Berita

Buah Durian Di Kebun Asyik Ditebuk Tupai? Cuba Kaedah Ini Untuk Mengatasinya

Share

Bagi anda yang mempunyai kebun dan dusun durian di kampung, sudah pasti pernah berdepan dengan masalah buah yang rosak akibat ditebuk haiwan perosak seperti tupai. 

Malah, meski pelbagai cara dan kaedah sudah dilakukan bagi untuk menanganinya, namun masalah tersebut masih tidak berhasil atau berjaya untuk diatasi. 

Buat anda yang ingin mengatasi masalah tersebut, tidak perlu lagi berasa bimbang dan khuatir kerana kini ada cara dan kaedah yang boleh anda lakukan untuk menangani daripada haiwan perosak ini terus berleluasa di kebun dusun durian anda.

Apa yang cuma perlu anda lakukan adalah hanya menggunakan sekeping atau dua keping ‘aluminium plate’ yang boleh dibentuk kemudian diletakkan pada setiap batang pokok durian menggunakan paku seperti yang tertera dalam gambar di bawah.

Pastikan keliling batang pokok durian anda itu telah balut dengan ‘aluminium plate’ dengan ketat supaya ia tidak mudah tertanggal dan sebagainya.

Akhir sekali, apa yang anda perlu lakukan adalah sapukan sedikit minyak di keliling permukaan ‘aluminium plate’ yang telah dipasang pada batang pokok durian. Dengan kaedah ini, dipercayai boleh menyebabkan haiwan perosak seperti tupai ini susah dan tidak lagi berupaya untuk naik ke atas dahan pokok durian anda lagi selepas ini.

Semoga perkongsian manfaat ini dapat dikongsi bersama orang ramai dan selamat mencuba!

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Olah Bijak T-shirt Lama Untuk Dekorasi Kediaman

 

Published by
Nazar Rafiqhi