Dekorasi

Buat Sendiri Pantri Ringkas Untuk Dapur Kecil. Guna 2 Rak Saja

Share

Buat sendiri pantri di dapur, memang boleh sangat. Ruang ini memang sangat penting untuk meletakkan stok bahan makanan. Perlu ada tak kiralah dapur kecil atau besar.

Jika tiada, memang berserabut dapur dibuatnya. Bagi yang punya dapur dengan keluasan terhad idea daripada Nur Amani Abd Rani boleh dijadikan panduan untuk mengadakan pantri ini.

Hanya menggunakan dua buah rak, dan juga bekas bekas untuk meletakkan bahan makanan, pantri kecil miliknya cukup kemas dan praktikal.

Buat sendiri pantri guna dua rak Ikea

“Idea pantri mengguna rak Ikea saja. Jimat sangat. Pantri ni kecil saja tapi saya happy. Saya suka susun barang, tak tidur pun tak mengapa,” ujar Nur Amani yang berkongsi panduan membuat pantri ini.

Sebelum dan selepas

  1. Pantri ini dibina dengan menggunakan dua rak ini saja.

2. Sediakan bekas, balang, raga untuk meletak stok barang.

3. Susun ikut citarasa

4. Bila dah letak bahan dalam bekas, barulah nampak kemas. Siap!

Tip pantri kemas

1. Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah, jenis-jenis tepung, jenis-jenis gula, pasta dan sebagainya.

2. Bekas-bekas yang seragam akan menjadikan barang nampak lebih teratur dan kemas.

3. Sentiasa letak barang di tempat asal selepas menggunakannya.

Kredit: Nur Amani Abd Rani & Encik Roslam

Mesti Baca: Tip Bajet Buat Renovasi Ruang Dapur, Barulah Hasilnya Macam Diidam-idamkan

Baca Lagi: Barn Door Praktikal Untuk Jimat Ruang, Boleh Buat Pemisah Dapur Basah/Kering, Stor

 

Published by
Rose