Bunga kertas atau Bougainvillea menjadi tarikan apabila berbunga lebat. Bunga ini sangat popular kerana mudah di tanam dan mudah untuk dijaga. Cara menanam dan menjaga bunga kertas atau cakap omputehnya Bougainvillea.
Mula-mula, tanah yang digunakan hendaklah dari jenis tanah campuran. Maknanya, campurkan tanah bakar dengan baja organik dan pasir sungai. Kenapa pasir sungai? Supaya tanah tu jadi poros; senang air mengalir melaluinya. Bunga kertas tak suka pada tanah yang menakung air.
Tapi ingat, sebelum tanah campuran itu diisi ke dalam pasu, letakkan serpihan pecahan pasu ataupun pecahan batu bata untuk menutup sebahagian daripada lubang pasu. Pastu barulah letak baja organik atau tahi ayam yang dah diproses setebal lebih kurang 2 inci. Akhir sekali masukkan tanah campuran.
Pastikan tanah di dalam pasu tu selalu digemburkan supaya udara di dalamnya dapat beredar dengan baik. Jangan lupa untuk menyiram pokok bunga ni tapi pastikan siraman itu hanya terkena pada tanahnya saja. Tak payah nak basahkan keseluruhan pokok. Semasa pokok itu membesar, pangkaslah selalu daun-daun dan ranting-ranting yang mati supaya pucuk baru dan bunga boleh keluar dan hidup subur.
Bajalah dua minggu sekali dengan baja organik dan sebulan sekali dengan baja kimia yang banyak mengandungi kalium. Sukatannya ialah kira-kira satu sudu besar. Akhir sekali, pastikan pasu bunga kertas ni berada di bawah cahaya matahari dan tidak terlindung atau lembap. Ini adalah untuk mengelakkan jangkitan bakteria dan kulat.
IMPIAN KONGSIKAN VIDEO INI UNTUK ANDA.
BACA: Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI