
Isi Kandungan
ToggleJeruk sawi pahit ni penambah selera dalam masakkan seperti gulai, asam pedas dan sebagainya. Namun kebiasaanya sawi jeruk ini terkenal dengan cara penghasilannya yang agak kotor. Sebab itu, sayur ni semakin ditolak masyarakat. Rupanya, tak susah nak hasilkan jeruk sawi pahit ni. Cynthia Teresa Patrick berkongsi resepi dan cara mudah untuk menghasilkan jeruk sawi pahit di group Berkebun D rumah.
P/S: Teknik yang sama juga sesuai digunakan untuk buat lobak jeruk dan sawi hijau
Bahan-bahan:
Sawi Pahit
Nasi sejuk
Garam kasar
Air
Cara-cara:
1. Sawi pahit dicuci dan dikering
2. Setelah kering jemur hingga layu, sawi yang besar dibelah 2 supaya cepat layu
3. Sekali sekala terbalikkan supaya layu sepenuhnya
4. Dah layu
5. Kisar sedikit nasi sejuk bersama garam dgn air secukupnya. seeloknya guna garam kasar, kalu tak ade garam halus pun ok tapi yang tak beriodin ye.
6. Sawi yang dah dijemur direndam dalam air garam yang dah di blend tadi. Simpan dalam bekas kedap udara
6. Selepas seminggu dah jadi sayur sawi masin
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini Jenis Dan Cara Baja Yang Betul Kalau Nak Cepat Tuai Hasil Tanaman

Untuk dapatkan hasil tanaman yang optimum dan cepat, pembajaan bukan sahaja perlu dilakukan apabila pokok mencecah usia matang. Malah dari peringkat semaian segala nutrisi perlu dibekalkan secukupnya.
Melihat perkongsian di Facebook Liyana Mohd Poad, memang semua tertanya-tanya apa rahsia semaiannya mempunyai saiz lebih besar berbanding usia sebenar dan pokok bendi pun suadh mengeluarkan hasil sebelum usia 1 bulan.
Liyana Mohd Poad berkongsi teknik betul pembajaan dan jenis baja yang diperlukan tanaman mengikut usia
Minggu 1-tinja ayam proses setgh sudu kecil.
Minggu 2-tinja ayam proses stgh sudu kecil.
Minggu 3-tinja kambing proses stgh sudu kecil.
Minggu 4-Baja kopi.
Minggu 5-Baja kopi.
Minggu 6-Baja Ikan.
Minggu 7-Baja Ikan.
Minggu 8- sampai last-baja ikan.
Sebelum tanam anak pokok, gaulkn tanah dgn tinja ayam dulu. Biarkn selama dua hari atau 4/5 hari dahulu spy tanah sebati dgn baja kemudian baru tanam.Tapi yg guna tanah ready made 6+,8+,10+ ,tanah sawit, x perlu tunggu bbrp hari, blh tanam terus, baja letak kemudian.Sebaiknya tanam baja di dlm tanah utk proses penyerapan yg cepat dan tidak diganggu semut atau lalat.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elemen Penting Wujudkan Landskap Indah Di Laman Rumah

Isi Kandungan
ToggleMemiliki halaman rumah dengan hiasan lanskap yang indah tentunya menjadi impian bagi setiap pemilik kediaman. Seronoknya apabila dapat bersantai-santai bersama keluarga di halaman rumah yang dihias indah dengan hiasan pokok-pokok, bunga-bungaan serta binaan air terjun buatan bersaiz kecil dilengkapi dengan kolam ikan. Umpama taman mini, memang cukup damai dan menenangkan.
Tak kiralah mempunyai ruang keluasan yang terhad atau lapang, ia tidak menjadi halangan kepada pemilik kediaman untuk mewujudkan landskap indah di laman. Namun demikian, ada beberapa aspek dan elemen penting yang perlu diambil kira jika ingin mewujudkan landskap indah di laman rumah.
1.Tak Bermaksud Pokok Serimbun
Antara salah tanggapan tentang lanskap halaman rumah bahawa semakin banyak pokok, semakin cantik halaman. Ini bukan perkara tepat dalam seni hiasan landskap, kerana susun atur dan kualiti pokok yang digunakan lebih penting.
Apatah lagi jika pemilik kediaman tidak mempunyai banyak masa untuk merapikannya atau halaman rumah tidak luas. Jadi pilihan terbaik adalah landskap laman dengan gaya minimalis Scandinavian.
Gabungan pokok menjalar dengan permukaan konkrit dilengkapi dengan set kerusi rehat atau meja makan berona semulajadi sebenarnya sudah mencukupi.
2. Rumput Pilihan
Kemasan berbatu untuk landskap rumah mungkin bukan pilihan ramai, kerana suasana laman hijau sekeliling rumah lebih menenangkan. Jadi, pemilihan rumput yang sesuai perlu dilakukan supaya masalah penjagaan tidak timbul. Pening kepala kalau rumput yang ditanam memburukkan halaman pula.
Untuk cuaca Malaysia, antara jenis rumput yang jadi pilihan ramai ialah Japanese carpet grass, Philippines carpet grass, cow grass dan pearl grass. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, terpulang kepada kehendak anda.
Misalnya, cow grass dan pearl grass lebih murah dan tahan lasak tetapi teksturnya lebih kasar. Sementara Japanese carpet grass dan Philippines carpet grass pula lebih mahal dan perlukan penjagaan rapi, tetapi rasanya lebih lembut dan nampak mewah.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan rumput tiruan yang lebih murah dan lebih mudah dijaga. Walaupun begitu, ada beberapa kelebihan dan kekurangan menggunakan jenis ni.
Antara kelebihan rumput tiruan ialah menjimatkan air, tidak toksik, tiada risiko alahan, tahan lasak, dan selamat untuk haiwan peliharaan dan kanak-kanak.
Kekurangannya pula adalah ia ada risiko kepanasan dan boleh rosak sekiranya terdedah kepada barangan panas dan bahang kuat matahari. Jadi, tepuk dada tanya selera, guna yang asli atau tiruan.
3. Elemen Air Lengkapi Laman
Landskap halaman terasa tidak lengkap tanpa air, baik dalam bentuk kolam atau pancuran. Banyak jenis kolam atau pancuran yang anda boleh pilih, tetapi pastikan ia dibuat dengan betul, jangan nanti jadi tempat membiak nyamuk pula!
Antara impian ramai orang adalah kolam ikan koi, kerana ia boleh menjadi lambang status pemiliknya. Harga seekor ikan koi dari Jepun dalam pasaran boleh mencecah ribuan Ringgit!
Jika anda bukan peminat ikan kerana faktor penjagaan dan penyeliaan kolam yang mahal dan rumit, anda juga boleh meletakkan pancuran air di halaman rumah. Bunyi air mengalir dalam rimbunan hijau juga boleh beri ketenangan selepas sibuk bekerja.
4. Rimbunan Hijau Taman Bali
Bagi mereka yang sukakan kehijauan merimbun di halaman rumah, boleh juga menggunakan konsep Taman Bali. Berbanding hanya menanam pokok tanpa susun atur dan membiarkannya tumbuh merimbun, konsep Taman Bali menekan aspek lapisan struktur dan tumbuhan.
Lima aspek utama Taman Bali yang anda boleh cuba terapkan adalah:
– Tumbuhan hijau
– Batu dengan warna asli atau gelap
– Arca hiasan
– Perabot kayu
– Kolam/takungan air
– Konsep Taman Bali ini boleh dilakukan tanpa mengira saiz halaman anda, asalkan lima aspek utama di atas dipenuhi, anda sudahpun mempunyai halaman bergaya Taman Bali.
5. Taman Zen
Susun atur landskap, pohon menghijau dan hiasan halaman rumah boleh memberikan ketenangan luar biasa jika dibuat penuh teliti. Bagi mereka yang sukakan halaman yang rapi dan tersusun, konsep Taman Zen adalah pilihan terbaik untuk anda.
Berpaksikan kepada tiga konsep utama iaitu kesemulajadian (Shizen), keringkasan
(Kanso) dan Kecekinan (Koko).
Mesti Baca:3 Jenis Pokok Berfungsi Sebagai ‘Pagar’ Privasi Semulajadi, Penyeri Landskap Laman
Baca Lagi Di Sini: Nak Tanam Pokok Dalam Kolam? Ini Jenis Water Plants Yang Sesuai
Artikel Menarik:“Teratak NEN’Da” Estetika Rumah Kampung Berkonsep ‘English Cottage’ Milik Pelakon Khaty Fauziah
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam mewujudkan landskap laman yang impian buat setiap pemilik kediaman.
Sumber: Minah Kontraktor
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hapuskan Serangan Perosak Tanaman & Elak Rumput Tumbuh. Guna BAKING SODA Je!

Isi Kandungan
ToggleBaking Soda bukan sekadar bahan agen penaik ketika membuat kek, roti atau pastri. Namun, bahan ini juga berguna di laman tanaman.
Untuk info, Baking soda ini boleh menjadi menjadi racun serangga yang selamat untuk merawat tanaman yang diserang serangga perosak.
Berikut adalah cara menggunakannya:
1. Elak serangan siput
Siput selalunya menyerang tanaman pada waktu malam. Menjelang senja taburkan baking soda keliling tanaman. Otot siput akan hancur jika terkena soda. Tapi pastikan baking soda tak kena pangkal tanaman hanya keliling tanaman.
2. Hapuskan bena putih
Serangan bena putih ini memang selalu berlaku pada pokok sayur. Bena putih ini akan memenuhi daun. Salah satu cara untuk merawat masalah serangga perosak ini adalah dengan membuat campuran menggunakan baking soda seperti di bawah;
-1 sudu baking soda,
-1 sudu minyak
-1 sudu sabun pencuci pinggan cair dan
-4 liter air.
Tuangkan campuran ini ke dalam botol semburan dan semburkan pada tanaman setiap minggu sampai keputihan hilang. Dalam pada itu perhatikan juga kalau ada tanda-tanda melecur kerana beberapa jenis tanaman mungkin sensitif dengan bahan ini.
3. Maniskan tomato
Jika tanam pokok tomato dan mahu hasil buah tomato yang manis, boleh gunakan baking soda. Caranya, cuma taburkan sedikit baking soda pada tanah di sekeliling pokok tomato.
Baking soda yang bersifat alkali, jadi ia boleh merendahkan kadar asid dalam tanah hingga menjadikan tomato lebih manis.
4. Hilangkan masalah kulat hitam/ fungus
Kalau nampak tanaman biasanya pokok kari atau cili mengalami masalah kulat hitam pada daun-daunnya boleh bancuh semburan ini untuk menghilangnya.
Campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 liter air. Masukkan dalam botol dan sembur di bahagian pokok yang terkena jangkitan kulat.
5. Semut hurung tanaman
Masalah semut juga selalu menyebabkan tanam rosak. Semut ini bukan saja ada di pangkal pokok tapi juga menghurung batang dan daun pokok. Bagi mengelakkan serangan semut pada tanaman gunakan cara berikut;
Ambil sedikit gula halus lalu campurkan bersama sedikit baking soda. Semut ini akan mati bila termakan campuran ini. Atau boleh juga buat air semburan seperti langkah no.2.
6. Elak rumput tumbuh celah bata
Bagi mengelakkan rumput tumbuh pada celah atau rekahan bata pada lantai cuma taburkan baking soda pada bahagian tersebut. Ia akan mematikan rumput dan mengelakkan benih rumput tumbuh. Lakukan beberapa bulan sekali.
Jadi banyakkan kegunaan baking soda ini di laman anda. Yang penting selamat tanpa bahan kimia. Selamat mencuba!
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Mesti Baca:Keutuhan Rumah Warisan 88 Tahun, Dipasak Guna Kayu Cengal & Merbau Tanpa Paku
Baca Lagi Di Sini:Bina Loteng Rumah Ukuran 21ft x 11ft, Cantik & Kemas Hasilnya Kos RM13,000
Artikel Menarik:Gaya Minimalist Scandinavian Jadi Pilihan Pemilik Pangsapuri Saiz Kecil 750Kps
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: stuff.co.nz & Cherie Sis Noriza
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI