Dekorasi

Cantik Tiny House ‘Pondok Selesa’ 730kps, Rumah Hujung Minggu Dijadikan Homestay

Share

Cantik Tiny House ‘Pondok Selesa’ 730kps, Rumah Hujung Minggu Dijadikan Homestay. Jika ada tanah sendiri, walaupun keluasan tidak besar boleh bina rumah jenis ‘Tiny House’ sebegini. Memang comel saiznya namun cukup selesa. Sesuai dijadikan rumah rehat pada hujung minggu atau dijadikan rumah ‘homestay’ untuk mendapat pendapatan sampingan.

IMPIANA tertarik dengan ‘tiny house’ milik Puan Nana Ahmad ini. Reka bentuk rumah dan pemilihan konsep, perabot dan rona dalam rumah saling melengkapi. Cukup cantik dan indah boleh dijadikan rujukan dan inspirasi bagi yang ingin membina ‘tiny house’ sebegini.

Tiny House di Kg Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam, Selangor yang saya namakan Pondok Selesa.

Asalnya dibina untuk tujuan istirehat di hujung minggu tetapi tak rajin pula nak ke sini selalu. Saya jadikan homestay secara sambilan.

Kos binaan rumah dalam RM80k. Guna tukang kampung dan barang cari sendiri. Anggaran kos keseluruhan dalam RM120k. Katil queen & sofa saya guna yang terpakai dari rumah sendiri.

Keluasan 730 kps termasuk porch.

Spesifikasi ruang:

2 bilik tidur
2 bilik air
Ruang Tamu
Ruang Makan
Dapur

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca: A-Frame With Loft, Tiny House 340Kps Rumah Dalam Dusun Durian
Baca Lagi Di Sini: Inspirasi Tiny Cottage 420Kps, Tunai Hajat Arwah Suami Bina Rumah Persinggahan Atas Bendang
Artikel Menarik: Konsep ‘Modern English Luxury’ Sentuhan Merah Jambu, Penuhi Citarasa Pemilik Kediaman

IMPIANA: Ada sebidang tanah yang tak berapa luas, boleh buat ‘tiny house’ dengan dekorasi simple begini. Selain dijadikan rumah rehat hujung minggu boleh juga dijadikan ‘homestay’ untuk pendapatan sampingan.

Sumber: Nana Ahmad

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Wahab