Labu kayu mempunyai kulit yang keras seakan kayu dan bulatnya sebesar buah labu. Jika dilihat isi dalamnya yang bewarna putih tidaklah seperti buah labu pun dan pokoknya pula pun tidak seperti pokok labu. Ini kerana pokoknya besar dan buahnya terdapat pada dahan-dahan utama. Memang unik !!

Buat Ubat Gigi dari Labu Kayu
Pokok labu kayu

Daripada kaji selidik terhadap orang ramai, masyarakat Cina lebih mengenali buah ini dari segi kegunaan dan khasiatnya. Mereka menggunakannya air rebusan buah tersebut bagi mencuci usus atau perut. Caranya ialah merebus buah tersebut termasuk kulit dan isinya sekali selama 1-2 jam. Kulitnya perlu diketuk bagi memudahkan proses rebusan. Ia boleh diminum untuk kesihatan seisi keluarga. Daripada maklumbalas, setelah air rebusan diminum, anda akan kerap ke tandas dan diikuti secara bergilir-gilir dengan ahli keluarga anda.

Ads

Daripada kaji terhadap kaum Melayu pula, kebanyakan mereka biasa menjumpai pokok buah ini dan ada juga yang ditanam di halaman rumah, tetapi sayang mereka tidak tahu menggunakannya. Yang menariknya, ada yang menjadikannya sebagai bola bowling dan ada yang terlebih kreatif menjadikannya sebagai ‘helmet‘.

Ads
Ads

Nama Saintifik          : Cinchona succirubra Pav. Ex Klotzsch
Sinonim                    : Cinchona pubescens Vahl, Cinchona cordifolia Mutis
Kegunaan                 : Rawatan untuk malaria, demam, sebagai tonik, astringent, sakit urat,
lemah tubuh badan,sebagai serbuk dalam ramuan ubat gigi dan melegakan
sakit tekak. Namun, dos yang tinggi boleh menyebabkan sakit kepala,
pening dan kehilangan pendengaran.
Sumber: http://agromedia.mardi.gov.my


Buat Ubat Gigi dari Labu Kayu
Buah labu kayu seakan limau bali jika dilihat dari jauh
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI