Tidak mustahil untuk memiliki elemen air di dalam ruang laman yang sempit. Pelbagai kaedah atau reka bentuk elemen air dapat di gayakan walaupun ruang dimiliki hanya berukuran 1 m2. Apa yang penting, pemilihan jenis peralatan untuk kolam mini dan tumbuhan akuatik yang berpadanan mampu menjadikan elemen ini sebagai penyeri laman anda.
Pemilihan saiz dan reka bentuk pasu juga memainkan peranan. Pastikan saiz pasu yang dipilih berpadanan dengan ruang yang tersedia. Selain itu juga, pastikan bahagian dalam pasu diberi kemasan atau coated untuk melindungi air agar tidak meresap pada dinding pasu. Namun jika anda menyimpan niat untuk menggunakan pasu atau bekas yang terdapat di dalam simpanan, lapiskan permukaan dalam pasu dengan pond liner sebagai gantian.
Cara-cara:
Letakkan lapisan pond liner pada dasar pasu
Letakkan pam ikan berkapasiti rendah di bahagian hadapan pada dasar pasu.
Masukkan saluran air keluar ke dalam lubang sebuah pasu plastik untuk memberi perlindungan kepada keseluruhan pam.
Taburkan pebbles bersaiz kecil membentuk dasar fountain.
Susun tumbuhan water lover di bahagian belakang pam. Pastikan akar tumbuhan yang telah dipilih telah dibersihkan sepenuhnya.
Tutup keseluruhan permukaan pasu dengan batuan sungai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
‘Checklist’ Perkara Wajib Tahu Sebelum Bina Kabinet Dapur
‘Checklist’ perkara wajib tahu sebelum bina kabinet dapur, barulah memuaskan hati. Terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu teliti sebelum membuat keputusan untuk menempah kabinet dapur anda.
Perkara-perkara yang perlu diambil kira termasuklah kegunaan, bajet, dan juga konsep yang anda mahukan. Oleh itu, anda perlulah dapatkan nasihat daripada pakar sebelum membuat keputusan untuk menempah kabinet dapur yang anda mahukan.
Berikut dikongsikan berapa tip sebelum anda mengambil keputusan untuk menempah kabinet dapur.
Pelan lantai
Pastikan pelan lantai anda cukup untuk ruang kabinet yang dirancang. Adakala kita terlalu bercita-cita tinggi sehingga, angan-angan melebihi realiti. Senaraikan apa yang anda perlu dari sebuah dapur. Bukan yang anda mahu. Ini termasuklah ruang untuk dapur basah dan dapur kering.
Di sesetengah pelan lantai, ruang mencuci juga sebahagian daripada dapur basah. Jadi saliran air masuk dan keluar perlu anda tahu. Begitu juga jika membuat pengubah suaian. Jangan alpa mengenai aliran udara masuk dan keluar kerana ia merupakan faktor keselamatan yang sangat penting. Malah anda yang kidal juga perlu memberi tahu pereka agar lokasi memasak anda tidak menjadikan anda kekok di dapur.
Jenis-Jenis Material
Benar bila bercakap soal dapur, siapa yang tidak mahu sebuah dapur yang mewah dan cantik. Di bina dengan material paling unggul. Namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Tidak salah kita memilih material yang kurang mahal tetapi nampak cantik dan serasi pula dengan konsep kediaman. Cuma, jangan malas bertanya kepada kontraktor anda kelebihan dan kelemahan material yang anda pilih.
Jadi dengan ini memudahkan anda untuk menjaga material tersebut sebaik mungkin. Malah jika bijak menjaga ia bukan sahaja tahan lama malah kekal cantik. Biar pun anda memiliki kemasan atau material dapur yang bagus, namun itu tidak bermakna anda bebas mengabaikan dapur anda. Jika permukaan dapur anda sudah kusam, tidak mengapa jika anda menghabiskan masa sekitar dua hari hanya untuk mencanai permukaannya agar kembali bersinar.
Ruang Penstoran Yang Sesuai
Apabila mereka bentuk sebuah kabinet , kita boleh merancang rekaan kabinet yang kita mahu. Apakah perkakas dapur yang banyak dalam koleksi. Adakah periuk besar atau koleksi set teh mahu pun spatula yang banyak. Jadi anda boleh menempatkan segala perkakas ini dengan kemas dan tersusun rapi.
Ada kabinet dapur yang direka sehingga aras 7’ tinggi sahaja , tetapi ada juga tuan rumah yang mahu kabinetnya tinggi sampai mencecah aras siling. Jadi ia lebih kemas menutupi keseluruhan dinding. Malah kini pereka juga berkongsi idea dengan rekaan dapur terselindung terutama di kediaman ruang terhad. Dapur dilengkapkan dengan pintu berpangsi dan boleh ditutup jika tidak digunakan. Jadi ruang yang sempit ini nampak cantik, kemas dan tidak mengganggu aktiviti lain.
Fungsi dan Fantasi
Kita acap kali mengimpikan sebuah dapur yang sempurna, sama seperti di dalam iklan. Namun realitinya kita terpaksa berhadapan dengan ruang yang ada di kediaman sendiri dan fitrah diri kita sendiri. Ragam kita apabila di sebuah dapur. Gerak kerja kita dan bagaimana boleh kita memanipulasi sebuah dapur.
Ada di antara kita lebih senang memasak sahaja di dapur dan mempunyai kamar membasuh sendiri atau pun ruang membasuh. Ada juga yang suka menggabung semua aktiviti yang memasak, menggosok baju dan membasuh baju di ruang dapur. Jadi anda perlu tahu bagaimana susunan semua peralatan ini agar memudahkan kerja anda di dapur dengan fitrah diri anda terutama jika anda seorang kidal atau kurang upaya.
Pilihan Kemasan Terbaik
Sesebuah rekaan dapur. Ini merupakan antara langkah yang penting. Anda perlu tahu kemasan yang paling sesuai dengan dapur anda. Baik dari segi harga mahu pun gaya hidup anda. Adakah anda suka memasak atau tidak. Begitu juga adakah anda jenis yang agak comot bekerja atau seorang yang cermat.
Kemasan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi nilai estetika kepada sesebuah konsep dapur. Sama ada legap, high gloss, matte, berkaca kabut dan lain-lain, kemasan ini membentuk karakter yang tersendiri. Ada di antara kemasan ini mudah dibersihkan atau juga yang akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci berkali-kali. Anda malas atau rajin, tepuk dada tanya selera.
Kredit foto (top image): Pexels
ARTIKEL BERKAITAN:
Cara Bagaimana Pilih Kabinet Dapur Agar Tahan Lama
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Anda ingin tak memiliki set sofa yang cantik keluaran jenama Ella Furniture?
Jom sertai peraduan rakam video dan menang Ella Furniture. Anda berpeluang untuk memenangi set sofa bernilai RM12,000!
Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Follow akaun tiktok rasmi Impiana dan Ella Furniture sekarang.
Rakamkan video berdurasi 1 minit mengapa anda mahukan set sofa baharu dari Ella Furniture.
Muatnaik rakaman video tersebut di akaun TikTok, Instagram atau Facebook peribadi anda.
Jangan lupa untuk tag Impiana dan Ella Furniture berserta hashtag #EllaXImpiana #EllaXSelebriti
Makesure akaun media sosial peribadi anda disetkan mod public! Sertai sekarang!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Baiki Sendiri Dan Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM5 Sahaja!
Fungsi utama kipas siling dirumah adalah untuk menyejukkan udara dalam sesebuah ruang. Tetapi malangnya, kipas juga mempunyai jangka hayatnya. Jika sudah terlalu lama digunakan, prestasi kipas siling akan berkurang dan menjadikan kelajuannya tidak seperti sediakala.
Tetapi sebelum anda pergi ke kedai untuk membelikipas yang baru, apa kata anda cuba dahulu solusi mudah dan jimat ini. Dengan kos sekitar RM5, anda boleh kembalikan kelajuan kipas siling lama dalam masa 20 minit sahaja! Ikuti langkah dan perkongsian dari pemuda ini..
kipas siling slow ? baru pakai 5 tahun, tak kan nak kena tukar kipas baru. Kipas dulu elok je 10 tahun guna takde masalah. Nak tak aku ajar cara repair sendiri ? kos RM5 je, dr beli kipas baru kena RM400.
JENIS KAPASITOR
Kipas ni kalau slow kebiasaanya disebabkan kapasitor. Ni antara kapasitor yg selalu digunakan. Apa beza dua ni ? biasanya kapasitor belah kanan ni untuk kipas yang pakai remote control, yang kiri pulak jenis kipas lama yg suis speed control melekat kat dinding.
kapasitor ni senang je korg nak beli, harga sebijik biasanya tak lebih rm5. kapasitor ni banyak jenis, korg nak senang pi beli kat hardware bagitau je model dan brand kipas. Lagi mudah korg ambk gmbr kipas tu tunjuk ke tokey. Nak cari kat shoppe pon ada, tp kena pandai cari.
Kenapa kena pandai cari ? Capacitor ni banyak jenis, kang salah beli tak jalan pulak kipas tu. Nak beli capacitor ni kena tau dua benda, uF ( micro farad ) dan v ( voltage ). Jadi korg kena tau berapa nilai uF dan v capacitor kipas korang, dan cari value yg sama
Dah beli capacitor, macam mana pula nak tukar?
Kalau kipas aku capacitor dia melekat kat board. So korang kena solder je part mana yg nak tukar.
Macam aku kata awal tadi, kipas jenis lama selalunya pakai capacitor jenis ni. so kalau jenis ni nak mudah korang beli siap connector wire mcm gmbr kanan ni. Potong wire capacitor lama tu dan sambung je guna connector ni.
aku terangkan sikit mcm mana nak buka kipas jenis ni. korang pusing je casing ni arah lawan jam. Nanti dah buka casing tu akan nampak ada 3 skru, dan buka.
Bila dah buka skru tu, baru korg jumpa board. Sebelum korang buka board ni, pastikan cabut dlu wire connector. Lepastu apa lagi, korang boleh tukar capacitor baru macam aku bgtau tadi. Mudah kan ?
Aku buat tadi kejap je, tak sampai 20 minit. Jadi daripada korang beli kipas baru terus, why not cuba tukar capacitor dlu. Harap korang faham la ya
SELAMAT MENCUBA!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Petua Mudah Ini Buat Nasi Tahan Lebih Lama Dan Lambat Basi. Pasti Berkesan!
Baru buka periuk nak ciduk nasi, tapi dah lembik dan berbau. Frust nya! Rasanya baru je masak pagi tadi, tak kan dah basi?
Pasti ramai yang pernah lalui situasi seperti ini. Jadi IMPIANA nak kongsikan beberapa cara yang boleh kita praktikkan supaya nasi yang dimasak tahan lebih lama.
CARA BUAT NASI TAHAN LEBIH LAMA
1. Cuci beras hingga bersih
Cuci dan bilas beras sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali atau lebih. Ini kerana beras yang dicuci tidak bersih dan masih ada sisa air bilasan beras akan membuatkan nasi yang dimasak akan cepat basi. Lebih elok jika gunakan air tapis untuk mencuci beras.
2. Perahan limau nipis
Perahkan limau nipis kedalam periuk dengan beras yang sudah dibilas. Tidak perlu banyak pun, cukup sekadar setengah biji limau. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
3. Bersihkan periuk
Sebelum memasak nasi pastikan dahulu periuk yang digunakan tidak mempunyai sebarang kotoran atau karat yang melekat. Kotoran nasi yang melekat pada periuk akan menyebabkan nasi mudah basi dan bakteria yang ada akan menjejaskan rasa dan bau pada nasi yang telah masak nanti.
4. Lap wap pada penutup
Mak-mak mesti selalu pesan agar jika nasi yang dimasak dengan menggunakan periuk nasi elektrik haruslah digempurkan dahulu sebelum ia masak sepenuhnya. Namun perlulah dilap dahulu wap air yang ada pada tudung periuk tersebut. Ini akan membuatkan nasi masak dengan elok berderai dan lembut.
5. Secubit garam
Cara ini adalah untuk melambatkan nasi untuk basi. Malahan akan membuatkan nasi lebih tahan lama dan tidak akan menjejaskan rasa atau kualiti nasi yang akan dimasak. Ada yang mengatakan bahawa nasi juga akan lebih rasa sedap dan kenyal.
Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI