Pokok zaitun atau nama saintifiknya Olea europaea yang membawa maksud european olive atau Olea sylvestris adalah spesies pokok kecil dari famili Oleaceae. Merupakan tumbuhan malar hijau,pokok zaitun yang terdapat di sekeliling kita sebenarnya telah hidup di antara 6,000 hingga 7,000 tahun lampau, iaitu di era kerajaan Persia dan Mesopotamia. Ia kemudiannya disebarkan ke wilayah-wilayah berdekatan seperti Syria, Lebanon, Israel dan Palestin

Tingginya di antara 8-15 meter sahaja. Daunnya berbentuk bujur, berwana hijau perak, berukuran 4-10 sm panjang dan 1-3 sm lebar. Ia mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna putih dan diselaputi bulu. Batangnya tumbuh menegak dan berpusing-pusing. Buah zaitun muda berwarna hijau. Apabila masak, warnanya bertukar ke hijau kekuningan, merah gelap atau ungu, bergantung kepada spesiesnya.

Buah Zaitun Elok Di Amalkan Dalam Bulan Ramadan Baru Lah Aktif Walaupun Berpuasa

Pokok zaitun boleh tumbuh pada sebarang tanah yang ringan, termasuklah tanah liat yang bersaliran baik. Namun, pada tanah yang subur mereka akan terdedah kepada penyakit dan akan mengeluarkan minyak yang rendah mutunya berbanding jika ditanam pada tanah yang kurang subur. Pokok zaitun gemarkan iklim panas dan kering tanpa ada teduhan dan akan bermasalah sekiranya pokok matang terdedah kepada suhu di bawah 10°C. Kerana sistem akarnya yang kuat dan berselerak, mereka mampu bertahan dan hidup subur pada musim kemarau. Apa yang menarik, pokok zaitun boleh hidup untuk beberapa abad dan kekal produktif sekiranya mereka dicantas secara betul dan berjadual.

Pokok zaitun lambat membesar. Untuk beberapa tahun selepas ditanam, ukur lilit batangnya akan mencecah beberapa milimiter sahaja. Pokok ini jarang tumbuh melebihi 15 meter tinggi, dan biasanya dikawal ketinggiannya melalui kaedah mencantas. Spesies ini ditanam merata tempat dan hidup subur terutamanya di persisir pantai negara Mediterranean.

Ads

Zaman purba Greek, minyak zaitun banyak digunakan dalam acara kebesaran raja-raja dan ahli sukan. Minyak ini dibakar pada lampu suci di dalam kuil juga sebagai simbol nyalaan obor di sukan olimpik asal. Pemenang setiap acara sukan akan dimahkotakan dengan kalungan bunga-bunga zaitun.

Pokok dan minyak zaitun amat bernilai. Keistimewaan dan khasiatnya banyak disebut di dalam Al Quran dan kebaikannya juga ada dinyatakan di dalam sabda nabi.

Ads

Buah zaitun juga dikenali sebagai zaitun sahaja, merupakan hasil pertanian utama di kawasan Mediterranean yang dihasilkan untuk mendapatkan minyaknya. Zaitun merupakan ramuan asas kepada menu rantau ini. Perkataan ‘minyak’ adalah sinonim dengan bahasa yang digunakan bagi merujuk kepada pokok dan juga buahnya.

Buah Zaitun Elok Di Amalkan Dalam Bulan Ramadan Baru Lah Aktif Walaupun Berpuasa

Ads

Terdapat beratus spesies pokok zaitun yang ditanam. Namun setiap spesies mempunyai signifikasi tertentu dari aspek warna, saiz, bentuk, karakter tumbesaran dan juga mutu minyaknya. Pokok zaitun yang ditanam secara komersil digunakan untuk minyak, makanan atau kedua-duanya sekali. Zaitun yang ditanam khusus untuk tujuan dimakan mempunyai keperluan tertentu. Pokok zaitun biasanya dituai untuk minyak, kayu, daun dan minyak buahnya. Kandungan minyak di dalam buah zaitun akan mencecah 20-30% apabila warna buahnya menjadi kehitaman atau ungu, dan sesuai untuk dituai. Lebih 90% hasil tuaian pokok zaitun akan dijadikan minyak. Zaitun dianggap perencah asas kepada penyediaan masakan menu Mediterranean, selain daripada gandum dan anggur.

Pokok zaitun dituai pada musim luruh dan musim sejuk. Banyak kaedah tuaian yang digunakan. Anataranya dengan menggoncang keseluruhan pokok. Namun mutu minyak yang dihasilkan selepas dikutip dari tanah adalah rendah kerana buahnya telah rosak. Kaedah lain adalah dengan menggunakan tangga yang disandarkan ke pokok zaitun. Buah-buahnya akan dipungut satu persatu dan dimasukkan kedalam beg. Minyak yang dihasilkan dari kaedah ini bermutu tinggi.

Cara penanaman

  1. Pokok zaitun ditanam lazimnya menggunakan kaedah keratan batang atau tut dan disemai.
  2. Sediakan lubang tanaman 0.6 x 0.6 x0.6 meter dan isi dengan campuran tanah dan baja. Masukkan benih yang telah mengeluarkan akar ke dalam lubang tersebut dan siram. Pastikan pokok berada di kawasan panas dan tidak terlindung.
  3. Pembajaan dilakukan mengikut keperluan dan umur pokok, lakukan pembajaan setiap 6 bulan sekali.
  4. Lakukan pangkasan pucuk selepas pokok mencecah 0.8 – 1.2 meter supaya pokok tidak terlalu tinggi.
  5. Pastikan rumpai dibersihkan di sekeliling batang pokok bagi mengelakkan persaingan.

Penjagaan

  1. Sekiranya ditanam di dalam pasu, pastikan pasu tersebut mempunyai lubang saliran di bawahnya. Isi lapisan bawah pasu dengan batu-batu kecil dan letakkan tanah di bahagian atas.
  2. Pokok zaitun yang ditanam di dalam pasu memerlukan air lebih dari yang ditanam di atas tanah. Siram pokok 2 kali sehari dengan kadar yang banyak setiap kali siraman.
  3. Elakkan dari mencantas terlalu kerap kerana akan menghalang pertumbuhan tunas baru.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI