Selain jubin digunakan sebagai kemasan lantai rumah, kemasan Vinly bercorak kayu juga boleh digunakan sebagai penyeri rekaan hiasan dalaman kediaman anda.
Bukan sahaja mempunyai pelbagai pilihan corak dan warna menarik, kemasan Vinly bercorak kayu ini nyata tampak lebih klasik dan lebih bergaya.
Malah, ia juga turut memiliki pelbagai kelebihan dan manfaat untuk ruang rekaan dalaman rumah anda. Jadi, mari kita apa kelebihan yang anda boleh perolehi dengan menggunakan kemasan Vinly bercorak kayu ini.
Bagi anda yang ada anak kecil khususnya, sememangnya amat sesuai dan digalakkan untuk menggunakan kemasan Vinly untuk lantai rumah kerana ia bersifat kalis air dan tidak mudah kotor.
Lantai rumah anda bukan sahaja tidak mudah tampak kotor, malah ia juga tidak sensitif dengan sebarang bahan kimia. Jadi ianya sangat tahan lasak dan lebih tahan lama.
Ads
Selain itu, kemasan Vinly ini juga mesra alam dan haiwan peliharaan membuatkan ianya amat sesuai bagi anda yang ada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
Menariknya lagi mengenai kemasan Vinly bercorak kayu ini ia memiliki pelbagai pilihan corak dan warna yang menarik. Jadi anda mempunyai lebih banyak pilihan untuk kemasan lantai rumah mengikut citarasa yang anda suka.
Ads
Jadi, bagi anda yang masih mencari kemasan Vinly bercorak kayu untuk lantai rumah, anda boleh dapatkan di mana-mana kedai berdekatan anda atau membelinya secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Klik pautan di sini untuk pembelian.
Sumber: PropertyGuru Website
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Penyediaan ruang pengstoran mencukupi antara perkara yang penting dalam memastikan dapur tersusun kemas dan rapi. Kebiasaanya, kabinet dapur bertutup pilihan utaman. Namun bagi Puan Ana Sakura, tak ada kabinet dapur mencukupi pun tidak menjadi masalah untuk pastikan dapurnya sentiasa keams. Puan Ana ada cara yang lebih mudah dan jimat iaitu dengan menggunakan meja lipat.
DIY guna meja lipat biasa letak skirting. Bahagian atas meja, tampal self adhesive wallpaper kalis air beli dekat shopee.
Aksesori tambahan:
– Letak wall shelf tanpa L sesiku- beli di ikea (harga 59) Kalau beli online dlagi murah hanya Rm 24.20 untuk 4 keping klik sni untuk beli online
– Kombinasi warna mestila tidak lebih dari 3 pilihan rona. supaya warna blend cantikdan tidak nampak serabut
– Bidai- guna zebra blind (harga 59)
– Skirting memainkan peranan, untuk kelihatan lebih kemas (Saya tempah online sahaja)
– Pokok hiasan, frame, organizer box beli di ECO
-Labelling- tempah di shoppe, atau beli sticker
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pemilihan konsep atau tema merupakan salah satu perkara yang perlu diberi perhatian teliti sebelum memulakan mana-mana proses pengubahsuaian. Pemahaman yang mendalam tentang konsep berbeza akan memudahkan anda untuk membuat pilihan selain dapat memberi peluang buat anda untuk memahami kehendak dan matlamat reka bentuk kediaman impian anda.
Dalam isu kali ini, IMPIANA akan menekankan tentang berbezaan antara dua konsep yang sememangnya sering menimbulkan kekeliruan buat kita semua. MODEN dan KONTEMPORARI. Mungkin ada antara anda yang menganggap tiada bezanya antara kedua-duanya kerana penggunaan warna yang lebih kurang sama , garis-garis bersih dan hiasan yang minima. Tetapi anda mungkin telah tersilap…
LATAR BELAKANG
MODEN merujuk pada tempoh masa tertentu iaitu antara awal hingga pertengahan abad ke-20. Waktu itu merupakan kemuncak bagi seni dan reka bentuk Bauhaus dari Jerman, mewujudkan gaya yang berbeza dan memberi tumpuan kepada bentuk yang simple dan praktikaliti. Selepas moden, datang pula era mid-century (tahun 50-an ke 60-an). Walaupun begitu, dalam dunia seni reka hiasan dalaman istilah “modern design” sering merangkumi kedua-duanya sekali.
KONTEMPORARI tidak merujuk kepada tempoh masa yang tertentu, ia sentiasa berubah-ubah untuk mencerminkan gaya reka bentuk popular masa kini. Ia meminjam kualiti dari modenisme, minimalism, dan gaya global yang lain tanpa memberi tumpuan yang lebih kepada satu-satu konsep yang khusus.
PERBEZAAN
Kontemporari akan sentiasa berubah dengan mengikut definisi gaya terkini yang sedang menjadi trend. Hal ini menjadikan konsep kontemporari lebih sukar untuk didefinasikan. Berbeza dengan konsep moden yang mempunyai nilai estetik dimana ia menekankan garis segar, warna-warna neutral yang hangat serta keseimbangan.
PERSAMAAN
“Less is more” adalah motto untuk kedua-dua reka bentuk kontemporari dan moden. Setiap gaya ruang biasanya amat mudah dan rapi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kini, sudah menjadi satu kemestian dalam kediaman memiliki ruang solat yang sempurna. Mushola di dalam rumah dapat menjadi salah satu indikator sebuah rumah dapat dikatakan Islami. Ia bukan merupakan syarat mutlak, maka tidak semua masyarakat muslim menyediakan mushola di dalam rumahnya. Untuk itu penelitian ini bertujuan untuk mengetahui apa saja faktor yang mempengaruhi seorang muslim menyediakan mushola di dalam rumahnya.
IMPIANA ingin kongsikan ciri ruang solat yang mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada anda yang mengidamkan ruang solat. Ruang solat atau surau mini ini berada di dalam butik mewah Bawal Exclusive, jika ada yang menjejakkan kaki ke butik Bawal Exclusive ini apa kata singgah untuk solat di ruang yang cukup selesa dan secara tidak langsung anda akan berasa berada di salah satu masjid di Kota Mekah.
Setiap perincian dan sentuhan yang diberikan oleh Pengarah Design Seni Bina Dalaman dari Aqi Studio Sdn Bhd, Muhamad Baihaqi Abdul Rashid, cukup mencuri perhatian ramai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.