Jingga, wow warna yang terang menyengat . Jingga memberi satu keriangan dan rasa penuh bertenaga. Dalam teori psikologi warna, dikatakan jingga mampu membuat kita berselera dan lapar. Amboi penuh magis rupanya rona ini. Bukan sahaja nampak sungguh mewah dalam nada tersednri juga cukup lantang memberikan maksud positif kepada ramai.
Pasti ramai yang mencemik bila dikatakan jingga cantik untuk ruang makan. Mahu pengsan agaknya bila rona seumpama ini dipalitkan ke dinding. Bukan sahaja terang malah mencuri perhatian dari jauh. Anda pasti? Jika itu tanggapan anda, imbas kembali warna-warna di kedai makan atau restoran makanan segera yang banyak menggunakan warna-warna hangat seperti merah , jingga dan beberapa pilihan warna lain.
Sebenarnya jingga juuga bagus untuk memberi keseimbangan kepada anda yang memilih perabot kayu untuk kediaman mereka. Ia memberi keseimbangan kerana jingga juga mempunyai elemen harmoni dengan rona perang. Ia juga memberi ruang lebih bersinar dan tidak terus kelam dengan dominasi perabot kayu. Bahkan jingga juga memberi idea kita tentang makanan yang menyelerakan termasuk buah limau yang menggiurkan.
Anda boleh memilih pelbagai biasan jingga. Daripada yang pucat kepada yang terang. Anda juga boleh mengenakan ia dengan kemasan lembut atau aksesori. Maklumlah adakala ruang makan kita agak hambar berbanding dengan ruang tamukan. Jadi rona ini mampu memberi sedikit perisa untuk menyerlahkan seri ruang. Simple-simple je di IMPIANA