Buat Sendiri Fucuk Atau Tahu Kering Guna Dua Bahan Je Lebih Bersih

Share

Buat Sendiri Fucuk Atau Tahu Kering Guna Dua Bahan Je Lebih Bersih. Kita digemparkan dengan serbuan PBT ke beberapa kilang membuat tahu kering atau fucuk. Kondisi kilang yang kotor memang membuat ramai antara kita was-was untuk menggunakan produk ni. Tambahan, sekarang harga fucuk ni dipasaran boleh tahan juga mahalnya.

Sedar akan keadaan ini, Siti Zara belajar sendiri cara untuk hasilkan fucuk. Memang puas hati dan yakin dengan kebersihan makanan itu sendiri. Senang je nak buat.

Baca juga: 5 Stok Sambal Power Tahan Berbulan Wajib Ada Untuk Bulan Ramadan

Bahan-bahan:

Kacang soya
Air

Cara-cara:

1.Rendam kacang soya semalaman. Selepas semalaman, buang kulitnya. Tak dapat buang semua pun okay, yang penting 50 peratus dapat buang. 2. Basuh lagi kacang soyang telah dibuang kulitnya dan toskan. Kemudian, kisar soya menggunakan formula nisbah air 1:2 (1 untuk air, 2 untuk soya). Tapis airnya.3. Kemudian, masak air soya di atas dapur. Untuk proses ini, boleh guna apa-apa bekas periuk. Pastikan api sentiasa terpasang. Api sederhana kecil ye. Saya guna bekas makanan buffet. Gunakan kaedah double boil, hasilnya lagi cantik. Tidak perlu kacau.4. Lama-kelamaan, lapisan fucuk akan terbentuk pada permukaan air soya tu akan jadi mengeras. Lebih kurang ada lapisan yang kekuningan berkedut-kedut. Kemudian, boleh angkat menggunakan lidi sate yang panjang tu. Atau boleh juga gunakan chopstick. Boleh juga boleh guna food tray yang ada warmer ni, lebih mudah. https://invol.co/cla5bmo

Published by
Impiana