Buat sendiri jute rug, memang boleh sangat kerana caranya tak susah pun. Hamparan penghias lantai ini cantik kerana warnanya yang natural.

Tapi akan jadi lebih bernilai jika jute rag ini kita hasilkan mengikuti kreativiti sendiri. Lebih mudah untuk disesuaikan dengan konsep atau dekorasi rumah.

Bahan yang diperlukan juga tak banyak cuma tali jute, kain felt dan glue gun. Apa yang lebih diperlukan adalah kerajinan dan kesabaran.

DIY jute rug ini dikongsi oleh Qynn Shikin. Boleh isi masa lapang atau mungkin jadi sumber pendapatan sampingan katanya.

Buat sendiri jute rug

1. Relaikan sehelai demi sehelai ikut panjang yang mampu. Tali jute ini nanti akan dibuat tocang. Lagi panjang lagi bagus sebenarnya, kurang nampak sambungan tali. Lebih kemas.

Buat Sendiri Jute Rug. Jalin Tali & Gam, Siap!

2. Gandakan tali. Setiap tocang perlu ada 6 helai tali seperti di bawah. Boleh beli sebaraang jenis tali jute tapi paling berbaloi dan murah adalah yang dibeli di kedai Eco.

Buat Sendiri Jute Rug. Jalin Tali & Gam, Siap!

3. Tali yang sudah digabung 6 helai.

Buat Sendiri Jute Rug. Jalin Tali & Gam, Siap!

4. Simpul hujungnya, tali inilah yang akan dijalin nanti.

Ads

Buat Sendiri Jute Rug. Jalin Tali & Gam, Siap!

5. Ini rupa bila tali yang sudah dijalin seperti ‘jalinan rambut’. Proses ini memerlukan kesabaran kerana tali akan berpintal dan bergumpal.

Buat Sendiri Jute Rug. Jalin Tali & Gam, Siap!

6. Jalin tali sampai selesai untuk ukuran 100cm atau 1 meter saiz karpet, ia memerlukan 10 ketul tali jute.

Buat Sendiri Jute Rug. Jalin Tali & Gam, Siap!

7. Hamparkan kain felt untuk jadi alas, potong ikut bentuk dan saiz yang dihajati. Lilitlah tali ikut rekaan dan saiz yang ditetapkan. Sambung dan pusing. Tampal tali atas kain felt guna gam panas atau glue gun.

Buat Sendiri Jute Rug. Jalin Tali & Gam, Siap!

Ads

Buat Sendiri Jute Rug. Jalin Tali & Gam, Siap!

8. Agar lebih mudah bagi beginner bulatan kecil itu abaikan. Hanya buat bulatan besar  saja.

Buat Sendiri Jute Rug. Jalin Tali & Gam, Siap!

9. Selesai lilit, boleh kemaskan. Gunting dan trim guna pisau yang tajam.

Buat Sendiri Jute Rug. Jalin Tali & Gam, Siap!

Bahagian belakang yang sudah dikemaskan.

Buat Sendiri Jute Rug. Jalin Tali & Gam, Siap!

Ads

10. Siap! Bulu halus rug ini memang akan nampak. Jute rug ini tak lembut dan tak keras, sesuai dibuat hiasan lantai.

Buat Sendiri Jute Rug. Jalin Tali & Gam, Siap!

Ini pula design yang berbeza.

Buat Sendiri Jute Rug. Jalin Tali & Gam, Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Qynn Shikin

Mesti Baca: Tip Memilih Karpet Outdoor, Tahan Lama dan Mudah Dijaga

Baca Lagi: Susun Atur Karpet Cara Yang Betul Dan Salah

Menarik: Teknik Betul Bersihkan Shag Rug Atau Karpet Berbenang Panjang

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI