Buat Sendiri Play-Doh Dari Tepung Gandum, Anak Nak Main Pun Selamat

Share

Sedar tak sedar, PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan) dah masuk hari ke-17 (3/4/20). Dalam tempoh ni, kesian tengok anak-anak terperap dalam rumah. Mak-mak pun mula pening nak cari aktiviti anak-anak.

Apa kata kita ikut idea Pau Dao Nyam

, Buat play-doh dengan menggunakan tepung. Bukan sahaja-anak-anak seronok main, mak pun tumpang sekaki. Nak pelbagaikan, buatlah pertandingan buat objek dari playdoh tepung gandum tu

Mencari permainan menarik yang selamat untuk anak? ini salah satunya. Tak perlu risau pun kalau anak termakan

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
½ cawan garam
1 sudu makan minyak masak
Pewarna makanan pilihan
*1 sudu makan cuka (sebagai pilihan boleh juga guna cream of tar tar. tak nak pakai tak apa sebab cuka dan cream tersebut berfungsi untuk bagi ia tahan lama)

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dalam periuk. Sebaiknya pakai periuk jenis non-stick 2. Kacau rata dan pastikan tepung tak berketul
3. Buka api dapur paling kecil dan kacau doh sampai kental. Tutup Api dan biarkan sejuk 4. Boleh simpan doh dalam bekas kedap udara atau ziplock bag

Published by
Impiana