Kehadiran tikus di dalam kediaman terutamanya di bahagian dapur sebenarnya bukan lah sesuatu perkara yang kecil. Ia bukan sahaja menjadi punca berlakunya banyak kerosakan, malah ia mengundang ancaman penyakit bawaan tikus. Cegah tikus.
Ramai memilih untuk menggunakan racun bagi memusnahkan dan cegah tikus di dalam kediaman. Namun ia mengundang bahaya terutamanya jika anda mempunyai anak yang masih kecil dan juga haiwan peliharaan. Tambahan, jika tikus yang memakan racun tadi mati dalam rumah, ia sukar dikesan dan menyebabkan bau bangkai yang teruk.
Apa kata anda cari alternatif yang lebih ramah atau selamat untuk isi rumah. Tapi, sebelum itu perkara utama yang perlu diselesaikan. Terlebih dahulu pastikan rumah sentiasa bersih dan pastikan sumber-sumber makanan yang mudah menarik perhatian tikus untuk hadir di dalam kediaman dimusnahkan.
2 sudu makan minyak jarak atau castor oil
6 sudu makan cecair pencuci pinggan
1 sudu sos cili
1 labu bawang putih
Cara-cara:
1. Cincang halus bawang putih atau boleh ditumbuk
2. campurkan semua bahan cecair bersama bawang putih di dalam satu bekas dan kacau rata
3. Tapiskan larutan dan masukkan ke dalam botol semburan
4. Semburkan campuran pada lubang atau laluan tikus dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi perhatian tikus seperti kabinet dapur
Ads
Lakukan semburan organik pencegah tikus 1 kali seminggu atau lebih kerap ketika musim hujan
Kalau malas nak buat, boleh je beli penyembur organik CAMAY ni. Bukan je boleh cegah tikus, lalat dan cicak pun menjadi. Klik link ni nak beli://invol.co/cl89zys
Ads
AROMA PENGUSIR TIKUS
Selain semburan organik dari minyak jarak, anda juga boleh tanam tanaman yang mempunyai aroma yang tidak digemari oleh tikus. Ataranya tanaman yang mempunyai aroma tidak digemari tikus adalah seperti daun peppermint dan sage.
Selain itu juga, anda boleh menggunakan minyak pati peppermint atau sage sebagai ganti. Apa yang anda perlu lakukan adalah titiskan minyak pati pappermint atau sage pada bebola kapas dan letakkan di laluan tikus
Kekalkan keharuman bau tandas dengan menyediakan blok pewangi tandas secara home made yang terbukti dapat menyingkirkan bau busuk dan memberikan kesegaran. Menariknya, anda boleh memilih wangian apa yang dimahukan!
Apa yang perlu disediakan;
1 cawan baking soda
1/4 cawan asid sitrik
1/2 sudu besar cuka
1 sudu besar hydrogen peroxide 15 hingga 20 titik essential oil
1. Campurkan baking soda ke dalam bekas adunan dan gunakan bantuan garfu untuk sebatikan bahan. Baking soda sememangnya berkesan untuk menyingkirkan bau yang busuk dan kurang menyenangkan. Selain dari itu ia juga merupakan base yang bagus untuk membuat blok pewangi tandas ini. Kemudian, campurkan asid sitrik. kacau rata
2. Seterusnya, campurkan cuka dan hydrogen peroxide di dalam bekas kaca. Kacau rata. Selepas itu, masukkan setitik demi setitik sebatian cuka dan hydrogen peroxide ini ke dalam baking soda. Anda tidak digalakkan mencampur terus sebatian ke dalam baking soda untuk mengelakkan reaksi diantara tiga bahan tersebut. Setelah itu tambahkan dengan essential oil
3. Gunakan separuh camca untuk mencedok dan membentuk bahan sebatian itu tadi kepada bentuk separuh bulat. Anda boleh alaskan dulang/ kuali leper dengan parchment paper dan letakkan acuan tadi di atasnya. Untuk memudahkan ia melekat di antara satu sama lain, anda boleh menggunakan sedikit cuka dan air. Biarkan selama beberapa jam atau sepanjang malam.
4. Anda bolehlah menyimpan blok pewangi ini di dalam jar kaca dan pastikan dilabel untuk elak dari dimakan! Setiap kali tandas berbau busuk, selepas flush, jatuhkan blok pewangi ini ke dalamnya. Dan anda pasti sukakan bau yang dihasilkan.
Sumber: www.popsugar.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tanggungjawab memastikan kediaman sentiasa bersih dan bebas habuk bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tidak putus-putus. Jika tidak dilakukan dengan kerap, persekitaran di rumah boleh menjadi tidak sihat dan boleh merbahayakan kesihatan lebih-lebih lagi kepada pengidap asthma.
Antara kawasan yang paling senang habuk berkumpul ialah pada kipas. Tak kira lah kipas siling mahupun kipas berdiri, semua bilah dan celah celah jaring penutup pasti akan dipenuhi habuk jika kita tak bersihkan selalu. Kerana makin dibiar, makin banyaklah habuk yang akan terkumpul.
Jadi dalam perkongsian kali ini, pemilik akaun fb Puan Alosnida Musa ada memberikan tips bagaimana nak elakkan kipas daripada cepat habuk dengan menggunakan TIGA bahan yang amat murah dan mudah. Selamat mencuba!
Caranya:
1. Bersihkan dan buang semua habuk pada bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka dan air kedalam bekas kosong yang lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 untuk setiap bahan.
3. Kacau sebati kesemua bahan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol spray yang bersih supaya lebih mudah untuk digunakan.
4. Semburkan campuran tersebut pada permukaan bilah dan jaring kipas sehingga rata.
5. Biarkan cecair pada kipas selama 5 minit sebelum di lap dengan kain yang lembap.
6. Kemudian keringkan kipas yang telah di lap tadi dan kipas sudah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat.
7. Ulangi semula langkah-langkah diatas antara 2 atau 3 bulan sekali. Semoga berjaya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Lampu untuk kegunaan outdoor harganya memang agak mahal kerana ia mempunyai ciri-ciri perlindungan khas terutamanya apabila terkena air. Di pasaran, harga sebiji lampu LED untuk outdoor mahu mencapai RM 14-15. Itu pun saiz nya kecil sahaja.
Bagi mereka yang nak pencahayaan extra tapi masih menjimatkan duit, Boleh cuba DIY lampu LED dengan menggunakan Cable raceway atau cable tray Sebagai kaki lampu.
1. Potong cable tray atau cable raceway sebagai kaki lampu pada ukuran 50cm untuk setiap satu.
2. Tebuk dua lubang di bahagian bawah sebagai ruang untuk meletakkan batang skru sebagai kaki pemegang pada tanah
3. Pasang dua batang skru 1.2 inci pada lubang yang telah di tebuk tadi secara bertentangan. Skru ini berfungsi untuk mengukuhkan pegangan batang lampu pada tanah supaya tidak mudah tercabut atau tumbang.
4. Potong LED Strip pada ukuran 15cm panjang untuk setiap satu.
5. buang atau potong sedikit lapisan isolation untuk memudahkan sambungan wayar pada bahagian lampu.
6. Solder Wayar pada bahagian lampu LED yang telah di buangkan isolation
7. Gunakan tiub getah untuk melindungi bahagian sambungan.
8. Tampalkan LED Rope yang telah siap bersambung dengan wayar tadi di dalam bekas cable atau cable tray yang telah dipasangkan kaki tadi
9. Tutupkan cable tray dengan penutup yang tersedia. Dah siap. Boleh dipasangkan pada laman anda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.