Di mana ada gula, di situ ada semut. Tapi sekarang tak ada gula pun masih ada semut.  Semut ni penyelesaian mudah adalah semburan racun serangga yang beli dekat kedai tu.

Tapi, racun serangga mujarab yang dekat kedai ni kebiasaanya ada bahan kima bahaya. Jadi, ia bukan sahaja bahaya keapda kesihatan kita, malah bagi anda yang mempunyai anak yang masih kecil dan merangkak. Yatie Eimra berkongsi resepi homemade racun serangga untuk lipas super murah, jimat dan mujarab tapi tak bahaya pada kesihatan.

Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racun serangga je. Sekarang untuk membanteras semut di dapur & dalam rumah saya gunakan spray serbaguna homemade ni. Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecik sekalipun

Spray Serbaguna (homemade)

Bahan-bahan:
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Cara-cara:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

Buat sendiri Semburan Serbaguna Pemusnah Semut Dari Cuka, Selamat Untuk Kanak-Kanak

 

IKLAN

Buat sendiri Semburan Serbaguna Pemusnah Semut Dari Cuka, Selamat Untuk Kanak-Kanak

 

Buat sendiri Semburan Serbaguna Pemusnah Semut Dari Cuka, Selamat Untuk Kanak-Kanak

IKLAN

P/S:

  • Bancuhan ni sebenarnya  tak ada sukatan yang tetap pun, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tak berkesan & kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.
  • Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.
  • Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi xberapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.

Kegunaan lain

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yg dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).Buat sendiri Semburan Serbaguna Pemusnah Semut Dari Cuka, Selamat Untuk Kanak-Kanak

Buat sendiri Semburan Serbaguna Pemusnah Semut Dari Cuka, Selamat Untuk Kanak-Kanak

Buat sendiri Semburan Serbaguna Pemusnah Semut Dari Cuka, Selamat Untuk Kanak-Kanak

IKLAN

2. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak. Dah xpayah beli mahal-mahal la lepas ni

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi.

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI