Buat Sendiri Enzim Pencuci Dari Kulit Limau, Untuk Bersihkan Permukaan Lantai Dan Cermin

Share

Sebelum ni, IMPIANA dah banyak kongsikan resepi baja dan khasiat kulit citrus atau limau untuk tanaman. Tapi, ramai tak tahu bahawa kulit limau juga berkesan menjadi cairan pembersih untuk kediaman.

Resepi cecair pembersih dari kulit limau dikatakan berupaya membersih noda dan mengharumkan peti sejuk, kaca dan lantai tanpa kesan bahan yang memudaratkan.


Artikel berkaitan: 

Buat Sendiri Pembasmi Serangga Organik Dari Kulit Limau Untuk Siput, Afid, Agas dan ‘ Mealy Bug’


Cara Biak Pelbagai Jenis Pokok Limau Paling Mudah

Bahan-bahan:

1 cawan kulit limau (boleh campur pelbagai jenis limau)
1 cawan cuka
1 bekas kedap udara
penapis
Botol semburan

Cara-cara:

1. Potong kecil kulit limau menjadi saiz kecil
2. Masukkan cuka dan kulit limau yang telah dipotongkan tadi kedalam beaks kedap udara
3. Perap rendaman kulit limau tadi sekurang-kurangnya 2 minggu hingga 1 bulan dalam suhu buluk dan di ruang yang gelap
4. Dah sampai tempoh perapan, tapiskan dan sedia digunakan terus sebagai cecair pencuci

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Impiana