Cantik Tiny House ‘Pondok Selesa’ 730kps, Rumah Hujung Minggu Dijadikan Homestay. Jika ada tanah sendiri, walaupun keluasan tidak besar boleh bina rumah jenis ‘Tiny House’ sebegini. Memang comel saiznya namun cukup selesa. Sesuai dijadikan rumah rehat pada hujung minggu atau dijadikan rumah ‘homestay’ untuk mendapat pendapatan sampingan.
IMPIANA tertarik dengan ‘tiny house’ milik Puan Nana Ahmad ini. Reka bentuk rumah dan pemilihan konsep, perabot dan rona dalam rumah saling melengkapi. Cukup cantik dan indah boleh dijadikan rujukan dan inspirasi bagi yang ingin membina ‘tiny house’ sebegini.
Tiny House di Kg Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam, Selangor yang saya namakan Pondok Selesa.
Asalnya dibina untuk tujuan istirehat di hujung minggu tetapi tak rajin pula nak ke sini selalu. Saya jadikan homestay secara sambilan.
Kos binaan rumah dalam RM80k. Guna tukang kampung dan barang cari sendiri. Anggaran kos keseluruhan dalam RM120k. Katil queen & sofa saya guna yang terpakai dari rumah sendiri.
Ads
Keluasan 730 kps termasuk porch.
Spesifikasi ruang:
2 bilik tidur
2 bilik air
Ruang Tamu
Ruang Makan
Dapur
IMPIANA: Ada sebidang tanah yang tak berapa luas, boleh buat ‘tiny house’ dengan dekorasi simple begini. Selain dijadikan rumah rehat hujung minggu boleh juga dijadikan ‘homestay’ untuk pendapatan sampingan.
Rak buku lebih sekadar ruang simpanan himpunan buku jika bijak diolah dan disusun rapi. Vibrasi warna pada kulit buku tersebut berupaya memberi suntikkan warna pada keseluruhan dekorasi kediaman. Untuk menambahkan lagi gaya dekorasi, padankan beberapa hiasan ornamen pada rak buku sebagai perincian dan mengurangkan impak mendatar hasil susunan buku yang seragam.
Rak buku juga boleh menjadi feature wall terutamanya di ruang santai dan bilik tidur. Berikut inspirasi rak buku cantik:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memiliki meja kaunter atau island kitchen di dapur menjadi impian setiap pemilik rumah. Ini kerana ia amat efektif dalam memastikan tugas penyediaan hidangan untuk seisi keluarga berjalan lancar. Bagaimana pula kalau mahu aplikasikan projek ini tetapi berhadapan dengan masalah kawasan dapur bersaiz kecil?
Oleh itu, IMPIANA ingin membantu anda bagaimana untuk sediakan counter table di dapur melalui perkongsian idea yang diberikan oleh Pn Betty Ramli di rumahnya yang terletak di Bandar Puteri Hillpark, Kedah.
Idea ubahsuai ini datang selepas pasangan ini berasa tidak selesa kerana mempunyai barang yang terlalu banyak di dapur dan ingin memberikan nafas baharu di dapurnya.
Menurutnya, dia mendiami rumah sewa ini dengan dapur berkeluasan 10 kaki x 8 kaki dan demi menjadikan impiannya untuk memiliki sebuah meja kaunter idaman, beliau banyak merujuk kepada pelan susun atur yang disediakan oleh IKEA.
Ia bermula dengan pembelian base table Metod dan dipadankan dengan counter top Ekbaken dan dilengkapi dengan Utrusta Shelf yang ketiga-tiganya berharga hanya RM546.90. Ini cuma kos pembelian sahaja kerana segala pemasangan di dapur rumahnya dipasang sendiri oleh suaminya yang bertugas sebagai mekanik.
Idea ringkas tapi praktikal sesuai untuk mereka yang mempunyai dapur sempit dengan bajet mampu milik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Keselesaan dan keindahan sesebuah kediaman bukan lah diukur berdasarkan saiz mahupun jenisnya. Apa yang penting ialah perancangan yang rapi dan susun atur yang tepat. Ditambah pula dekorasi yang menarik, tidak kira apa jua jenis kediaman anda, pasti akan terlihat seperti mahligai indah buat penghuninya.
Pemilihan konsep bertepatan dengan bajet dan keperibadian pemilik merupakan salah satu aspek penting yang perlu diambil kira sebelum anda mula menghias. Rancang susun atur mengikut kegunaan dan pastikan ia sesuai dengan konsepyang telah dipilih. Elakkan konsep yang keterlaluan, keep it simple!
Seperti rumah teres kos rendah ini yang dihias dengan tema hitam putih, tampak ringkas tetapi kemas. Melalui perkongsian tuan punya kediaman kali ini, En Aslam Ahmad di Facebook, ilham dekorasi kediaman ini adalah daripada isterinya sendiri.
Keadaan rumah yang kecil serta merta nampak lebih luas dan lapang apabila dicat putih. Pemilihan perabot dan perhiasan yang minimal juga membuatkan kediaman ini lebih moden disamping bertepatan dengan tema yang telah tuan rumah pilih.
Ini gamabr sebelum dan selepas ubahsuai. Kagum!
SELEPAS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.