Mungkin ada di kalangan anda yang beranggapan fungsi cermin hanya sebagai satu benda kegunaan harian sahaja tetapi sebenarnya tidak sama sekali. Pelbagai idea dekorasi dalaman rumah yang boleh dilakukan dengan hanya menggunakan cermin sebagai satu pelengkap hiasan dalaman rumah anda.
Ada beberapa contoh idea dekorasi dalaman rumah menggunakan cermin yang telah disediakan oleh IMPIANA sebagai rujukan anda!
CERMIN DENGAN BINGKAI ANYAMAN
Jika anda mahu tampil dengan konsep dekorasi yang unik dan berbeza, anda boleh menggunakan cermin bingkai anyaman ini sebagai pilihan. Selain sisi kreatif akan ditonjolkan, dekorasi hiasan dalaman rumah anda akan bertambah seri dengan menggunakan cermin jenis ini.
Sekiranya anda mahu mendapatkan cermin yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Atau anda juga boleh membeli jenis cermin yang lebih kurang sama dengan jenama lain secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
CERMIN POTONGAN HEXAGON
Ads
Bagi anda yang lebih gemar dengan konsep moden kotemporari boleh menggunakan cermin yang berbentuk ‘hexagon’ ini sebagai pilihan idea dekorasi dalaman rumah anda. Bukan sahaja tampak sangat unik dan elegan, ia juga boleh mencuri tumpuan dan perhatian mata para tetamu yang hadir ke rumah anda!
Untuk cermin yang berbentuk ‘hexagon’ ini anda boleh sahaja membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah di IKEA Malaysia.
Tetapi, sekiranya anda mahu mendapatkan jenis cermin yang lebih kurang sama dengan jenama lain anda boleh membelinya secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
CERMIN GANTUNG PELBAGAI BENTUK
Ads
Walaupun cermin gantung ini saiznya agak kecil berbanding dengan cermin yang lain namun ia juga tetap boleh mencuri perhatian orang di sekeliling. Jangan hanya pandang sebelah mata dengan kebolehan cermin gantung ini, meski saiznya kecil ia tetap juga berkemampuan menaikkan seri hiasan dalaman rumah anda.
Cermin gantung ini anda boleh sahaja membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah di IKEA Malaysia.
Namun, sekiranya anda mahu mendapatkan jenis cermin yang lebih kurang sama dengan jenama lain anda boleh membelinya secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
CERMIN POTONGAN EMPAT SEGI PELBAGAI SAIZ
Ads
Cermin potongan empat segi mungkin sudah dilihat seperti cermin biasa kegunaan harian sahaja di kalangan anda. Tetapi jika anda bijak untuk menghiasnya, cermin potongan empat segi pelbagai saiz ini juga boleh menjadikan dekorasi hiasan dalaman rumah anda tampak hebat dan penuh gaya.
Jadi, ini beberapa konsep idea dekorasi hiasan dalaman menggunakan cermin yang boleh dijadikan sebagai contoh dan panduan kepada anda. Semoga perkongsian bermanfaat ini dapat membantu anda.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Kediaman kompak pastinya sudah menjadi kegilaan rakyat di luar negara. Banyak kelebihan sebalik rumah yang kecik dan comel ini jika anda ingin tahu. IMPIANA tertarik dengan kediaman yang dikongsikan di dalam media sosial Siapa Apit ini. Pasangan suami isteri ini berkongsi idea tentang rumah comel mereka yang bersaiz 900 kaki persegi.
“Idea dan design oleh saya dan isteri sendiri dan kami juga banyak buat reference Tiny House kat internet juga. Kos lebih kurang RM120k++ termasuk (exterior + interior + furniture + tanah). Untuk ruang tamu, bilik dan ruang kerja kami gunakan kontena. Untuk dapur dan bilik air kami gunakan konkrit + bata merah. Ruang dalam dinding kontena masih mengekalkan karakter kontena yang berlekuk-lekuk. Tapi kalau korang ada bajet lebih boleh la cover dinding tu. Untuk reduce heat kami just guna ventilation fan (murah) dan aircond (on bila perlu sahaja).
Kami menetap sudah lebih kurang 3 tahun. So far tiada lagi isu besar terlalu panas. Macam kita stay rumah biasa je. Jarang kami on air cond. Banyak guna kipas dan buka tingkap je. Kemungkinan isu utama adalah heat + humidity. Tapi kalau korang ada bajet lebih boleh upgrade ventilation method tu contoh letak insulator dan sebagainya. Selain tu saya dan isteri banyak tanam pokok tak nak nampak rumah keras selain nak rasa lebih nyaman. Dalam rumah juga letak pokok-pokok. Bahagian belakang rumah ada “hutan kecil” yang wife buat untuk tanam pokok-pokok.
Rumah ni ada 3 ruang santai lepak-lepak. Dua dekat atas satu dekat bawah. Ruang kerja dekat bahagian atas memandangkan isteri kerja sendiri, maka atas tu kira macam office dia la. Untuk pagar just guna wire mesh untuk bahagian depan. Bahagian belakang saya guna metal deck roof jadikan pagar. Macam kat construction site tu. Idea ni dapat waktu stay kat Aussie. Kebanyakan pagar rumah kat bahagian belakang ditutup dengan metal deck.
Untuk grill sliding door bawah, saya reuse pagar gunting yang dah rosak dapat kat kedai secondhand. Owner just bagi free sebab dah berkarat dan memang tak function dah. Just improvise guna sikit kreativiti. Alhamdulillah, so far rumah dah 90% siap. Tinggal ada beberapa bahagian je lagi nak upgrade. Kumpul duit sikit-sikit. Baru buat. Jadi prosesnya lambat, sebab tak buat loan rumah. Just guna duit simpanan yang kumpul bertahun-tahun. Semoga dapat memberi sedikit info tentang rumah kontena ni.
Untuk pengetahuan semua, rumah ni diberi nama “Kotak Teduh”. Berkonsepkan model minimalis. ” Less is more.”
Jalan cerita sebalik rumah yang diberi nama ‘Kotak Teduh’ ini cukup memberi inspirasi untuk anda di luar sana yang baru ingin memula kan hidup. Inilah yang dikatakan semua orang boleh memiliki rumah idaman.
“Ukur baju dibadan sendiri”. Pasangan ini cukup memberi insipirasi kepada semua pasangan muda di luar sana dalam bagaimana cara bijak untuk berbelanja dan mmemiliki hartanah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah persaraan, perunding hartanah beri tip apa perlu buat sejak dari awal supaya semua yang dirancang menjadi kenyataan. Membina rumah persaraan memerlukan perancangan rapi sejak dari usia muda lagi.
Kediaman selepas bersara sangat penting untuk anda menghabiskan sebahagian besar masa anda selepas tidak bekerja lagi. Ada yang merancang untuk membina atau membeli rumah baharu selepas bersara sebagai rumah persaraan.
Berikut perkongsian daripada Azizul Azli Ahmad yang merupakan seorang perunding hartanah.
BINA RUMAH BERSARA?
1. Jika ada impian nak ada rumah bersara. Bina atau rancang 10-20 tahun sebelum bersara.
2. Jangan dah bersara baru nak bina rumah. Kita akan habiskan banyak modal waktu itu.
3. Bina kediaman yang kecil atau mesra orang tua. Elakkan bertingkat.
4. Kediaman sebaiknya jangan terlalu ke dalam kampung atau dalam hutan sangat. Bila kecemasan susah.
5. Jangan bina kediaman yang makan banyak kos selengara. Jika dapat antara 1500-2000 kai persegi sudah cukup.
6. Jangan sibuk bina bilik ikut jumlah anak yang kita ada. Cukup 3 bilik dan 2 bilik air sahaja. Belajar lepaskan memori silam.
7. Duit bina rumah sebaiknya bukan dari Dana Persaraan kita. Ia duit yang memang kita tabung untuk bina rumah.
8. Pilihlah kekemasan yan sustainable atau jimat tenaga dan kos selengara. Ia membantu persaraan kita.
9. Pastikan kita ada sedikit ilmu seni bina bagi elak ditipu kontraktor atau binaan tak berkualiti yang makan banyak belanja lepas siap.
Pelbagai kaedah dan jenis baja yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil bunga yang kembang mekar di laman. Sama ada dengan menggunakan bahan organik mahupun kimia, pasti ada hasilnya. Namun kali ini LAMAN IMPIANA nak galakkan anda untuk hasilkan baja penggalak bunga dari buah-buahan atau sayuran yang rosak dari dapur anda. Buahan dan bungaan (250 g setiap bahan):
1. Pisang
2. Labu
3. Lobak merah
4. Tomato
5. Betik
6. Bunga-bungaan
Nota: Kesemua buah-buahan diambil dengan kulit sekali. Lebih ranum buah lebih baik.
Perisa:
1. Gula merah (5 kg)
2. 1 sudu makan EM
3. 1 sudu makan IMO
Alat:
1. Bekas plastik besar
2. Kain
3. Botol
Cara pembuatan :
1. Potong semua buah-buahan
2. Masukkan ke dalam sebuah bekas plastik
3. Campur bunga, gula merah, EM dan IMO
4. Kacau dan lenyek dengan menggunakan senduk kayu. Jangan gunakan tangan.
5. Tutup bekas plastik itu dengan kain
6. Peram sekurang-kurangnya 10-14 hari
7. Selepas hari ke 10-14, tapis buahan yang diperam.
8. Hasil cecair disimpan ke dalam botol
9. Hampas tapisan pula boleh diperam untuk kali kedua, dengan tambahan gula merah. Sukatan lebih kurang sama macam peraman kali pertama
Peraman kali kedua bolehlah lebih lama lagi. Terpulang pada anda, tapi peraman kali kedua boleh sehingga mencapai 1 bulan, selepas itu tapis lagi, dan campurkan hasil peraman kali kedua dengan hasil peraman kali pertama.
Penggunaan:
Nisbah: 1 atau 2 sudu makan dengan 1 liter air.
1. Boleh campurkan bersama EM dan baja ikan.
2. Siram tanah atau sembur pada daun.
3. Kekerapan semburan: 1 atau 2 kali seminggu atau ikut kerajinan anda.
Selamat mencuba.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.