![Insurans Rumah MRTT vs MLTT](https://cdn.impiana.my/2024/03/522758-696x348.jpeg)
Pelita merupakan salah satu dekorasi hiasan rumah setiap kali tibanya hari raya. Kebiasaannya diperbuat daripada buluh atau bekas plastik yang banyak di jual di pasaran.
Sebenarnya kita boleh buat sendiri lampu pelita raya di rumah dengan menggunakan minyak masak. Malah lebih jimat dan tahan bernyala sampai ke subuh. Bukan apa jika nak beli pelita raya yang dah siap boleh tahan juga harganya.
Bila pasang pelita di rumah, barulah meriah dan berseri malam 7 likur nanti.Buat sendiri je ikut cara yang dikongsikan dalam video TikTok Fadildil12 ini. Memang paling mudah cepat dan paling murah kosnya.
Bahan Diperlukan:
Cawan kaca atau bekas plastik
Minyak masak
Pewarna merah atau apa-apa pewarna
Air
Pelampung sumbu (Beli Disini)
Cara Membuat:
1. Isi air dalam jug, masukkan pewarna dan kacau sebati.
2. Kemudian tuang air tersebut ke dalam bekas plastik.
3. Selepas itu isikan pula minyak masak.
4. Letak pelampung sumbu.
5. Akhir sekali letak sumbu.
Siap! Boleh nyalakan guna pemetik api.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
Info Ekstra!
- Sumbu lampu boleh beli kedai india yang jual bunga atau kedai cina jual barang sembahyang pun banyak jual. Minyak yang warna merah pun ada.
- Kalau tali sumbu tiada boleh juga ganti dengan tisu atau tali mop.
- Rumah kalau takde eletrik pun buat je macam ni. Jimat dari lilin.
- Kalau sayang nak guna minyak baru, boleh juga guna minyak terpakai.
@fadildil12 Balas kepada @asriaril95 abang ni mintak cara buat pelita bunga part 2..yang kata minyak masak mahal.boleh pakai minyak terpakai.#diy #aidilfitri2022 #foryou #fypシ #fyp #part2 #pelitaraya2022 ♬ Selendang Mak Inang – Allahyarham Hamzah Dolmat
Artikel Menarik:Cantikkan Bilik Anak Dengan DIY LAMPU HIASAN. Guna Kotak Terbuang Je!
Mesti Baca:Salah Pilih Lampu Boleh Jejaskan Dekorasi Kediaman, Ini Tip Pemilihannya!
Baca Lagi Di Sini:Lampu ‘Lantern’ Dengan Rekaan Gaya Ala-Ala Morocco, Dekorasi Hiasan Dalaman Rumah Akan Tampak Lebih Mewah!
IMPIANA: Wah menariknya buat lampu pelita raya guna minyak masak ni. Mudah nak buat dan jimat kos. Memang berseri malam 7 likur bila pasang pelita macam ni, malah boleh tahan sampai ke subuh. Kena cuba nanti.
Sumber: Tiktok Fadildil12
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Masih Belum Mampu Gunakan Jubin Pada Dinding Rumah? Apa Kata Pasang 3D ‘Wallpaper’ Ini Sebagai Penyelamat!
![](https://cdn.impiana.my/2022/09/WhatsApp-Image-2022-09-08-at-1.13.27-PM.jpeg)
Tidak dinafikan, untuk memasang jubin pada dinding rumah sememangnya memerlukan kos perbelanjaan yang amat tinggi bagi melaksanakan hasrat anda itu.
Tetapi kini, ada jalan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi anda yang berhasrat untuk memasang jubin pada dinding dengan kos perbelanjaan yang rendah.
Bagi anda yang kurang berkemampuan, anda amat disarankan untuk menggunakan 3D ‘wallpaper’ ini yang ternyata bukan sahaja murah malah boleh menjimatkan kos perbelanjaan anda.
Walaupun hanya menggunakan 3D ‘wallpaper’ dan bukan jubin yang sebenar, lihatlah hasilnya ia tetap membuat ruang dalaman rumah anda tampak lebih bergaya dan mewah.
Sekiranya anda mahu mendapatkan 3D ‘wallpaper’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Sila klik disini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Ingin Ruang Dalaman Rumah & Laman Tampak Lebih Mewah? Gunakan Lampu Dinding LED Moden Ini
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Menangi Peraduan Makeover Bilik Air Awesome Bernilai RM10,000
![](https://cdn.impiana.my/2021/12/TOP-IMAGE-WEB-IMPIANA-2021-12-25T003513.416.jpg)
Peraduan Makeover Bilik Air Awesome! Memberi peluang pada anda semua untuk miliki ubahsuai bilik Air berjumlah RM10,000. Tunggu apa lagi inilah masanya nak tukar wajah bilik air lama anda.
IMPIANA lampirkan terma dan syarat penyertaan di bawah. Jika mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah PM IMPIANA di Facebook mahupun Instagram. Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai Peraduan Makeover Bilik Air.
TERMA DAN SYARAT PERADUAN
Sila baca Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah menerima terma dan syarat ini dan bahawa anda bersetuju mematuhinya. Jika anda tidak menyetujui dengan mana-mana terma dan syarat ini, anda tidak harus menyertai Peraduan ini.
Penganjur berhak meminda terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.
MAKLUMAT PERADUAN
Peraduan Makeover Bilik Air Awesome! ini dianjurkan oleh IMPIANA (“Penganjur”) dengan kerjasama Creative Lab untuk mempromosikan perkhidmatan untuk mendapatkan idea memilih jubin terbaik untuk ruang bilik air “ Creative Lab & IMPIANA”. Peraduan bermula pada 18 Nov 2021 dan berakhir pada 17 Jan 2022 selama sebulan (“Tempoh Peraduan”). Penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak layak menyertai peraduan.
Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan menurut budi bicara tunggalnya atau jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan layak yang cukup atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten atau percanggahan, terma & syarat yang tertera di laman sesawang akan diguna pakai.
KELAYAKAN
1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam peraduan ini) dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Sekiranya Peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaganya sebelum menyertai Peraduan ini dan apabila diminta oleh Penganjur, hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut.
2. Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, agen, pengedar dan wakil penganjur dan setiap daripada syarikat induk, ahli gabungan, bahagian, anak syarikat, agen, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai peraduan.
3. Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak mematuhi apa-apa Terma dan Syarat Peraduan ini atau jika penganjur berpendapat bahawa peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan penganjur.
MEKANISME PERADUAN
Peraduan Makeover Bilik Air Awesome Bersama Creative Lab
Cara Menyertai :
1. Follow Facebook & Instagram Creative Lab
2. Muat naik Gambar Bilik Air & video kini anda ke social media anda dan #bilikaircreativelab
3. Hantar Video anda berada di ruang bilik air anda sambil menerangkan mengapa ruang bilik air anda perlu diubah suai oleh Creative Lab. Durasi video tidak kurang dari 3min.
4. Video yang paling kreatif dan layak akan dipilih oleh pihak juri dan juga Creative Lab.
5. Akhir sekali jangan lupa sertakan gambar bilik air anda
#bilikaircreativelab
6. Setiap peserta yang dipilih sebagai pemenang akan dihubungi melalui telefon
HADIAH PERADUAN & PENEBUSAN
Terdapat 2 pemenang yang terpilih, SETIAP PEMENANG akan menerima hadiah dan pemasangan bernilai RM10,000 yang telah ditetapkan oleh pihak pengajur. Pemasangan hanya sah untuk warga Lembah Klang.
6. Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, rayuan atau soalan tidak akan dilayan.
7. Peserta dikehendaki mengemukakan bukti Identiti semasa atau sebelum penebusan hadiah . Bukti Identiti yang diterima oleh Penganjur adalah dalam bentuk berikut sahaja: Kad Pengenalan/Pasport/Lesen Memandu Malaysia yang sah.
8. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui nombor telefon yang diberikan semasa proses penghantaran/transaksi dalam talian, 30 hari selepas nama pemenang diumumkan. Peserta perlu memastikan nombor telefon mereka adalah aktif.
9. Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah mereka bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil mengemukakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh pemenang, sesalinan bukti Identiti pemenang, dan bukti identiti wakil.
10. Semua Hadiah yang diberikan oleh Penganjur dan/atau penaja adalah atas dasar “seadanya” dan diterima oleh Peserta tanpa apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada nyata atau tersirat. Jika diminta oleh Penganjur, Peserta hendaklah menyempurnakan suratikatan pelepasan dan tanggung rugi dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur.
HAK PENGANJUR
11. Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diserahkan oleh peserta untuk peraduan ini menjadi kepunyaan Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital (contohnya: video dan imej), akan menjadi kepunyaan Penganjur setelah diserahkan.
12. Penganjur berhak menerbitkan dan menggunakan nama, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video yang diserahkan oleh peserta/pemenang atau terhadap peserta/pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa sebarang notis terdahulu atau pampasan kepada peserta/pemenang. Pemenang tidak berhak menuntut pemilikan atau bentuk pampasan lain terhadap bahan tersebut.
13. Sebagai balasan bagi Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Peraduan, Peserta dengan ini secara tak bersyarat dan dengan tak boleh batal menyetujui dan membenarkan perkara berikut:
a. Penganjur dibenarkan menggunakan nama, imej, suara dan/atau gambaran yang serupa dengan Peserta bagi tujuan penyuntingan, pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau pampasan.
b. Jika dikehendaki oleh penganjur, peserta hendaklah dengan sukarela menghadiri penerbitan, rakaman atau publisiti mengenai peraduan bagi sebarang tempoh yang akan dimaklumkan oleh penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada wawancara yang dirakamkan atau tidak dirakamkan, pengambilan foto pegun, rakaman audio dan/atau visual bagi penggunaan promosi dan publisiti (secara kolektif “Rakaman”). Semua kos kehadiran dan penyertaan peserta hendaklah ditanggung semata-mata oleh peserta dan penganjur tidak bertanggungjawab membayar balik apa-apa kos, perbelanjaan, gaji atau pampasan kepada peserta.
c. Penganjur mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama panggilan di mana-mana program/salurannya atau di mana-mana perantara pun jua, secara keseluruhan atau sebahagian, menurut budi bicara penganjur. Semua hakcipta yang wujud dalam rakaman adalah kepunyaan mutlak penganjur.
d. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk menggunakan dan mengeksploitasi Harta Intelek melalui mana-mana kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa terlebih dahulu mendapatkan apa-apa kebenaran atau membuat apa-apa pembayaran pun jua kepada peserta dan/atau pemenang dan/atau wakil.
14. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana peserta yang mengganggu mekanisme, sistem, perisian peraduan atau apa-apa proses lain berkaitan dengan peraduan ini.
15. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana peserta dan/atau penyertaan yang didapati (menurut budi bicara Penganjur) tidak sopan atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses penyerahan peraduan, pengendalian peraduan ini atau melanggar apa-apa Terma dan Syarat Peraduan. Penganjur berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan, Penganjur atau proses penyerahan peraduan.
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
17. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan (termasuk apa-apa foto, lukisan, gambar, slogan, apa-apa bahan atau karya kreatif lain, termasuk rakaman suara atau video) hendaklah karya aslinya dan tidak melanggar apa-apa hak mana-mana pihak ketiga dan/atau melanggar sebarang hakcipta, paten, nama dagangan, hak kepunyaan, peribadi, privasi atau moral mana-mana pihak ketiga.
18. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia menepikan atau telah mendapatkan penepian terhadap semua hak (termasuk hak moral) daripada semua orang yang telah menyumbang kepada penghasilan penyertaan dan karya dasar (secara kolektif “Penyumbang”) yang berhak ditegaskan oleh penyumbang dan/atau peserta, kini atau di masa hadapan, di mana-mana tempat di dunia.
19. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan oleh peserta tidak boleh mengandungi unsur-unsur kebogelan, imej pornografi atau tema seksual, keganasan grafik, kenyataan atau bahan memfitnah atau melebel yang dianggap menyalahi undang-undang/ menyinggung atau mungkin melanggar undang-undang Malaysia atau bahan yang kemungkinan akan mencemarkan imej Penganjur atau menyebabkan Penganjur mendapat nama buruk. Sebarang pelanggaran klausa ini akan memberikan budi bicara mutlak kepada Penganjur untuk menyingkirkan dan menolak dan/atau mengeluarkan apa-apa penyertaan atau posting dengan serta-merta tanpa notis terdahulu.
20. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menggunakan atau mengeksploitasi Penyertaan Peserta atau mana-mana bahagian daripadanya dalam sebarang dan semua bentuk perantara melalui apa-apa dan semua kaedah atau cara di seluruh dunia untuk tempoh penuh hak cipta termasuk semua pembaharuan bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa orang lain untuk berbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa imbuhan atau royalti kepada Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Penganjur tidak mempunyai kewajiban untuk menggunakan atau mengeksploitasi mana-mana bahagian daripadanya.
21. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia tidak akan menggunakan Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya bagi tujuan selain daripada tujuan yang ditetapkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat. Sekiranya Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya diterbitkan atau diedarkan atau ditangani dalam apa jua cara tanpa kebenaran terdahulu daripada Penganjur, Penganjur berhak menurut budi bicara mutlaknya menyingkirkan Peserta dan/atau membatalkan apa-apa Hadiah yang dimenangi dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti pun jua terhadapnya.
LIABILITI & TANGGUNGJAWAB
22. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, fi lain dan/atau apa jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Peraduan ini (sama ada bagi tujuan memasuki, menyertai atau menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada Peraduan) atau bagi tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab Penenang semata-mata, dan Penganjur, ahli gabungan, agen sah atau agensi sertaannya tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab pun jua untuk kos/caj/fi/perbelanjaan ini.
23. Penganjur, ahli gabungannya, pihak ketiga yang dibenarkan dan agensi sertaan tidak menanggung apa-apa tanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, terlewat disebabkan perkhidmatan pos, atau disebabkan oleh kesalahan komputer, IT atau apa-apa kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan dan terma dan syarat Peraduan, dan bahawa penyertaannya diterima oleh Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.
24. Dengan menyertai peraduan ini, semua peserta bersetuju melepaskan dan memastikan penganjur, ahli gabungan dan agensinya, dan pekerja, pegawai, pengarah dan wakil mereka tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang tuntutan, kerugian atau ganti rugi berbangkit daripada atau berhubung dengan penyertaan mereka dalam Peraduan (termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa kesilapan dalam mengira apa-apa transaksi, sebarang kerosakan atau kepincangan mana-mana sistem komputer atau peralatan), apa-apa aktiviti berkaitan peraduan dan penerimaan dan/atau penggunaan, penyalahgunaan, atau milikan apa-apa hadiah yang diberikan di bawah ini.
25. Semua kos yang ditanggung oleh Peserta berkaitan dan/atau berhubung dengan Peraduan dan Hadiah, termasuk tanpa had, caj pos atau caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) (jika berkenaan), semua kos pengangkutan, caj komunikasi, penginapan, kos makanan dan kos berkaitan lain yang ditanggung oleh peserta disebabkan oleh dan/atau selaras dengan penyertaannya dalam peraduan, kos pungutan dan kos tambahan berkaitan dengan hadiah iaitu kos insurans, yuran pendaftaran kenderaan, cukai jalan, dll. hendaklah ditanggung semata-mata oleh peserta. Penganjur tidak mempunyai apa-apa kewajiban untuk membayar balik Peserta untuk sebarang kos dan perbelanjaan yang ditanggung terhadapnya.
26. Peserta mengakui bahawa penyertaannya dalam Peraduan adalah atas risikonya sendiri.
27. Penganjur, agen, penaja, wakil, ahli gabungannya dan pengarah, pegawai dan pekerja, agen dan penerima serah hak mereka masing-masing tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta berhubung dengan:
i. Apa-apa kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan, Hadiah yang cacat disebabkan kecuaian, tindakan dan/atau ketinggalannya atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian, gantirugi, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau berbangkit daripada atau berhubung dengan peraduan, penyertaan peserta dalam peraduan dan/atau Hadiah yang diberikan.
ii. apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima dan menghantar penyertaan peraduan akibat sebarang kerosakan rangkaian, komunikasi, ISP atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Penganjur atau Peserta dan/atau diakibatkan oleh penyertaan atau langkah memuat turun apa-apa bahan dalam Peraduan.
iii. sebarang kesilapan (termasuk kesilapan ketika memaklumkan pemenang Peraduan), ketinggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam pengendalian atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, pencurian, kemusnahan, perubahan, atau akses tanpa kebenaran kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau terlewat sama ada berbangkit semasa pengendalian atau penghantaran akibat fungsi pelayan, virus, pepijat, atau sebab lain di luar kawalan Penganjur.
CEPAT HANTARKAN PENYERTAAN ANDA UNTUK PERADUAN MAKEOVER BILIK AIR
SEMOGA BERJAYA!!!
KLIK DI SINI untuk pembelian Rak Bilik Air
Artikel Berikut: Nak Makeover Bilik Air? Ini 7 Perkara Yang Anda Wajib Tahu
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Api Kecil? Servis Sendiri Je Dapur Gas Yang Sudah Berkarat. Berkesan Dan Lebih Jimat!
![](https://www.impiana.my/wp-content/uploads/2020/04/cover-photo-1-27_39_473826.png)
Setelah bertahun-tahun bekerja keras di dapur, sudah tentu keadaan dan prestasi dapur gas sudah tidak sama lagi seperti semasa baru dibeli. Setiap dapur gas layak di berikan servis yang sewajarnya agar ia dapat bertahan lebih lama lagi.
Masalah serpihan karat yang menutupi lubang pada tungku dapur gas membawa kepada keadaan api kecil. Hal ini akan mengganggu prestasi masakan anda. Sedih! Tetapi jangan risau, kerana masalah ini ada jalan penyelesaiannya.
Menurut perkongsian saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini langkah-langkah pembersihan yang boleh anda lakukan :
Sebelum itu, ini peralatan yang diperlukan :
1.Playar
2.Pemutar skru bunga dan philips
3.Klip kertas
4.Spray anti karat WD40
5.Kertas surat khabar lama
1.Tanggalkan tungku
dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.
2. Buka skru
Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas.Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.
Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.
Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini. Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.
![Api Kecil? Servis Sendiri Je Dapur Gas Yang Sudah Berkarat. Berkesan Dan Lebih Jimat!](https://www.impiana.my/wp-content/uploads/2020/04/92942602-4506792306010285-7267617455525068800-n-27_57_071889.jpg)
Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas.Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.
![Api Kecil? Servis Sendiri Je Dapur Gas Yang Sudah Berkarat. Berkesan Dan Lebih Jimat!](https://www.impiana.my/wp-content/uploads/2020/04/92760635-4506792382676944-5874533714871975936-n-27_36_641686.jpg)
Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat.Bersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.
![Api Kecil? Servis Sendiri Je Dapur Gas Yang Sudah Berkarat. Berkesan Dan Lebih Jimat!](https://www.impiana.my/wp-content/uploads/2020/04/92696340-4506792509343598-5975234815174115328-n-27_46_630550.jpg)
6. SIAP!
Taraaaaaa..sudah siap di servis. Dapur ini telah dua tahun digunakan.
Dapur yang dijaga dengan baik mampu bertahan lebih lama.
Jika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.
SEBELUM
SELEPAS
Selamat mencuba, semua!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI