Laman

Cantik Namun Beracun, Anda Perlu Elak Dari Memetik 5 Jenis Bunga Ini.

Share

Jari yang tertusuk dengan duri mawar mungkin sudah tidak asing lagi. Bunga yang kelihatan cantik dan simbol kasih sayang itu ternyata menyimpan duri-duri menyakitkan di batangnya yang halus. Kesakitan tertusuk duri itu umpama sakitnya hati kerana cinta tak berbalas. Hehehe.

Meskipun, mawar ini berduri ia tidaklah beracun dan bukanlah satu-satunya bunga yang paling indah di dunia. Pepatah mengatakan ‘jangan menghakimi sesuatu dari luaran sahaja’ mungkin sesuai dengan topik kali ini. Bunga-bunga yang kelihatan cantik nan indah ini sebenarnya mempunyai racun yang merbahaya.
Luaran kelihatan cantik dan mempersona. Namun, bila dipetik ia mampu meragut nyawa seseorang! Adakah ia benar? Jom kita ketahui jenis-jenis bunga beracun ini.
1. Brugmansia (Angle’s Trumpet)
Tidak dapat dinafikan bunga Brugmansia ini sememangnya cantik dengan taburan bunganya seperti loceng. Namun anda harus berhati-hati kerana bunga dari spesis Solanacae ini salah satu bunga yang beracun. Bunga ini boleh didapati tumbuh di pokok-pokok kecil atau di kawasan belukar.
Jangan sesekali memetik bunga ini dan letakkan ia pada telinga anda kerana racun yang terdapat pada bunga ini mampu menyebabkan kelumpuhan, diare, migrain, halusinasi dan masalah pendengaran.
2. Nightshade (Solanaceae)
Nyaris seluruh benua menjadi tempat tinggal bunga cantik ini. Nightshade mengandung zat solanine. Jika seseorang keracunan zat ini, ia bisa terserah gangguan gastrointestinal. Gangguan ini di antaranya adalah diare, muntah-muntah, dan sakit perut. Selain itu, keracunan zat solanine juga menyebabkan gangguan neurologis, dapat menimbulkan halusinasi dan sakit kepala.

3. Hydrangea
Bunga Hydrangea ini sangat popular dan diminati ramai. Meski begitu, ramai tidak tahu ia sebenarnya berbahaya pada anda jika kelopak bunga ini ditelan dalam kuantiti yang banyak. Hydrangea bukan sekadar beracun pada bunganya malah keseluruhan pokok terutamanya kudup bunga yang masih belum mekar. Ada kajian membuktikan seekor kuda mati akibat memakan satu pasu kecil pokok hydrangea.

4. Lily of the Valley

Bunga cantik yang kelihatan seperti loceng ini kebiasaannya disemat pada pintu-pintu kedai. Bunga ini mempunyai haruman yang kuat. Lily of the Valley memiliki nama lain juga, di antaranya adalah Mary’s Tears atau May bells. Sayangnya, seperti bunga-bunga lain dalam daftar ini, bunga bernama dan berbentuk cantik ini juga memiliki racun yang cukup berbahaya.

Racun pada bunga ini terdapat di bahagian  daun, akar, buah beri, dan batangnya. Zat alkaloid yang terkandung dalam bunga Lily of the Valley dapat digunakan untuk keperluan perubatan, tapi akan jadi berbahaya jika diambil dengan dos yang berlebihan. Biasanya, orang yang keracunan Lily of the Valley mengalami gejala jantung berdebar lebih cepat, kenaikan tekanan darah, dan kegagalan fungsi jantung.

Selain pada manusia, racun Lily of the Valley juga dapat menyebabkan kesan yang teruk jika dimakan oleh binatang, termasuk anjing dan kucing. Jika kita memiliki peliharaan anjing dan kucing, sebaiknya jauhkan mereka dari bunga ini. Sebab jika peliharan kita memakan bunga tersebut, gejala yang akan muncul adalah muntah-muntah, diare, penurunan denyut jantung, aritmia, kejang-kejang, hingga kematian.

5. Nerium oleander
Habitat bunga ini cukup tersebar di berbagai belahan dunia, biasanya terdapat di tepi sungai di atas lembah. Tak jauh berbeda dari Aconitum napellus, Nerium oleander juga mengandung racun berbahaya; dikategorikan sebagai salah satu tanaman paling beracun.

Kesan racun bunga oleander ini adalah gatal-gatal, penglihatan yang kabur, pandangan berbayang, mual-mual, diare, sakit perut, peningkatan atau penurunan degupan jantung, hilangnya nafsu makan, kelelahan, depresi, hingga kematian.

Published by
Fakhruddin