Elak Lipas berkampung dalam almari. Kabinet dapur memang habitat terbaik pembiakkan lipas, cicak dan tikus. Paling tak boleh terima, bila pembalut makanan ditebuk lipas, pinggan mangkuk yang disimpan barbau lipas apabila hendak digunakan. Dah terpaksa basuh balik bekas-bekas tu. Yang makanan pula, perlu dibuang, Ke ada yang sanggup makan juga?
Oleh itu, apa kat akita cuba petua Ummi As buat bunjut azimat untuk atasi masalah kehadiran lipas di dalam kabinet dapur kediamnya.
Beberapa bulan lalu, kita buat sisihan di dapur dan buang apa-apa yang tak berkaitan. Jadi kita nak kongsi mungkin boleh membantu atasi masalah lipas.
Saya dah cuba cara ni selama hampir 3 bulan dan lhamdulillah dengan izinNya kini kabinet dapur saya tak di ziarahi lipas lagi. Mungkin lipas tak sukakan aroma bunjut azimat ni dan hasil buangannya sudah tidak kelihatan langsung
BACA JUGA: 15 Cara Cegah Semut, Lipas Dan Cicak Tanpa Menggunakan Bahan Kimia
Caranya, letakkan 4 sekawan didalam mesh net beg tetapi banyakkan bunga cengkih dan buah pelaga. Buat 3-4 uncang dan letakkan dalam kabinet dapur.
Tapi, sebelum letak tu bersihkan dulu kabinet dapur. Kosongkan dan lap bersih-bersih dengan sebarang penyembur yang wangi dan bersesuaian. Saya hanya sembur dengan citrus cleaner
Cubalah, mana tahu berhasil untuk kediaman anda juga. Berjaya untuk saya, tidak semestinya untuk orang lain juga. Apa pun usaha itu tangga kejayaan.
Elak Lipas berkampung
CAMAY REPELLENT*SPRAY SERANGGA NATURAL* KUTU SEMUT PEPIJAT LIPAS LIPAN LALAT, ULAT POKOK, KUTU KUCING, LICE ANTS
UNTUK PEMBELIAN BOLEH KLIK DI SINI
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.