BULAT BERI BIASAN BERBEZA

Share

Berapa kerap kita berjumpa cermin bulat di ruang kediaman? Ramai yang lebih selesa memilih cermin empat segi kerana mudah di suai padan dan selamat. Tahukah anda cermin bulat sebenarnya lebih hebat nilai estetikanya kerana pembuatannya yang agak cerewet dan selalunya menjadi tumpuan pada ruang?

Ringkasnya ruang kita penuh dengan elemen empat segi. Dari sofa, permaidani, jendela, bingkai gambar dan beberapa objek lain. Jika ada bulat sekali pun di meja kopi utama, lampu gantung dan kipas. Namun itu sebenarnya sudah cukup memberi keseimbangan pada ruang untuk menyuntik elemen bentuk berbeza agar ruang tampil lebih menarik dan harmoni dari aspek konsep bentuk.

Malah cermin bulat ini mampu menarik perhatian pantas dan menjadikan tata hias anda lebih elegan. baik tidak berbingkai atau bergantungan dengan tali kulit atau jerami sebagai satu simbol objek yang mahal lagi eksklusif. Tidak hairan ia selalu ditempatkan di lobi mahu pun koridor hotel atau kapal persiaran.


Pun begitu apa yang lebih menarik ia tidak semestinya perlu diletakkan di tengah susunan. Sifatnya yang tepat bulat tanpa ada bucu mana-mana sudut membolehkan ia tetap cantik biar disusun off centre atau tambil bersahaja. Ada juga pereka menggantungkannya sepasang tetapi berlainan saiz sebagai kelainan yang menarik.


Biarlah apa pun saiznya ia tetapi tampil serasi dengan ruang dan mengundang nilai elegan seta cita rasa tinggi. Bukanlah bermakna cermin empat segi tidak menarik, tetapi hadirnya bentuk berbeza dalam ruang , memberi biasan berbeza. Nak dapatkan cermin bulat murah, cari sahaja di kedai barangan terpakai terutama yang menjual perabot terpakai dari hotel. Simple-simple je di IMPIANA.

 

Published by
Faizal Yunus