Sudah ketandusan idea dekorasi yang menarik untuk ruang tamu di rumah anda? Pada masa sama, anda juga menghadapi masalah kekangan bajet yang terhad bagi menghasilkan dekorasi yang baharu untuk ruang tamu anda?
Jangan anda khuatir atau pun berasa bimbang, ini ada satu idea dekorasi menarik untuk ruang tamu rumah yang boleh anda lakukan. Apa kata, anda hasilkan sendiri rak hiasan di ruang tamu anda seperti ini.
Untuk menghasilkan rak hiasan seperti ini, apa yang menariknya anda tidak perlu pun untuk berbelanja besar dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu batang ais krim dan ‘hot glue gun’ sahaja. Ini pastinya akan dapat menjimatkan wang poket anda.
Hanya dengan menggunakan kedua-dua bahan ini sahaja, anda boleh menghasilkan sendiri rak hiasan yang cantik dan menarik. Jadi, dengan adanya rak hiasan seperti ini, ruang tamu anda akan tampak lebih estetik.
Ads
Bagaimana caranya? Mudah sahaja, apa yang anda cuma perlu lakukan adalah lekatkan kepingan batang ais krim tersebut berulang-kali menggunakan ‘Hot Glue Gun’ mengikut ketebalan dan reka bentuk rak hiasan yang anda inginkan seperti contoh Hexangon. Selain Hexagon, anda juga boleh hasilkan ia dengan berbentuk empat segi (Square).
Selain itu, ada pelbagai pemilihan warna batang ais krim yang dijual di pasaran luar antaranya warna asli, merah, kuning, jingga dan macam-macam lagi. Jadi sebelum menghasilkan rak hiasan ini, anda pilihlah warna batang ais krim kesukaan anda!
Ads
Anda tidak tahu di kedai mana anda boleh mendapatkan barangan alat ‘Hot Glue Gun’seperti ini atau mahu pun batang ais krim tersebut? Jangan bimbang, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Sila klik di sini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bukan senang mahu hilangkan kotoran dan kekalkan kekemasan rumah jika ada anak yang masih kecil. Lebih-lebih lagi si cilik yang berusia sekitar 2 ke 5 tahun. Ada saja benda nak diusik dan diteroka. Maklumlah, sel-sel otak mereka kan sedang berhubung, jadi memang susah nak dikawal ditambah pula dengan perasaan ingin tahu mereka yang sedang meluap-luap. Sabar je lah..
Dinding yang dipenuhi contengan mungkin sudah menjadi sesuatu yang normal untuk rumah yang ada anak kecil. Salah satu tip yang boleh anda cuba bagi mengelakkan dinding rumah dipenuhi ‘mural’ kreatif dari si kecil ialah, sediakan kertas atau papan melukis buat mereka. Tetapi jika anak-anak masih minat nak berkarya diatas dinding, ini antara bahan yang anda boleh gunakan untuk hilangkan kesan contengan tersebut dengan mudah :
SODABIKARBONAT
Guna kain bersih dan celupkan dengan soda bikarbonat yang telah dicampur sedikit air. Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada dinding yang diconteng sehingga hilang. Atau anda juga boleh taburkan soda pada span yang lembab sebelum mengelap dinding.
CUKA
Celup berus gigi yang sudah tidak digunakan kedalam cuka dan berus pada kesan conteng di dinding sehingga hilang. Kemudian bilas.
UBAT GIGI
Pastikan anda guna ubat gigi yang biasa (bukan jenis gel). Letakkan sedikit pada berus gigi yang sudah tidak diguna, berus dinding yang kotor dengan cermat. Kemudian bilas denga air atau lap dengan kain lembap. Cara ini juga membantu hilangkan kesan permenent-marker dengan mudah.
MAYONIS
Sapu mayonis pada kesan contengan dan biarkan untuk beberapa minit. Kemudian lap menggunakan kain bersih dalam pergerakan membulat dan bilas dengan air.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Biru sering dikaitkan dengan kemewahan dan gologan bangsawan. Ini kerana masyarakat Mesir Kuno berjaya menghasilkan warna yang dikenali sebagai Egyptian Blue1 (atau cuprorivaite). Warna ini dipandang tinggi dan digunakan dalam barang perhiasan diri, seramik, patung bahkan di dalam makam firaun yang hebat. Oleh sebab itulah, warna ini kemudiannya dikaitkan dengan kerabat diraja, sebagai simbol prestij dan kedudukan.
Mengapa? Kerana untuk satu tempoh yang lama, satu-satunya cara untuk menghasilkan warna biru adalah dengan mengikis pigmen warna daripada batu permata yang sukar dijumpai pada masa dahulu, Lapis Lazuli1. Kesukaran untuk menjumpai batu permata ini juga bermakna hanya mereka yang berkemampuan sahaja yang ada akses kepada warna berkenaan.
Lama-kelamaan, warna biru mula berkembang dan kini dianggap sebagai salah satu warna yang popular. Ini disokong oleh tinjauan yang dilakukan oleh AkzoNobel baru-baru ini, dengan 21 peratus responden memilih warna biru sebagai warna pilihan utama mereka, sambil menyatakan warna biru sebagai warna yang memberi mereka paling banyak keseronokan. Mengapa? Kerana kami percaya warna ini mengingatkan kita kepada langit dan laut, dan ia juga terbukti secara saintifik2 bahawa warna biru membantu memupuk perasaan tenang atau damai serta ia juga sering dikaitkan dengan ketenteraman dan rasa selamat (anda perasan pakaian seragam polis juga berwarna biru?).
Hasil tinjauan itu juga menunjukkan bahawa biru adalah salah satu daripada warna utama yang membantu meningkatkan mood anda. Kemungkinan besar inilah sebabnya mengapa warna biru disarankan di lokasi yang sangat meresahkan dan menekankan seperti pejabat. Penggunaan lain untuk warna biru adalah di ruang tamu. Di sinilah keluarga biasanya menghabiskan masa mereka bersama dan warna biru membantu mengatur mood untuk perbualan santai sambil mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
Biru juga bersifat versatil dan serasi bergandingan dengan warna-warna lain seperti putih, kelabu dan hijau. Biru itu sendiri mempunyai 24 nada warna, memberikan anda banyak pilihan. Nada biru yang berbeza juga boleh digunakan sebagai ekspresi kemewahan, dan jika digunakan sebagai penyerlah dalam ruangan, boleh memberikan hasil akhir yang mempunyai kelas tersendiri dan sofistikated. Sebagai contoh, warna biru tua sejati boleh mencetuskan nuansa bangsawan yang mendalam, di samping memberikan sentuhan tersendiri kepada ruang tersebut.
Sekiranya anda mencari inspirasi tentang cara menggunakan warna biru di tempat tinggal anda, jangan risau kerana AkzoNobel, pengeluar jenama cat hiasan terkemuka Dulux, hadir untuk membantu anda. Dengan nada warna biru yang berbeza, ruang di rumah anda boleh berubah untuk menjadi tempat santai yang menenangkan.Page Break
Kanvas putih, berus biru
Putih dan biru adalah gabungan klasik yang terus bertahan dalam merentas ujian masa. Beberapa barangan, seperti tembikar, didapati dicat dalam kombinasi ini, daripada corak China kuno hinggalah ke corak Slavic abad ke-18. Gandingan ini masih digunakan secara meluas oleh penghias terkenal pada masa kini. Oleh kerana warna biru terdapat dalam corak dan perincian kecil, ia meningkatkan kesan putih dengan melebarkan ruang dan menjadikan bahagian dalam lebih luas. Malah warna yang lebih gelap seperti biru kelasi boleh dipadankan dengan warna putih untuk menjadikan bilik yang lebih kecil tampak lebih luas; kombinasi warna seperti ini boleh menyerlahkan lagi ruang tamu anda.
Nada Kelabu
Disebabkan kesamaan julat warna, kita akan berasa selesa untuk berada dalam lingkungan kombinasi kelabu dan biru. Suasananya santai dan menenangkan, di sambil memberikan nuansa yang suram namun elegan. Oleh itu, kombinasi warna ini sesuai untuk ruang seperti di bilik tidur, ruang tamu atau pejabat – tempat tempat yang anda banyak menghabiskan sebahagian besar masa anda. Dengan memilih warna lembut untuk bilik, anda akan mendapat suasana yang hebat untuk berehat dan segar semula.
Bumi & Langit
Dengan menggabungkan nada biru yang berbeza, anda akan seolah-olah berada di dalam bilik yang luas dan menenangkan. Dan seperti set ruangan di sini, bilik ini dihiasi sedikit dengan warna-warna bernada coklat yang hangat. Gabungan ini membantu mengurangkan keamatan dan sedikit melembutkan tona pada warna biru. Ini merupakan pilihan warna yang sesuai untuk bilik permainan atau taman asuhan anak anda. Untuk menyokong pandangan ini, kajian menunjukkan bahawa warna biru membantu meningkatkan kreativiti3, dan merupakan persekitaran yang baik untuk pertumbuhan anak anda.
Pati Biru
Hijau dan biru sentiasa serasi apabila digandingkan bersama. Tidak hairanlah warna-warna yang serupa dan saling berkait ini diletak berdekatan di palet warna. Dan tidak sia-sialah juga ia disebut warna pelengkap, kerana kedua-dua warna ini memberi kedamaian dan ketenangan. Walaupun begitu, gandingan dua warna ini baru saja popular. Gabungan warna biru dan hijau menjadikan ruangan lebih bersemangat, harmoni dan memberikan kesan kedalaman. Gandingan dua warna ini yang cerah atau pudar akan nampak cantik untuk bilik kanak-kanak, sesuai untuk anak perempuan atau lelaki
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kejadian yang berlaku di Kajang ini memang mencuri perhatian ramai netizen. Video si pencuri ini telah tular di media sosial. Ramai yang mengecamnya.
Seorang lelaki sanggup memanjat pagar sebuah rumah Taman Rakan, sebelum melarikan tong gas.
Kejadian itu disedari penghuni rumah berkenaan sebelum merakam perbuatan itu dan memuat naik di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, hasil siasatan lanjut kemudian berjaya menahan suspek di sekitar bandar ini hari yang sama.
Berdasarkan rakaman video yang tular, lelaki itu memanjat pagar dan melarikan tong gas yang diletakkan di kawasan depan rumah. Mangsa merakam kejadian ini dengan hanya menggunakan telefon bimbitnya. Siasatan mendapati pencuri tersebut juga ada melibatkan diri dalam aktiviti dadah.
Cepat dan tangkas, si pencuri dapat di tahan atas sikap yang tidak berfikir panjang itu. Manakan tidak tong gas yang dicurinya adalah tong gas penduduk setaman. Apa agaknya dalam fikirannya sebelum mencuri tong gas tersebut.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.