Laman

Buat Sendiri Jeruk Sawi Pahit, Lebih Sedap Bersih Dan Mudah

Share

Jeruk sawi pahit ni penambah selera dalam masakkan seperti gulai, asam pedas dan sebagainya. Namun kebiasaanya sawi jeruk ini terkenal dengan cara penghasilannya yang agak kotor. Sebab itu, sayur ni semakin ditolak masyarakat. Rupanya, tak susah nak hasilkan jeruk sawi pahit ni. Cynthia Teresa Patrick

berkongsi resepi dan cara mudah untuk menghasilkan jeruk sawi pahit di group Berkebun D rumah.

P/S: Teknik yang sama juga sesuai digunakan untuk buat lobak jeruk dan sawi hijau

Bahan-bahan:

Sawi Pahit
Nasi sejuk
Garam kasar
Air

Cara-cara:

1. Sawi pahit dicuci dan dikering


2. Setelah kering jemur hingga layu, sawi yang besar dibelah 2 supaya cepat layu
3. Sekali sekala terbalikkan supaya layu sepenuhnya
4. Dah layu
5. Kisar sedikit nasi sejuk bersama garam dgn air secukupnya. seeloknya guna garam kasar, kalu tak ade garam halus pun ok tapi yang tak beriodin ye.
6. Sawi yang dah dijemur direndam dalam air garam yang dah di blend tadi. Simpan dalam bekas kedap udara
6. Selepas seminggu dah jadi sayur sawi masin

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Impiana