Pasti semua orang ada sebotol cuka di dapur kan? Selain menjadi penambah rasa masakan, terdapat banyak lagi kegunaan cuka yang tidak pernah kita sangka. Manfaat cuka tidak hanya terhad di dapur, tetapi juga untuk kebersihan rumah serta kesihatan tubuh.
Sifat keasidan cuka menjadikannya bahan pembersih yang paling ideal.
IMPIANA senaraikan 7 lagi kegunaan cuka yang mungkin anda tidak tahu :
1. Menghalau semut
Semburkan campuran cuka, sabun pencuci pinggan dengan air pada kawasan yang sering diharungi semut
2. Bersihkan kotoran pada karpet
Campurkan cuka, garam serta soda bikarbonat untuk dijadikan sebagai cecair cucian untuk moppada karpet
Ads
3. Melancarkan saluran sinki
Tuang soda bikarbonat dan cuka kedalam lubang sinki dan biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dengan air panas.
4. Mengilatkan kembali tombol pintu
Gunakan larutan 2 sudu besar garam, 1 sudu besar cuka untuk mengelap tombol pintu yang sudah kusam dan berkarat
Ads
5. Kembalikan seri peralatan kaca, cermin dan tingkap
Bersihkan cermin atau tingkap menggunakan campuran cuka dengan air sebelum lapkan dengan kain lembut
Ads
6. Tanggalkan tanda harga atau label
Rendam kain dengan cuka dan air kemudian tekapkan pada tanda harga di bekas atau botol semalaman. Tanda harga akan tanggal dengan sendirinya
7. Hilangkan bau dan kesan kecing pada tilam
Lap kawasan terkena najis dengan air cuka, sebelum taburkan baking soda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian berus atau vakum hinga bersih
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Episod kesepuluh rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture kini telah pun melabuhkan tirai siaran episod terakhir bagi musim kali ini, pada Jumaat laluu.
Istimewa untuk episod terakhir ini, telah menyaksikan bintang popular tanah air, Dato’ AC Mizal telah menjadi selebriti jemputan bagi episod kali ini.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Menerusi siaran episod kali ini, telah menyaksikan transformasi makeover di ruang tamu atas di tingkat tiga milik kediaman kepada bintang berusia 51 tahun itu. Maklumnya, ruang tersebut merupakan satu ruang khas yang disediakan olehnya untuk kedua-dua anaknya,Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus, Dato’ AC Mizal ada menzahirkan hasrat dan impiannya untuk menghadiahkan makeover dekorasi hiasan dalaman rumah tersebut buat anaknya.
Dalam usaha untuk merealisasikan hasratnya itu, Dato’ AC Mizal memaklumkan dia inginkan transformasi makeover dekorasi yang tampak lebih segar dan bertenaga, mengikut kesesuaian dengan usia anaknya yang berjiwa muda. Maka oleh itu, selebriti berkenaan telah memilih konsep elemen ‘Pop Art’ bersama warna gelap sebagai tema pilihan.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Dato’ AC Mizal? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Memandang episod kesepuluh ini adalah siaran episod terakhir rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, setingggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada anda semua yang telah menonton rancangan ini sepanjang bersiaran di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ramai yang alami masalah, tanam pokok buah dah bertahan-tahun matang tapi masi kedekut berbuah. Betul tak? Almaklumlah, kita ni bukan petani hebat yang penuh dengan trik dan tip berkebun. Baja pun ikut cadangan kawan-kawan je.
Sebenarnya, pembajaan bukanlah antara faktor utama memastikan pokok anda berbuah. Ada perkara yang lebih penting dilakukan iaitu dari pering penanaman. Mohd Ikwan Hussin berkongsi langka-langkah yang perlu dilakukan untuk tanam pokok agar cepat berbuah.
Alhamdulillah, pokok cempedak yang di tanam 6 tahun lalu dah masuk 3 musim berbuah.
Teknik tanam pokok buah adalah seperti berikut:
1. Gali lubang lebih besar dari poli beg. Lebih besar lagi bagus. Kalau tanah di lokasi keras, lebih besar lubang tanaman perlu lebih besar untuk membolehkan akar stabil apabila matang.
2. Sebelum letak anak pokok, masukkan dulu tanah hitam di bahagian bawah. Ia pentig bagi memastikan kesuburan akar
3. Masukkan anak pokok dan kambus semula lubang tanaman sehingga penuh
4. Sediakan sungkupan pada pangkal anak pokok yang baru ditanam. Boleh guna sabut kelapa, daun kelapa atau apa sahaja yang bersesuaian. Ia penting bagi mengekalkan kelembapan pada tanah untuk tempoh yang lama
5. lakukan siram secukupnya.
TIP PENTING: Lakukan proses penanaman di waktu petang. Ia memberi peluang keapda akar untuk beradaptasi dengan persektaran baru tanpa gangguan terik mentari yang boleh melayukan pokok yang baru ditanama. Lebih teruk, terik mentari akan menyebabkan tanaman mati kerana cepat terhidrasi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ada di kalangan anda meminati dengan konsep rumah yang bercirikan resort yang terletak di tengah-tengah kawasan bandaraya atau ibu kota khususnya? Kalau ada yang sedemikian, sudah pasti anda sememangnya seorang pencinta kepada kota metropolitan dan gemarkan sesuatu yang moden.
Bagi anda yang inginkan membuat pengubahsuaian rumah dan sedang mencari sumber ilham dan idea yang menarik, mungkin konsep rumah yang bercirikan resort di tengah bandar ini boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi anda.
Untuk maklumat anda, rumah banglo yang tertera pada gambar terletak di kawasan perumahan Grandville USJ1 dan merupakan hasil kerja oleh arkitek dan juga pereka seni dalaman rumah hebat, NDC Design.
Dengan rekaan struktur binaan bangunan yang moden, NDC Design menyifatkan rumah ini sebagai sebuah rumah banglo yang padat dengan ciri-ciri rumah resort yang bertemakan modern tropikal.
Walaupun saiz keluasan tanah rumah ini tidak sebesar rumah banglo di kawasan perumahan lain, namun rumah yang mempunyai 3 tingkat dengan keluasan 5,500 kakipersegi ini tetap kelihatan luas daripada angka sebenarnya.
Salah satu faktor yang membolehkan ruang rumah ini tampak lebih luas adalah dari segi reka bentuknya yang mengunakan tingkap dari lantai ke siling dan pintu kaca yang boleh dibuka. Apabila pintu-pintu kaca dibuka, sempadan antara ruang dalaman dan luaran dihilangkan dan seakan-akan menjadi satu ruang yang lebih besar.
Reka bentuk rumah ini juga mengunakan cara anjakan bangunan untuk membolehkan ruang dibawah menjadi satu ruang ‘semi outdoor’. Selain itu, dari segi material, sebagai arkitek dan juga pereka seni dalaman, NDC Design mengunakan bahan material yang konsisten dari luar bangunan sehingga ke ruang dalaman dengan penggunaan kayu di siling dan lantai.
Keseragaman dari luar bangunan sehingga ruang dalaman membolehkan ia menjadi satu rekaan kediaman yang tampak sangat unik, menarik serta moden. Sebagai sebuah rumah di kawasab yang bercuaca tropikal, rumah yang teduh dan pengudaraan yang mencukupi adalah satu kriteria yang penting sekali.
Selain itu, perancangan yang rapi telah dibuat untuk meletakkan tingkap di kawasan yang strategik untuk mengalakkanpengudaraan silang dan juga membawa cahaya yang terang ke ruang dalaman.
Kolam renang dan kolam refleksi di sekeliling rumah juga berfungsi untuk merendahkan suhu dalaman dan juga menjadi satu ciri rumah resort walaupun rumah ini tarletak di kawasan bandar. Pemilihan pokok renek dan besar yang pelbagaimenghasilkan pemandangan landskap yang berlapisan dan menyempurnakan arkitektur rumah keseluruhan. Menarik bukan?
Lihatlah hasil keseluruhan rumah ini, tidak disangkal lagi NDC Design ternyata adalah antara salah satu arkitek dan pereka hiasan dalaman yang berbakat besar, berkebolehan tinggi dalam menghasilkan seni bina bangunan berkualiti tinggi.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.