Buat sendiri pasu bunga guna besen plastik kedai Eco, kos murah tapi nampak macam mahal. Memilih pasu bunga yang sesuai amat penting ketika menanam pokok bunga. Pasu yang tepat mampu menjadikan pokok-pokok bunga hidup subur dan membiak. Dalam masa yang sama juga menjadikan laman rumah kelihatan lebih menarik.
Pasu bunga dapat mengubah dan mencorak serta memberi kelainan dan impak serta merta di sudut laman. Pemilihan saiz pasu bunga dengan saiz yang betul mampu mengimbangi ruang dengan baik.
Jika anda berhajat untuk mula menanam pokok bunga tetapi mempunyai bajet yang kecil, ada cara yang boleh dipraktikkan. Tidak dinafikan kos untuk membeli barang-barang keperluan terutama pasu bunga agak tinggi. Jadi apa kata anda cuba membuat sendiri pasu bunga seperti yang dikongsikan pengguna Facebook, Zalina Zakaria
CARA MEMBUAT PASU BUNGA DARIPADA BESEN PLASTIK:
Bahan:
Besen plastik
Gerudi (drill)
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Beli besen plastik yang bersaiz besar. Pilih besen yang sama saiz supaya susun atur pokok bunga nampak sekata dan cantik dipandang mata.
Ads
2. Gunakan gerudi untuk membuat lubang pada bahagian bawah besen plastik. Tebuk di bahagian tengah besen plastik terlebih dahulu kemudian diikuti di bahagian tepi besen plastik.
3. Lubang yang ditebuk pada bahagian bawah besen plastik tidak terlalu besar.
4. Masukkan tanah ke dalam besen. Tanamlah pokok bunga yang anda suka seperti biasa.
Ads
5. Supaya bekas pasu bunga besen plastik kelihatan lebih menarik, boleh letakkan kaki daripada simen di bawah bekas besen plastik.
6. Untuk lebih jimat, boleh beli besen plastik dari kedai Eco. Harga besen plastik lebih murah dan anda boleh beli dalam jumlah yang banyak.
TIP MEMILIH PASU (BEKAS) TANAMAN HIASAN:
*Kenal pasti pasu yang hendak dipilih sama ada daripada jenis simen, plastik, tanah liat, seramik atau daripada bahan terbuang.
*Pilih saiz pasu mengikut kesesuaian dengan pokok bunga.
*Pasu yang dipilih mestilah tahan lasak dan tidak mudah pecah.
*Jika selalu mengubah hiasan laman, pilih pasu daripada bahan plastik atau beg politena.
Setiap yang lama, pasti akan digantikan dengan yang baru. Tapi tak dinafikan, kadangkala terasa sayang nak ganti lain, mengenangkan nilai sentimental yang dibawa bersama. Lebih-lebih lagi jika barangan yang masih baik dan boleh digunakan. Tidakkah rasa seperti sesuatu pembaziran jika dibuang begitu saja?
Kini, ramai yang kreatif dan rajin. Jadi bagaimana jika ambil perabot atau barangan lamatersebut dan ubahsuai menjadi sesuatu yang tampak baru, menarik dan praktikal.
Seperti yang dilakukan oleh Shida Abd Hamidyang upcycle kerusi meja solek klasik miliknya menjadi lebih moden dan selesa! Menarik dan yang penting, tak perlu pun keluarkan kos yang banyak. Jom kita lihat;
Bahan-bahan :
1. Kerusi lama
2. Cat
3. Span
4. Kain
5. Stapler
6. Hot glue gun
Cara-cara :
Kerusi meja solek yang sudah tidak digunakan ini berusia hampir 10 tahun. Lap dan bersihkan dari habuk atau apa-apa kotoran yang melekat.
2. Cat pada bahagian yang anda mahukan, saya cat bahagian kaki kerusi. Kemudian tunggu hingga betul-betul kering.
3. Setelah kering, ambil span dan lekat menggunakan hot glue gun pada tempat duduk.
4. Ambil kain (saya gunakan kain terpakai, lebihan sarung bantal anak) dan balutkan pada span. Kemaskan kemudian stepler. Mengikut kreativiti masing-masing, lapik span ini ada pelbagai caranya.
5. Dah siap!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah atau pun tidak anda melihat dekorasi ruang makan yang mempunyai kombinasi yang berbeza dalam satu konsep hiasan dalaman rumah mahupun restoran?
Tidak dinafikan, sememangnya jarang-jarang dapat kita lihat sebuah kediaman atau restoran yang mahu menampilkan konsep dekorasi sedemikian, betul tak? Tetapi tidak bagi restoran Kay’s Steak & Lobster.
Restoran Kay’s Steak & Lobster cawangan di IOI, Conezion, Putrajaya ini telah mengetengahkan kombinasi dua konsep dekorasi hiasan dalaman yang berbeza di premis restoran.
Bagi mahu mewujudkan suasana yang mewah serta selesa kepada para pengunjung, Kay’s Steak & Lobster telah menampilkan konsep alam semula jadi dan moden elegan.
Ketika kunjungan IMPIANA ke restoran Kay’s Steak & Lobster, terdapat elemen tumbuhan hijau yang seolah-olah seperti Island yang berada di tengah-tengah restoran bagi mewujudkan suasana alam semula jadi di ruang makan dalam restoran.
Di samping itu, Kay’s Steak & Lobster turut mengenakan pemilihan perabot meja dan kerusi makan yang ringkas bersama elemen kayu rotan bagi menampakkan dekorasi hiasan dalaman yang lebih estetik.
Selain terkenal dengan menyediakan sajian makanan stik dan udang karang, Kay’s Steak & Lobster turut menyajikan menu istimewa dan popular dari luar negara iaitu sajian Beef Wellington.
Untuk maklumat anda, selain Putrajaya, Kay’s Steak & Lobster ini mempunyai dua lagi cawangan restoran yang terletak di Putra Heights dan Ampang.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Penyepit baju kayu bukan lagi sekadar berfungsi untuk menyepit helaian baju yang disidai di ampaian. Olahan idea kreatif dengan rona warna menarik mampu mengubah penyepit kayu menjadi alas periuk mahupun sebagai dekorasi hiasan dinding yang polos. Malahan, ruang dapur juga pasti tambah berseri dengan kehadiran alas periuk pelbagai warna ini, yang bukan sahaja murah malah mudah dilakukan. Jom kita cuba!Anda Perlukan:
2 pek penyepit kayu (1 pek 36 batang)
Penyembur cat (mengikut warna pilihan)
Botol kaca (diameter 4cm)
Gam tembak
Alat Pengering
Tanggalkan dawai pada penyepit kayu dengan berhati-hati supaya penyepit tidak rosak.
2. Gamkan bahagian sisi penyepit kayu secara bertentangan. (seperti dalam gambar).
3. Selepas itu, gamkan bahagian hujung penyepit-penyepit kayu yang telah bercantum.
4. Susun penyepit kayu tersebut mengelilingi botol kaca bulat. Ia bagi menganggar ukuran agar membentuk bulatan yang sempurna.
5. Semburkan dengan cat warna pilihan.
6. Kemudian, keringkan ia dengan alat pengering rambut dan biarkan seketika. Siap!
Untuk menghasilkan alas periuk berukuran diameter 18.5cm memerlukan 26 batang penyepit kayu.
Jika tidak mempunyai alat pengering, boleh juga jemurkan ia seketika di bawah sinaran matahari.
Pilih warna-warna yang bertentangan (color blocking) untuk menyerlahkan lagi alas periuk berbanding rona senada.
Selain berfungsi sebagai alas periuk, ia juga boleh dijadikan dekorasi tambahan untuk menyerikan hiasan dinding.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.