Jangan lekas kaget. Kita lekas benar membuang sesuatu yang buruk atau termamah masa. Sedangkan nilai estetika yang ada pada aksesori atau perabot lama itu masih boleh diserlahkan. Namun kita faham bukan semua yang mempunyai mata tajam, mampu melihat melangkaui jasad aksesori atau item hias tersebut. Pun begitu kita usah lekas putus asa kerana ruang untuk melakukan kitar semula dan berbakti pada bumi dalam penuh gaya masih ada buat semua. Bukan meminta atau mengemis tetapi kita semua percaya itu tanggungjawab kita bersama.
Selalunya ritual kitar semua seumpama ini banyak kita lihat pada konsep seperti Loft, Kedesaan Inggeris. Retro , Vintage dan Minimalism. Tetapi bukan semua di antara kita yang melakukan kitar semula. Bukan tidak sudi tetapi tidak reti dimana lokasi yang paling tepat untuk diabadikan objek hias seumpama jendela lama yang menjadi ilham kepala katil , dinding , kamar mandi dan kawasan lain di kediaman. Malah kini pinggan dan mangkuk lama juga kini diguna pakai oleh ramai pengusaha makanan daripada dijadikan hiasan sahaja. Mungkin selepas ini akan ada ramai lagi pakar rekaan kitar semula untuk khalayak…
Selain daripada permukaan high gloss yang melambangkan kemewahan, kita perlu terbuka dengan permukaan seperti kusam, terkupas, matte , separa berkilau dan lain-lain. Jadi keindahan barangan lama itu juga boleh anda nilai dengan kesan usia yang dimamah masa. Persis barangan antik yang mana nilainya dilihat dari sudut berbeza. Semakin ia buruk atau tua semakin hebat nilai yang dilihat padanya.
Dinding kita boleh dijadikan kanvas untuk berkarya seperti panel lama dinding, ukiran kediaman lama, pintu lama, jendela rumah tradisi yang labuh sehingga ke lantai yang boleh ditukar menjadi pemidang. Benar benda lama bukan mahu mengemis untuk dipandang tetapi kehadirannya dalam fungsi lain memberi kira ruang sejenak untuk berfikir, batapa cantiknya ilham mereka yang kreatif.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI