Cantik Villa Konsep Farmhouse Pinggir Kampung, Target Dijadikan Rumah Pencen. IMPIANA tertarik dengan dekorasi rumah berkonsep Farmhouse ini. Villa 5 bilik ini dibina di atas tanah seluas suku ekar di pinggir kampung, namun lengkap serba serbi siap mempunyai kolam renang.
Menurut pemilik Yuslan Ibrahim, villa ini telah berusia 5 tahun dan dibina ketika waktu PKP yang lepas. Menariknya meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran untuk menyiapkan rumah ini namun segalanya dapat disiapkan juga dan kini ia dijadikan sebagai rumah rehat hujung minggu dan rumah sewaan homestay.
“Genap 5 tahun usia rumah yang saya namakan Farmhouse PD. Punyalah berliku nak bina rumah ni, namun hari ini saya mampu tersenyum puas. Bayangkan masa PKP pulak tu, hampir nak bagitau kontraktor stop dulu projek!!!!” kata Yuslan.
Kerja Landskap & Deko Buat Sendiri
Menariknya, segala kerja-kerja mencantikkan landskap dan dekorasi rumah yang dinamakan The Farmhouse PD ini dilakukan oleh pemilik sendiri. Memang cantik dekorasi konsep kediaman bersesuaian dengan pemilihan perabot, pemilihan rona rumah dan sebagainya.
“Semua kerja landskap dan deko buat sendiri dan DIY, hikmah musim PKP duduk rumah jer. Overall saya ambil masa 2 tahun untuk kerja-kerja landskap dan diy ni, sambil spent masa dengan anak-anak. Jadikan rumah hujung minggu, hinggalah penghujung 2022 barulah decide jadikan homestay. Sayang weh rumah dah buat cantik-cantik😅,” jelas Yuslan.
Ads
Perancangan ‘Rumah Pencen’
Malah mengikut perancangan pemilik yang kini bertugas sebagai guru, rumah ini sekarang dijadikan sebagai ‘homestay’ dan akan didiami sebagai ‘rumah pencen’ selepas bersara kelak.
Ads
“Rumah ini sesuai dengan konsep Farmhouse atau Rumah Ladang, ianya dibina di pinggir kampung, tanah berkeluasan suku ekar. Elemen warna asas putih,hitam dan coklat sahaja.Target untuk rumah pencen nanti, sekarang sewaan homestay hujung minggu di Kg Sawah Sunggala Port Dickson,” kata Yuslan.
Info Kediaman:
Nama Pemilik: Yuslan Ibrahim Usia Kediaman: 5 Tahun Konsep Kediaman: Farmhouse Lokasi: Kg Sawah Sunggala Port Dickson Keluasan Kediaman: 1380 Kps Jenis Kediaman: Villa Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah: RM140K-RM160K
Ads
Spesifikasi Ruang Kediaman:
5 Bilik tidur, 3 Bilik Air, Ruang Tamu, Dapur, Kolam Renang, Patio (Tempat BBQ Outdoor)
IMPIANA: Tahniah buat pemilik kediaman sekeluarga. Memang cantik konsep rumah Farmhouse yang dibina ini. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain.
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti popular dan sensasi, Diva AA atau nama sebenarnya Azwan Haji Ali yang sememangnya lantang dan bergiat aktif di ruangan laman media sosial.
Baru-baru ini, selebriti terkenal itu telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan terhadap segelintir sikap staf pihak pengurusan kediamannya yang didakwa telah bersikap kurang sopan.
Bagi yang tidak tahu, untuk maklumat anda Diva AA kini menetap di salah sebuah unit kondiminium di sekitar bandar Sungai Besi, di ibu negara.
Figura popular yang sentiasa menjadi perhatian ramai ini telah menyuarakan perkara tersebut menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di akaun laman media sosial miliknya.
Pada masa sama, Diva AA memaklumkan ada segelintir staf pihak pengurusan kediaman tersebut juga didakwa telah menganggu kawasan kediamannya termasuk
Susulan daripada situasi yang berlaku, hos rancangan realiti hiburan Lagu Cinta Kita musim kedua itu berkata bahawa dia telah membuat keputusan untuk berpindah dan menjual unit kondominium miliknya dengan segera.
Diharapkan, masalah konflik yang dihadapi antara Diva AA dan pihak pengurusan kediamannya itu dapat diselesaikan dengan secara baik bersama kedua-dua belah pihak.
Tak Jemu Mata Memandang, Dekorasi Rumah Flat Tampak Elegan, Cantik & Kemas. IMPIANA tertarik pada hiasan dekorasi di dalam rumah dan laman kecil pemilik kediaman, Tunku Puteri Baizura ini yang terletak di Pulau Pinang. Meskipun hanya tinggal di rumah flat 2 bilik yang mempunyai keluasan kecil, namun namun dengan dekorasi yang tepat mampu menyerlahkan sisi elegan dan cosy pada dekorasi rumah.
Ubah Dekorasi Ikut Citarasa Sendiri
Minat mendalam pada hiasan dalaman rumah membuatkan pemilik gemar mengubah suai dan menukar dekorasi kediaman mengikut citarasa yang tersendiri.
“Macam biasa bila mood boring bertandang kita ubah la sikit-sikit bagi nampak lain. Cabinet tv tu sebab berat ja ,kalau ringan lama dah bertukaq tempat. Tunggu pak hg lamberttt lagi,dok busy nak inventory kat tempat keja dia. Mak hang dah boring tv cabinet dok kat situ. Nak tukaq pi kat tempat meja makan plak.Meja makan plak nak tukaq pi kat tempat kerusi kuning tu.
“Nanti-nanti lah…. rasanya bulan 2 la kot baru dia tukaq, seminggu sebelum posa. Selalu macam tu laaa hang paa.,” Tunku Baizura
Susun Atur Kediaman Sempurna
Perkara menarik perhatian apabila pemilik kediaman bijak bermain warna rona terang pada kediaman di samping pemilihan saiz perabot dan susun atur kediaman yang sempurna. Masih menggunakan kemasan lantai simen dan tikar getah, namun pencahayaan yang menarik berjaya menyerlahkan lagi dekorasi rumah ini, membuatkan tak jemu mata memandang.
Begitu juga pada laluan pintu masuk rumah, laman kecil dihiasi dengan pepohon menghijau yang subur, cukup redup dan mendamaikan bagi menyambut tetamu yang datang. Pelbagai jenis pokok-pokok ditanam baik tanaman berpasu mahupun tanaman bergantung dan menjalar. Kesemuanya melengkapi laman kecil ini.
Semoga dekorasi serba sederhana namun simple dan kemas ini menjadi inspirasi buat pemilik kediaman jenis rumah flat atau bersaiz kecil yang lain.
Beruntung bagi pemilik kediaman yang mendapat penyewa bertanggungjawab dan menjaga rumah seperti milik mereka sendiri.
Namun, ada segelintir daripada penyewa ini yang bersikap sambil lewa malah ada yang tergamak menanam bayi sendiri di parking rumah sewa berkenaan.
Penyewa Tanam Bayi Dalam Simen Parkir Rumah, Tuan Rumah Hati-Hati Pilih Penyewa!
Semalam, gempar apabila ada laporan berita mengenai penemuan mayat bayi yang ditanam di parkir berlantai simen sebuah rumah teres. Kejadian menyayat hati ini berlaku di Taman Sri Rokam, Ipoh, Perak.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mayat bayi tersebut adalah perempuan dan dilahirkan tidak cukup bulan.
Dia juga menambah, berdasarkan keterangan pakar patologi, bayi itu lahir ketika kandungan berusia tujuh bulan dan siasatan tidak menemukan sebarang kecederaan.
Mayat bayi dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) petang tadi dan bedah siasat akan dilakukan jam 9 pagi esok.
Berdasarkan keterangan pemilik rumah tersebut, kali terakhir kediaman itu dihuni adalah oleh wanita warga Indonesia. Namun, dia telah melarikan diri sejak sebulan yang lalu.
Rumah itu telah disewakan kepada seorang wanita sejak tiga tahun lalu dengan kadar sewa RM400 sebulan. Pemilik rumah, yang tinggal bersebelahan, mengesahkan bahawa rumah itu telah dibeli 20 tahun lalu dan disewakan. Dia juga menyatakan bahawa wanita Indonesia itu mengandung kerana dia mengutip sewa setiap bulan secara tunai.
Mayat bayi ditemui sekitar jam 11 pagi semalam oleh penyewa baharu, seorang warga Indonesia, yang sedang mengorek tanah untuk menyimen semula lantai parkir. Penyewa itu terjumpa cebisan kain dan menemui mayat bayi tersebut
IMPIANA : Pengajaran buat tuan dan pemilik kediaman, hati-hati apabila menyewakan rumah kepada penyewa. Selidik latar belakang penyewa dahulu.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.