Siapa sangka dengan menggunakan rumput liar dan air hujan juga boleh dijadikan baja untuk menyuburkan tanaman. Sangat semula jadi, lebih jimat malah tak perlu keluarkan kos pun.
Resipi baja ini idea daripada Jadam Liquid Fertilizer iaitu satu kaedah pertanian organik dari Korea yang dicuba sendiri oleh Encik Syafiq Baharin.Mudah sangat nak buat, paling penting hasil tanaman jadi subur.
RESEPI BAJA SUBUR BUAT SENDIRI (KOS HAMPIR PERCUMA!)
Resepi buat baja cecair ni saya belajar dari kaedah JADAM from Korea. So far ni baja utama yang saya pakai kerap disamping sekali sekala letak baja tinja kambing.
Hasil dia Alhamdulillah sangat subur. Dengan izin Allah swt. Kos dia hampir RM0. Hanya kos beli tong tu je, kalau pakai tong sedia ada, kira zero cost la ni.
Nak buat dia perlukan 3 bahan je.
1. Air Hujan (Kalau takda, air paip boleh tapi biarkan dalam 3 4 hari dulu sebelum buat baja ni.)
2. Leaf Mold
– Pergi cari memana pokok besar yang bawah pokok tu banyak daun kering gugur, lagi tebal daun kering terkumpul situ, lagi bagus.
– Cari satu spot, tolak daun-daun kering tu ke tepi. Akan nampak ada 1st layer tanah yang warna gelap kehitaman.
– Ambil lah dalam dua genggam tanah gelap tu, itulah namanya Leaf Mold.
3. Rumput Liar yang ada sekitar rumah atau mana-mana, kalau mesin, rumput tu jangan buang. (Apa jenis rumput liar pun takpa.)
INI CARA NAK BUAT :
1. Ambil satu tong, tong ni terpulang lah janji ada penutup. Tong cat besar pun boleh. Tapi kalau kita nak pakai lama, pergi kedai hardware dan tanya ada tak tong terpakai warna biru ni. Saya beli dalam RM45 rasanya hari tu.
2. Penuhkan 2/3 dari tong tu dengan rumput liar tadi. Padatkan ke dalam tong tu.
Ads
3. Penuhkan tong tu dengan air hujan tadi sampai penuh ke atas dan tutup semua rumput liar tu.
4. Masukkan dua genggam Leaf Mold tadi dalam tong, biar tanah tu tenggelam dalam air tu.
5. Tutup dan biarkan at least 2 minggu dalam tong tu.
6. Lepas 2 minggu, boleh start pakai. Lagi lama peram, baja ni akan lagi kaw. Nak peram setahun pun takda masalah.
Awal-awal lepas peram, air baja ni memang busuk macam bau lepas banjir, tapi makin lama, bau dia akan makin kurang.
CARA NAK PAKAI BAJA NI.
1. Ratio penggunaan dia adalah 1:100.
Maksudnya, setiap 1000 ml air, letak 10 ml je air baja ni. Kacau sebati.
– Boleh siram je kat apa-apa pokok seminggu sekali.
– Nak spray secara foliar kat daun pun boleh, tapi tapis lah dulu air baja tu sebab supaya spray tak tersumbat.
Kalau rasa 1:100 tak cukup padu, boleh pekatkan lagi hingga 1:50 (1000 ml air, 20 ml air baja). Tapi mula dengan 1:100 dulu. Baru up kalau perlu.
Ads
Kalau baja ni nak habis dan nak tambah, just tambah lagi segenggam leaf mold dalam tong sama tu, penuhkan semula rumput liar dan air hujan tu. Tu je.
Kos nak buat baja ni rasanya kat tong tu je, lain-lain semua barang dari sekeliling je.
Bayangkan dengan baja sepenuh tong biru besar tu, pakai pula berapa ML je setiap kali pakai dan pokok memang subur insyaAllah, berapa lama dapat jimat kos baja?
Semoga bermanfaat. Semua kredit resepi baja ni (Jadam Liquid Fertilizer) ditujukan kepada pengasas JADAM dari Korea.
Ads
Wife saya panggil ni baja longkang sebab rupa dan bau dia. Haha. Kadang-kadang bila ada sayur kat rumah tak habis dan kecut, saya sumbat je dalam tong ni. Lagi kaw jadinya. InsyaAllah.
Ni Alhamdulillah kangkung hasil baja ni.
Ni pun sama, saya sumbat kangkung, bayam merah, bayam hijau, kailan dan sawi dalam satu batas. Alhamdulillah subur walaupun rapat-rapat. Duk siram dengan air baja ni la.
IMPIANA: Wah menarik sungguh guna air hujan, mold leaf dan rumput liar sebagai baja untuk suburkan tanaman. Boleh cuba nanti, sangat jimat kos dan tak perlu beli baja lain lagi.
Pokok buah yang malas berbuah adalah satu cabaran yang kerap dihadapi ramai. Namun, jangan risau! Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan pokok buah anda kembali subur dan menghasilkan buah dalam tempoh enam bulan.
Guna teknik ini supaya pokok buah hasilnya lebat
Saya ada tanam (anak biji) sepokok mangga epal India, buahnya besar bukan biasa-biasa. Dah 8 tahun lamanya tanam tapi hanya 2 biji saja hasilnya.
Saya buat keputusan untuk berbuat sesuatu, iaitu saya kelar atau ‘sunatkan’ dahan pokok mangga ini. Setiap dahan pokok saya ‘sunatkan’ termasuk dahan bawah.
Menariknya selepas 6 bulan dah pokok dah keluarkan bunga, lebat sekali. Moga dapat merasalah buah mangga epal ini nanti.
Bagi yang nak cuba teknik ini, berikut panduan yang dikongsi;
1. Buang kulit lebih kurang 1 1/2 – 2 inci sekeliling batang/dahan. Matlamatnya adalah untuk menyekat sumber makanan yang terlalu banyak sehingga pokok asyik berpucuk buat daun dan tunas baru sehingga terlupa untuk berbunga, apatah lagu untuk berbuah.
2. Dahan-dahan yang buruk dan ranting kecil perlu dibuang kerana ranting sebagini takkan besar. Ranting kering dan reput perlu dipangkas. Jika boleh disembur dengan racun bagi mengelakkan serangga bersarang.
3. Jika rajin ‘sunatkan’ setiap dahan. Jangan bimbang, pokok tak akan mati walaupun ada sekatan makanan melalui batang. Sumber makanan masih boleh dibuat melalui proses Fotosintesis. Pancaran matahari ke daun.
Pokok kari daun berlubang-lubang dan tak cantik? mesti nak masak pun tak lalu. Kebiasaanya, keadaan ini berkalu pada daun kari yang telah matang. Tidak terkecuali juga, pokok yang masih muda. Mesti ramai tak tahu macam mana atau cara atasinya.
Masalah ini sebenarnya berpunca dari sejenis kumbang berwarna putih dan larva. Namun, kesan kerosakan dari larva kumbang kura-kura lagi teruk berbanding induknya. Apakah cara untuk atasi masalah ini?
1. Cantas semua bahagian yang yang mempunyai daun rosak dan bakar bagi mengelak serangga tersebut merosakkan tanaman lain 2. Lakukan penggemburan dan pembajaan seperti biasa. Pembajaan sesuai dilakukan 2 minggu sekali atau paling tidak 1 bulan sekali. 3. Seminggu sekali, sembur pokok kari dengan cuka kayu bagi mengatasi masalah serangan serangga berulang.
Tidak boleh dinafikan khasiat dan manfaat buah Avokado ini dan rugi jika tidak mengamalkannya.
Disebabkan itu juga harga buah ini agak mahal. Jadi kalau ada membeli avocado apa kata cuba untuk tanam sendiri. Ya pokok buah ini juga boleh ditanam dalam keadaan cuaca kita yang panas lembap.
Dikongsi oleh Donny Ien yang juga pengusaha nurseri buah-buahan, ini adalah cara betul menyemai biji avocado supaya tumbuh dengan baik.
Cara cambah benih avocado melalui biji
Saya kongsikan cara-cara menyemai biji avocado yang betul supaya tumbuh dengan baik.
1.Mula-mula pilih buah yang sudah masak, selepas makan isinya, ambil biji tersebut, kupas kulit luar sehingga bersih.
2. Beza biji avocado yang ada kulit dan tanpa kulit, tujuan membuka kulit supaya tunas cepat keluar apabila disemai di polibeg.
3.Apabila menanam dalam polibeg, pastikan bahagian yang tajam menghala ke atas, kerana akar akan keluar terlebih dahulu di bahagian bawah sebelum tunas tumbuh.
4. Tanam biji separuh kedalam polibeg, gunakan tanah kuning 70%, topsoil 30% supaya biji tidak mereput, jangan guna topsoil 100% kerana ia terlalu lembap dan akan merosakkan biji.
5.Selepas 1 bulan, tunas mula keluar dengan subur. Pastikan siram setiap hari supaya pokok tidak kering, tabur sedikit baja subur supaya cepat membesar.
Usia pokok avocado lebih kurang 1 bulan lebih, tunggu daun matang dulu, barulah saya akan buat teknik cantuman baji dengan tunas Avocado Russell.
Berdasarkan kajian saya, buah avocado di Sabah amat sukar di mungkin masih ramai yang belum menanamnya.
Kalau jumpa pun, harga boleh mencecah sehingga RM15 sekilo atau lebih bergantung pada lokasi dan jenis buah.
Untuk info, menurut kajian, amalan memakan avocado ini secara konsistan mampu menurunkan berat badan dan kolestrol, mengelakkan serangan jantung, mencegah katarak mata, mencantikkan kulit, melancarkan pencernaan dan elakkan kanser.
*Jadi apa tunggu lagi, tanamlah sepokok dua di halaman rumah, pokok avocado kahwin berbuah sekitar 3 tahun dengan penjagaan yang teratur.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.