Buat Sendiri Cendawan Batu Gunakan Surat Khabar, Botol Terpakai dan Simen

Share

Ornamen di laman walaupun kecil, kehadirannya menghidupkan suasana reka bentuk landskap kediaman anda. Namun harga ornamen di pasaran boleh tahan juga. Satu biji cendawan bersaiz medium pun boleh capai harga lebih RM 50. Apa kata kita buat sendiri je ornamen cendawan dari bahan terbuang dan simen seperti yang dilakukan oleh puan

Suhaila Ahmad ni

Bahan-bahan:
Campuran simen (1:3) simen+Pasir
Botol kaca terpakai
Pinggan sebagai acuan cendawan
Surat khabar lama
Dawai jaring
Cat mengikut kesesuaian
Gam art putih
Plastik

Cara-cara:
1. Alas pinggan dengan plastik dan tuangkan simen sedikit di dalam pinggan dan letakkan lapisan dawai jaring mengikut bentuk pinggan. Jangan lupa posisikan botol kaca di bahagian tengah simen yang masih basah sebagai batang cendawan. Biarkan simen kering 48 jam.


2. Untuk bentukkan bonjolan di bahagian atas cendawan. renyukkan surat khabar lama. Bentukkan surat khabar tersebut menjadi bulat dan gamkan di atas simen cendawan yang telah di tanggalkan dari acuan pinggan tadi.
3. Potong dawai jaring ,e,bentuk kondan letakkan di atas surat khabar tadi. Tutup dawai jaring berbntuk kon tadi dengan surat khabar dan gam kan dengan menggunkan gam art


4. Gulung surat khabar dan tampalkan pada bahagian botol untuk membentuk tekstur pada batang cendawan.
5. Dah kering sepenihnya surat khabar yang dilekatkan pada cendawan tadi. Tutup keseluruhan permukaan surat khabar tadi dengan simen mengikut kesesuaian ketebalan dan bairkan ekring


6. Apabila telah ekring sepenuhnya, Cat atau warnakan cendawan simen anda secara kreatif

Published by
Impiana