Bukan senang nak melatih kucing untuk tidak sesuka hati membuang najis mereka di dalam mahupun di luar rumah. Memang perlukan masa dan pemerhatian yang khusus.
Selain kotor dan baunya yang memerangkap ke seluruh pelosok kediaman, keberadaan najis kucing juga bakal menambah kerja pembersihan rumah. Pasti anda geram dan lelah nak cuci tempat yang sama berkali-kali. Nak marah kucing tu, bukannya mereka faham atau kisah..
Tetapi melalui tip Puan Ella Ahmad di laman Facebooknya, beliau telah menemui solusi buat permasalahan ini. Hanya dengan menggunakan campuran cuka serta pelembut pakaian!
Menurutnya, resipi ini direka sendiri setelah pelbagai cara dilakukan untuk mengelak dari najis kucing yang bersepah.
Mari semak perkongsian ini ;
Kencing/tahi kucing bersepah2 kat car porch..
Pernah tak jadi begini? Yang letak air merah dalam botol dah tak jalan..kucing sekarang dah sekolah..
Ads
Ok saya nak share ape yang saya buat supaya kucing2 ni tak berak/kencing kat car porch..
P/s : resepi buat sendiri je fikir logik akal.. resepi dalam setiap pic ye..jangan risau simple nau2..
Ads
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :
1. 7-10 titis cuka makan (pada firasat sis, bau nya masam so busuk so kucing tak berkenan nak kencing/berak pada tempat yang disembur tu)
Ads
2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisah laa brand apa sbb nak bg wangi sikit je, sebab kalau letak cuka je nanti bau busuk, kalau letak pelembut kain ni wangi la sikit baunya..)
3. Air paip (agak2 laa sampai penuh bekas spray)
Bekas spray begini boleh beli di kedai eco.
CARA-CARANYA :
Campurkan kesemua bahan tadi didalam botol spray dan goncang hingga sebati.
Kemudian boleh spray kat tempat mana yg kucing suka kencing/berak
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pokok jiran tumbuh masuk melepasi sempadan antara isu panas yang sering dialami bukan sahaja masyarakat di bandar, malah luar bandar juga. Perkara ini, adakalanya boleh menjadi penyebab atau punca perselisihan faham antara jiran.
Kebiasaanya, punca pergaduhan disebabkan pokok yang memasuki sepadan mengganggu pemandangan, daun nya yang kerap gugur dan pelbagai ancaman lain. Adakalanya, hal ini tak menjadi isu apa pun, cuma sering menjadi pertanyaa boleh tak kita ambil hasil dari pokok jiran yang memasuki sepadan rumah
UNDANG-UNDANG POKOK JIRAN
Bila dahan pokok jiran korang membesar dan masuk ke dalam kawasan korang, ia dikenali sebagai “overhanging branches”. Sebenarnya, kebanyakan negara di dunia ni ada undang-undang pasal overhanging branches. Di Australia contohnya, setiap negerinya ada undang-undang berbeza tentang isu ni. Di Malaysia pula, hal ni melibatkan undang-undang kacau ganggu persendirian (private nuisance). Ini kerana, dahan pokok yang membesar sampai masuk ke dalam kawasan korang tu dikira sebagai kacau ganggu.
Secara takrifnya, kacau ganggu adalah gangguan yang menyalahi undang-undang dengan penggunaan tanah. Terdapat tiga elemen kacau ganggu persendirian, yang mana semuanya kena dipenuhi – kalau korang nak jiran korang tu bertanggungjawab:
Plaintif (korang) pemilik tanah atau mempunyai hak untuk mendudukinya;
Defendan (jiran korang) sebenarnya dah bertindak dengan cara yang mengganggu kesenangan plaintif dan gunaan hartanah miliknya; dan
Gangguan defendan cukup ketara dan tak munasabah.
Jadi, dengan membiarkan pokok diorang membesar sampai masuk ke dalam kawasan korang, diorang mungkin bertanggungjawab terhadap ganggu kacau persendirian kalau dahan-dahan yang berlebihan tu memberi kesan terhadap suasana dan keadaan rumah korang. Kalau ia menimbulkan risiko keselamatan pula, ia menambahkan lagi memungkinkan untuk jiran korang bertanggungjawab.
Tapi macam mana pula kalau korang tak suka pokok tu tumbuh ke dalam kawasan korang sebab ia cuma menghodohkan dan merosakkan pemandangan dari rumah korang? Dalam hal ni, undang-undang mengatakan…
BUAH YANG TUMBUH MELEPASI SEPADAN ADALAH HAK ANDA
Jadi, walaupun korang tak saman jiran korang sebab buat kacau ganggu persendirian, korang masih boleh buat sesuatu pasal dahan-dahan tu atau buah-buah yang jatuh dalam kawasan korang.
Ada beberapa kes pasal hal ni di banyak negara dan cuba kita tengok yang paling dekat dulu. Pada pertengahan tahun 2016, Mahkamah Tinggi Singapura ada buat perbicaraan kes antara dua jiran. Seorang wanita ni dah biarkan pokoknya tumbuh sampai ke halaman jirannya dan dahan-dahan tu pula membahayakan jirannya, terutamanya sebab ada anak-anak kecil di rumah. Bila jirannya upah orang untuk potong pokok tu, wanita tadi halang jirannya dengan cabut kunci dari kren yang digunakan untuk memotong pokok tu.
Mahkamah lepas tu buat keputusan yang jirannya ada hak untuk tebang mana-mana dahan yang masuk dalam kawasannya dan wanita tadi bersalah sebab menghalang diorang dari berbuat demikian.
Ada satu lagi kes yang dah lama sangat berlaku iaitu pada tahun 1894. Kes ni dikenali sebagai Lemmon v Webb dan Mahkamah England memutuskan:
Seorang jiran boleh menebang dahan-dahan yang memasuki tanahnya tanpa memberi notis kepada pemilik pokok itu dengan syarat dia boleh melakukannya tanpa memasuki tanah orang lain.
Jadi, korang sebenarnya boleh je tebang mana-mana dahan atau ranting yang masuk kawasan korang (atau ambil buah-buah yang tumbuh dari dahan-dahan tu).
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Samada anda baru ingin memasang tikar getah sebagai lapisan perlindungan pada lantai atau anda mahu menggantikan tikar yang lama, memotong tikar getah mengikut saiz yang dikehendaki tidaklah serumit yang anda sangka. Jika sebelum ini impiana kongsikan tip untuk elak tikar getah yang dihampar berkedut [klik sini untuk artikel lengkap] Ia tidak memerlukan alatan canggih atau berkuasa tinggi, malah proses pemotongan ini hanya memerlukan beberapa alatan yang boleh anda dapati dirumah sekarang seperti pisau, gunting, pembaris besi serta pita pengukur.
Secara ringkasnya, anda perlu ukur dan pastikan saiz sebenar ruang yang terbabit. Setelah anda yakin dengan ukuran yang diperoleh, bentangkan tikar getah sehingga memenuhi runag. Dan untuk mengasingkan bahagian lebihan tikar, gunakan pisau tajam dengan bantuan pembaris besi sebagai panduan agar tidak senget benget. Dibawah ini adalah penerangan terperinci tentang langkah-langkah memotong tikar getah dengan mudah. Selamat Mencuba!
LANGKAH 1
Pertama sekali, lengkapkan diri anda dengan peralatan keselamatan yang sewajarnya. Oleh kerana anda akan menggunakan pisau yang tajam, sepasang sarung tangan kerja untuk perlindungan adalah satu kemestian. Bagi mengelakkan kecederaan, elakkan mengendali pisau jika tidak memakai sarung tangan.
LANGKAH 2
Kemudian, pilih permukaan sesuai untuk proses memotong. Kemungkinan risiko untuk pisau yang tajam memotong menembusi tikar getah dan mencalarkan lantai adalah besar jadi pastikan anda meletakkan lapisan kadbod atau papan lapis sebagai alas.
LANGKAH 3
Ukur keluasan ruang dan pastikan anda tidak lupa ; lebih mudah jika anda catitkan pada kertas. Anda boleh dapatkan saiz setiap gulung tikar getah pada penjual sebelum membeli jumlah yang sesuai dengan saiz ruang anda.
LANGKAH 4
Tandakan dimensi pada tikar bagi memudahkan anda untuk memotong ukuran tepat dengan bantuan garisan yang telah dilukis. Panduan visual seperti ini juga membolehkan anda mempercepatkan kerja dan memastikan proses pemotongan tidak tersasar.
LANGKAH 5
Hamparkan tikar pada kawasan lapang dan rata. Pastikan tikar lurus dan rata serta tiada kedut sebelum memulakan proses pemotongan.
LANGKAH 6
Letakkan pembaris besi pada sebelah garisan yang telah dibuat tadi. Pastikan anda masih boleh nampak garisan tersebut. Keluarkan pisau dan potong mengikut garisan. Pembaris besi akan bertindak sebagai panduan agar pisau tidak terkeluar dari ‘landasan’.
LANGKAH 7
Bergantung pada ketebalan tikar getah, mungkin anda perlu memotong pada garisan yang sama berulang kali. Berhati-hati ketika membuat potongan kedua atau keiga agar tidak tersalah dan terkeluar dari garisan.
Tip: celupkan hujung mata pisau dalam air sabun untuk memudahkannya meluncur diatas tikar getah.
LANGKAH 8
Seterusnya, setelah berjaya memotong tikar tersebut anda hanya perlu kemaskan penjurunya. Tikar getah juga mudah dibentuk, jadi tiada masalah jika ada bahagian yang melengkung atau sebagainya. Pastikan juga tangan anda mudah dikawal dan stabil ketika memotong. Dan apabila ukuran yang diambil tepat, dan dipotong dengan sempurna, tikar getah akan kelihatan kemas dan rapi tanpa gelembung udara yang menjengkelkan.
LANGKAH 9
Akhir sekali, jangan lupa untuk membersihkan semula kawasan kerja. Sapu dan buang semua lebihan tikar getah yang dipotong kerana apabila dibiarkan merata-rata, ia boleh mendatangkan bahaya pada anak kecil atau haiwan peliharaan anda. Periksa kawasan terlibat dengan teliti apabila sudah selesai melakukan kerja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setelah sepuluh minggu bersiaran di kaca televisyen, rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah berjaya meraih lebih 2 juta tontonan.
Kejayaan yang dikecapi ini sangat memberangsangkan dan satu pencapaian yang boleh dibanggakan terutamanya bagi jenama perabot Ella Furniture selaku penaja utama rancangan ini malah buat Impiana, dimana meraih penonton paling ramai di antara kesemua musim.
Idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Antara barisan selebriti popular tanah air yang telah dipilih dan terlibat untuk musim kali ini adalah Zulin Aziz, Alif Satar, Karl Shafek, Norman Hakim, Raja Azura, Izreen Azminda, Vanidah Imran, Reen Rahim, Shiha Zikir dan Dato’ AC Mizal.
Di samping itu, rancangan ini turut dimeriahkan lagi dengan gelagat dan telatah yang menghiburkan oleh hos Catriona Ross dan digandingkan bersama pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus Azrai.
Bagi anda yang masih belum mengenali dengan jenama perabot Ella Furniture ini, ia sebenarnya merupakan satu jenama perabot keluaran tempatan yang telah diasaskan oleh usahawan Puan Laila Alway.
Untuk pengetahuan anda, Ella Furniture telah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan perabot tempatan semenjak tahun 2019 dan merupakan pengeluar perabot ‘Chesterfield Premium’ buatan tangan nombor 1 di Malaysia.
Maka oleh itu, perabot keluaran jenama Ella Furniture ini telah dikenali sebagai salah satu jenama yang berkualiti tinggi dan dipercayai ramai.
Impiana Makeover Ruang Selebriti telah mula bersiaran episod pertama di saluran Astro Ria pada tanggal 6 Januari dan berakhir 10 Mac lalu.
Jadi, terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menonton dan adakah kita akan berjumpa lagi di musim akan datang? Sama-sama kita nantikan…
Di samping itu, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah set sofa bernilai RM12,000 dengan menyertai Peraduan Rakam Video & Menang Ella Furniture hari ini sehingga 31 Mei depan. Tertakluk pada Terma dan Syarat*.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.