Bunga Telang Untuk Detoks Badan, Ini Cara Tanam Supaya Mudah Hidup
Januari 29, 2024
Share
Bunga telang atau Clitoria ternatea dalam bahasa saintifiknya ibarat ramuan penting dalam menghasilkan nasi kerabu.
Malah, bunga berwarna biru keungguan ini juga ada banyak manfaat untuk kesihatan. Berdasarkan kajian bunga telang mampu menstabilkan kadar gula dalam darah. Malah, ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes dan simptom yang berkaitan.
Selain itu bunga telang ini juga berguna untuk kecantikan rambut dan juga kulit wajah. Ia berkemampuan membuat kulit tampak lebih sihat dan rambut jadi berkilat. Jadinya berbaloi sangat kalau tanam pokok bunga telang ini di rumah. Tambah lagi bunganya cantik sekali gus dapat menyerikan laman.
Cara semai biji benih
Pokok telang boleh ditanam menggunakan keratan batang akan tetapi jika disemai dari biji benih peratusannya untuk hidup lebih tinggi.
Sebelum menyemai biji benih sebaikkan rendam dahulu biji benih lebih kurang 6 jam. Ambil biji benih yang terapung saja kerana ia lebih berkualiti.
Sediakan tanam campuran dan buat lubang sedalam 1-2 cm, kemudian isi 1-2 biji benih. Jarak yang sesuai antara lubang adalah lebih kurang 12-15 cm.
Kemudian tutup lubang dengan tanah dan siram. Siram sekadar untuk melembapkan tanam kemudian letak di tempat teduh. Benih akan bercambah dalam tempoh lebih kurang dua minggu.
Penjagaan
Apabila pokok sudah stabil dan membesar, pemasangan pancang perlu dilakukan untuk menyokong dahannya.
Bila pokok semakin besar pemangkasan perlu dilakukan supaya pokok tak terlalu rimbun kerana ia akan mendedahkan pokok lebih banyak penyakit.
Pembajaan dan penuaian
Gunakan baja organik seperti tinja ayam untuk membaja pokok telang sebulan sekali.
Pokok akan mula berbunga dan dipetik selepas 8-10 minggu dari tempoh mula menanam. Selepas itu bolehlah mencuba pelbagai resipi menggunakan bunga telang.