Sudah ketandusan idea dekorasi yang menarik untuk ruang tamu di rumah anda? Pada masa sama, anda juga menghadapi masalah kekangan bajet yang terhad bagi menghasilkan dekorasi yang baharu untuk ruang tamu anda?
Jangan anda khuatir atau pun berasa bimbang, ini ada satu idea dekorasi menarik untuk ruang tamu rumah yang boleh anda lakukan. Apa kata, anda hasilkan sendiri rak hiasan di ruang tamu anda seperti ini.
Untuk menghasilkan rak hiasan seperti ini, apa yang menariknya anda tidak perlu pun untuk berbelanja besar dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu batang ais krim dan ‘hot glue gun’ sahaja. Ini pastinya akan dapat menjimatkan wang poket anda.
Hanya dengan menggunakan kedua-dua bahan ini sahaja, anda boleh menghasilkan sendiri rak hiasan yang cantik dan menarik. Jadi, dengan adanya rak hiasan seperti ini, ruang tamu anda akan tampak lebih estetik.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja, apa yang anda cuma perlu lakukan adalah lekatkan kepingan batang ais krim tersebut berulang-kali menggunakan ‘Hot Glue Gun’
mengikut ketebalan dan reka bentuk rak hiasan yang anda inginkan seperti contoh Hexangon. Selain Hexagon, anda juga boleh hasilkan ia dengan berbentuk empat segi (Square).Selain itu, ada pelbagai pemilihan warna batang ais krim yang dijual di pasaran luar antaranya warna asli, merah, kuning, jingga dan macam-macam lagi. Jadi sebelum menghasilkan rak hiasan ini, anda pilihlah warna batang ais krim kesukaan anda!
Anda tidak tahu di kedai mana anda boleh mendapatkan barangan alat ‘Hot Glue Gun’ seperti ini atau mahu pun batang ais krim tersebut? Jangan bimbang, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Sila klik di sini
.Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Ingin Hasilkan Dekorasi Dalaman Rumah Bertemakan ‘Scandinavian’? Ini Senarai Aksesori Yang Wajib Anda Ada!