam baju, boleh nak cuba-cuba dulu. Kalau tersalah beli size baju boleh tukar, tapi kalau salah beli peti ais? Haa. Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mulakan pencarian. Lihat list yang IMPIANA buatkan untuk memudahkan proses ini untuk anda. Selamat mendeko!
Kenali Perbezaan Peti Sejuk Berdiri Dengan Peti Sejuk Built-In
Kebiasannya kita lihat peti sejuk berdiri digunakan di kebanyakan rumah di negara ini tetapi tahukah anda terdapat juga peti sejuk jenis built-in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-duanya sebelum anda mula membeli-belah, terutamanya jika anda masih lagi tidak pasti tentang jenis peti sejuk yang diingini. Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlu kan ruang yang cukup dan soket untuk berfungsi. Lain pula untuk peti sejuk built-in, ia dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda. Anda juga boleh binakan peti sejuk jenis built-in ini dengan seluas luasnya jika anda mahu.
Pilihan Orientasi Peti Sejuk
Adakah anda mahukan peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku dibahagian atas atau bawah? ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan anda telah mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti di dapur.
Ciri-ciri Yang Sesuai Dengan Kegunaan Anda

Ukuran Yang Tepat
Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk memang akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Memang sesetengan kediaman telah menyediakan ruang khas untuk peti sejuk tetapi anda juga perlu ,mengambil kira ruang pada belakang peti sejuk untuknya “bernafas” dengan lancar. Jadi seelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan untuk lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.
Kecekapan Tenaga Peti Sejuk
Kebanyakan produk elektrik sekarang adalah lebih efisien dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi adalah lebih mudah untuk anda memilik peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda. Di samping itu, penggunaan peti sejuk yang berteknologi hijau juga dapat membantu kita menyelamatkan bumi dari tercemar.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Inspirasi Hijau Dalam Sudut Kediaman

Isi Kandungan
TogglePemilik ini kongsikan inspirasi kediamannya sepanjang PKP lalu. Hasilnya cukup mengujakan, walaupun kediaman ini sudah lama dan bertahun dibina landskapnya. Idea untuk menambah baik sudut lain di setiap inci ruang rumah mahu pun dalam membuahkan suasana yang cukup sempurna dan baik, biarkan ia menjadi satu terapi tatkala berada di dalam rumah ini. Pemilik adalah seorang pencinta laman yang cukup menghargai setiap jenis halaman yang dianugerah.
Bermain dengan pasu yang besar dalam memperindahkan landskap kediaman membuatkan ruang halaman milik beliau tampak elegan dalam ciri tersendiri. Jika dilihat konsep dan aura laman yang diketengahkan seakan berada di kediaman Inggeris dan ada pula sudut yang membawa aura berada di sebuah resort. Inilah terapi tatkala melihat laman milik peribadi pemilik ini, yang tidak mahu dikenali.
Beliau juga berkongsi tip bagaimana untuk menjaga pokok disekeliling halaman agar sentiasa segar dan tidak mudah mati. Setiap hari jam 7 pagi beliau akan pastikan semua pokok disiram dan diberi vitamin (baja) yang sebaiknya dan mana pokok yang perlukan cahaya matahari sepenuhnya beliau akan mengubah kedudukan pokok tersebut untuk memastikan ia mendapat cahaya sebaiknya.
Halaman
Interior
Pilihan konsep terbuka dalam perincian klasik membuatkan ruang dalam rumah ini nampak lebih santai dan selesa untuk pemilik sekeluarga.
Mungkin gambar kediaman ini mampu menjadi insipirasi para pembaca diluar sana.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI