Hanger atau penyangkut baju antara perkara yang paling orang geram bila bersepah. Cara mudah adalah sangkut kan semula pada ampaian atau rak baju selepas digunakan. Tapi bila terlalu banyak ia akan makan ruang pula.
Jadi ada yang ambil keputusan untuk letak dalam bakul. Haaa… ni masalah lain pulak. Bila nak guna kita ambil dalam bakul satu semua terikut. RIMASNYA… Lepas tu, pergi Shopping mall
. Tengok kat butik-butik pakaian tu, berkenan je tempat simpan penyangkut baju yang diletakkan dekat kaunter bayaran mahupun fitting room. Berangan kan best kalau ada satu macam tu kat rumah. Tapi harganya pulak buat poket bocor.Ini tip mudah menyimpan penyangkut baju, Impiana paparkan perkongsian En Mohd Azrin Roselan di dalam akaun facebooknya.
Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC.
Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah.
Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali.
Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20. Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Paip PVC 15mm sepanjang 9 kaki
2. Gam paip PVC
Kos upah: Air Sirap.
1. Pasang paip 5″ pada elbow dan 3 joint untuk bahagian A
2. Pasang paip 5″ pada 3 joint untuk bahagian B
3. Pasang bahagian A dan B
4. Sambung paip 8″
5. Pasang elbow pada paip 8″ untuk bahagian C
6. Pasang paip 33″ pada kaki rak dan bahagian C tadi