Nak berkebun atau bercucuk tanaman tak semestinya perlu modal yang banyak dan peralatan khas. Macam sistem tanaman sayur guna hidroponik. Satu bekas yang mampu memuatkan 20 hingga 30 pokok pun harganya dah RM20-30. Sekarang ni pulah dah tren pakai paip PVC. Nampak macam murah sebab Boleh DIY sendiri. Tapi hakikatnya, paip PVC tu pun harga sebtanag dah berapa puluh ringgit.

Apa kata kita tiru style kak Ateen Aslah. Modal tak sampai RM 5 dah boleh dapat hasil yang sama dengan hasil tanaman bekas sistem hidroponik yang mahal tadi.

Jom berkebun. Mari sini kita nak ajar buat bekas hidroponik. Jimat duit poket suami aku. Dah tak payah fikir nak beli sayur. kalau ada jumpa atau beli air dalam cawan plastik jangan buang. Boleh buat bekas tanam hidroponik. Tak guna bekas-bekas khas.

Bahan-bahan:

Cawan plastik terpakai
Tray atau besen empat segi kedai RM 2
Polyform beli dekat kedai alat tulis RM 2
Span basuh pinggan (sebagai pilihan boleh guna sabut kelapa siap proses)
Tali mop atau kain perca
Benih sayur
Baja ABBuat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

Cara-cara:

1. Potong polyform ikut saiz tray RM 2 tadi

IKLAN

2. susun cawan atas polyform tersebut untuk menentukan jarak dan ukuran lubang untuk letak cawan yang perlu disediakan.Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

3. Potong lakaran yang telah disediakan dengan menggunakan pisau

4. guna gunting dan buat lubang sedikit pada bucu cawanBuat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

IKLAN

Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

5. Dah siap lubang di kanan dan kiri boleh masuk kain atau tali mopBuat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

IKLAN

6. Susun cawan atas polyform yang telah di tebuk tadiBuat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

7. Potong span basuh pinggan berukuran 1×1 inci dan potong sedikit sebagai ruang tanamanBuat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

8. Basahkan span sepenuhnya dengan baja AB dan semai biji benih atau masukkan anak pokok pada bahagian belahan yang telah disediakanBuat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

9. Masukkan ke dalam cawan dan bancuh kan baja AB Ke dalam besen.Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI