Tak ada yang salah berkebun secara organik ni. Tapi, setiap orang mempunyai cara mereka sendiri dalam memastikan kebun mereka menerima keperluan nutrisi. Enkay Nik Mustaffa turut berkongsi teknik unik dan mudah untuk baja cara organik
Ada beberapa rakan dalam group bertanyakan tentang bunjut mis teri di dalam bakul pegaga saya. Kebanyakannya bertanya:
Sebesar mana bunjut itu? Kenapa tahi ayam?
Saya bentukkan bunjut sebesar penum buk tahi ayam semata mata, bekalan sebulan hingga dua bulan. Genap waktu, saya akan rungkai dan gaul bersama tanah. Saya lihat kesan yang positif untuk setiap pokok. Penggunaan bunjut ni menjimatkan, kerana baja kekal di dalam pasu, berdekatan pokok. Mak pesan “Pokok ni mcm kita la jugak.. bangun pagi pagi, breakfast utk mulakan hari”. Kena cukup air, cahaya, baja untuk su bur.
Saya beralih kepada baja tahi Ayam kerana kaya dengan kandungan NITROGEN dan Posforan (P) dan Kalsium (K). Baja ini merupakan baja jenis “SLOW RELEASE” iaitu tahap pengambilan nutrient lambat dalam tanah dimana ada dakwaan ia mampu memberikan nutrien kepada tanaman sehingga 6 bulan.
Sifat struktur baja ini bersifat menggemburkan tanah, memberikan kelembaban tanah, mengekalkan kesu buran tanah, memperbaiki pH tanah,memperbaiki tekstur tanah dan sebagainya.
Baca juga: Baja Organik Dari Sisa Perut Ikan Jadikan Pokok Tahan Penyakit
Dulu saya pernah guna baja AB, kesan baja memang WOW namun peralatan saya terhad. Saya tak ada EC meter, kadang kala bancuhan lebih KAW, kesannya pokok saya le cur. Selain baja tahi ayam, saya komposkan sisa dapur sebagai baja bokashi. Ada fail yang saya post tentang cara buat bokashi dengan sisa dapur. Saya suka.. tapi baja ni terhad, bila saya jarang ke dapur, bekalan baja kurang.
Jadi, saya guna baja tahi ayam proses. Bukan apa, supaya kehidupan berjiran lebih tenteram. Kalau anda berada di kawasan kampung, mungkin boleh guna baja tahi ayam tidak terproses. Namun awas, khuatir masalah keban jiran lalat. Mungkin boleh dibakar dulu untuk membu nuh mikroorganisma ja hat.
Saya bukan “pakar”, belajar dari pemerhatian, learning by doing. Saya gunakan untuk semua pokok termasuk orkid, tin, limau kasturi, bidara dan semua pokok di dalam pasu. Namun untuk pokok sayur yang ditanam di atas batas, lebih baik di gaul bersama tanah, atau dibuat poket (korek sikit tanah berhampiran akar pokok, masukkan baja, timbus semula).
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI