Apa itu Backsplash? Kebiasaannya di ruangan masakan dapur, dinding yang kosong tanpa sebarang mosaic tile akan menyebabkan dinding tersebut comot atau kotor. Ini disebabkan oleh percikkan minyak, kuah, wap asap beserta rempah ketika memasak. Lalu kotoran tersebut sukar untuk dibersihkan dan dicuci. Oleh itu, beberapa cara dilakukan untuk menjadikan ruangan dinding tersebut mudah dicuci dan dibersihkan. Untuk atasi masalah ini, secara tradisionalnya ramai akan menggunakan dinding yang diberi kemasan jubin.
Sebenarnya, terdapat pelbagai rekaan dan jenis backspalsh ni. Bergantung kepada citarasa masing-masing. Seperti yang dilakukan oleh En. Aiman Azmi. Backsplash di dapurnya dari jenis Aluminium wall tile. Dengar kata, modal nak buat RM 80 je.
Kabinet buat harga dah ribu-ribu. Ingat harga dah termasok skli dengan backsplash. Rupanya belum lagi. Duit dah habis dekat cabinet dan aksesori dapur yang lain. Tanya tukang berapa pula kos nak buat backsplash, tukang cakap paling murah RM 500 bergantung pada jenis
Akhirnya terjumpa benda alah ni harga pon jauh murah RM5/pcs..so kami terus beli dan pasang sendri. Hasil tersangat luar biasa dengan modal hanya RM 80
Sebenarnya backsplash diy ni ada je jual di sesetengah kedai MR DIY tapi salalu nye stock tak cukup, tak banyak dan harga RM8/pcs. Kalau korang rajin mencari dekat shopee pon ada..